.:Followers That Cheer Up My Blog~~

Showing posts with label feeling. Show all posts
Showing posts with label feeling. Show all posts

17 Oct 2015

3 tahun kahwin, belum ada anak??

Assalamualaikum....

The topic is really annoying...
For me, and those who were in the same shoes...
So...
Oficially tak pernah pun reveal kat mana2...
But as I know, no one so serious with my blog...
(Hahahhah as myself bukanlah Hanis Zalikha, or Irine Nadia ke...)
So tak kisahla kalau gitau kat sini pun...
In FB, I keep silent, dunno why, lebih selesa...
Sebab, kita perlu kisah dan jaga hati orang, terutama mereka yang baik dengan kita...
Yes I'm happy, very happy to share with but I really know the feeling of hurts indirectly...
They will happy for you, dlm masa yg sama, diorang akan rasa sedih as they are not getting their wish yet...

Actually, cuma cerita biasa, I'm officially 5 months pregnant today...
Perkara biasa for others... tapi its a big miracle for me and husband...
Since, our anniversary by this November will be the 4th aniversary.. So, alhamdulillah for the biggest gift ever..

Ada yang tanya, how could I get pregnant...
After 3 years!

First, I believe, ini rezeki Allah, by the very right time...
Well, then, please, try to find out what is your problem physically...
Kalau normal, time plan cantik, it just belum rezeki, so keep berdoa...

In my situation, after kawin sampai after a year kahwin, I have no period at all...
So, I know dgn situasi mcm tu, I could not be pregnant...
We decided to go to a clinic, and after some procedure (maybe, I'll let u know bout the procedure later).. I was declared as PCOS..
Ianya sindrom, bukan penyakit.. I'm not sure boleh diubati, tapi boleh diperbaiki...
Do google, panjang pulak kalau nak paste kat sini...

As my weight dr 85kg to 93 kg, its real disaster...
So perlahan2 diet, from 93 to 87, 87 to 83, and the best one to 73kgs...
Jangan tanya how long it takes...
Hahaha 3years la, to get from 93, to 73...
Cara? More to atkin, which is no nasik n no air manis, plus jogging setiap petang
Dont be crazy, tak adala sampai setiap hari selama 3tahun, tapi mcm berfasa, means dlm bahasa pasarnya, ikut mood...

And masa the best weight 73kg, even I wish to get 60 something sebelum get pregnant, I was pregnant...
Alhamdulillah...
How do I realize I am pregnant, next post maybe...

So, I just wanna say...
Dont lose hope, Allah tahu masa yang terbaik
Allah tahu apa yang kita perlukan..

Aku kuatkan semangat, letakkan semua rancangan pada Allah...
Rasa pahitnya menunggu, dan akhirnya, Allah beri nikmat maniss...

Alhamdulillah..


22 Nov 2013

Gaji guru naik jika ada Master?

Kenapa kita sambung belajar?

Kalau kita sambung belajar...
Adakah..
- sebab nanti nak jadi pensyarah?
- sebab nak gaji besar?
- sebab nampak hebat ada master/phd?
Cantikkan, niat?
Kirah tak kata sesiapa, even Kirah pon pernah terdetik one of the reason kat atas...
Kita memang cintakan dunia...
Kita buat, semata-mata untuk kepentingan dunia...
Bukan menunding sesiapa, Kirah akui, Kirah juga sama...

Mulai sekarang, Kirah kena kuatkan hati...
Betulkan niat...

Mulai sekarang, aku belajar kerana Allah, aku mahu ilmu ini untuk manfaat pada diri dan orang lain... InSyaAllah~



P/S: gaji guru tak berubah, kalau ada PhD sekalipun.. Moga ICT yang aku pelajari ni, dapat aku manfaatkan ke atas murid-murid semua... InSyaAllah~

6 Nov 2012

Membangga diri atas ujian Allah... hurm?

Mari membebel....

Pernah tak jadi situasi camni...

SITUASI 1
Manusia A: Beb, best sangat... Aku menang saguhati RM100 masa cabutan bertuah hari tu...
Manusia B: Yer ke... Aku dulu, pernah dapat RM1000... Grand prize... Sekali cabut jer, keluar nama aku...

SITUASI 2
Orang A: Sedih gila... Atuk aku meninggal, tak sempat aku jumpa dia..
Orang B: Tu takpe lagi, aku lagi la teruk. Aku dah setahun tak jumpa dia... Tup2 dia eksiden... Dahla masa tu aku kat oversea..

Nampak tak situasinya?
Ia bukan pasal cabutan bertuah, bukan pasal kematian datuk...
It is about, semua nak lebey,
Tak kirala, cerita hebat tentang hidup ker, ataupun

Selalu sangat I've been thru this situation....
Well, ekceli, macam ni...
Kita kan suka bercerita, untuk meluahkan perasaan, tak kirala perasaan sedih atau gembira...
Bukan nak berlagak atau pun menarik perhatian...
Tapi ada orang dia suka untuk being berlagak...
Dengan menceritakan semua yang dilaluinya adalah lebih baik  atau lebih disaster dari pengalaman yang kita lalui...

Tapi cuba fikirkan kalau jadi macam ni...

Seorang miskin kehilangan RM8 daripada RM10 yang dimiliki kerana dicuri yang mana itu sahaja duit yang tinggal untuk makanannya dan anak-anak..
Seorang kaya kehilangan RM1000 daripada RM2000 kerana diragut... Itu cuma duit keuntungan perniagaan...

Adilkah kita kata pada si miskin...
"Eleh, ko lesap RM8 jer, si Kaya tu hilang RM1000..."

Think!!

Situasi kedua, seorang anak yang rajin dan biasa menolong ibunya boleh memasak, membasuh baju, serta mengemas rumah...
Seorang budak yang mempunyai maid bagi setiap adik beradiknya tinggal di asrama dan berjaya membasuh dan melipat bajunya sendiri. selapas 2 bulan tinggal di asrama...

Adilkah kita menilai, anak yang rajin itu sahaja yang bagus?

Tanpa sedar atau tidak....
Allah berikan rasa nikmat, dan rasa susah itu sama sahaja...
Kenapa sama?
Jangan nilai dengan orang...
Ibaratnya, kalau kita berat 70 kg, kita mungkin mampu mengangkat benda seberat 30kg...
However, ada orang yang berat sama dengan kita, tapi boleh angkat sehingga 120kg...
Atau, mungkin ada seorang lagi yang hanya boleh mengangkat barang seberat 10kg sahaja...
Faktor latar belakang kita mungkin berbeza....

Bagi Kirah, Kirah selalu percaya apa yang abah kata benar..
Setiap orang, penerimaan terhadap nikmat dan ujian diberi...

Perasaan seorang yang susah dapat makanan, dapat sepinggan nasi lauk ikan masin, kepuasannya, sama dengan seorang yang kaya makan lobster yang berharga ratusan ringgit...

Kita cuma mampu naik proton..
Kita kata, kalau kaya kita akan pakai honda Accord...
Tapi andaikan kita kaya dan memiliki honda accord,
tidakkah kita berangan untuk ferrari pulak....

Apa yang penting... Rasa syukur dan redha...
Kepada yang hebat... tak perlu berbangga diri...
Kepada yang biasa macam Kirah... Tak perlu rasa rendah diri....
Sebab, Allah tahu, apa yang terbaik dan selayaknya untuk kita...



NOTAKAKI: Kirah selalu kata, untung jadi orang cantik... Abah kata, cantik itu satu kelebihan... Dalam masa yang sama juga, ia adalah ujian... Kesusahan itu ujian... Tapi kekayaan itu lebih besar ujiannya... Sebab, kita akan ingat Allah masa kita susah... Tapi macam mana bila masa kita senang? Refleks/Muuhasabah diri~

8 Jun 2012

The wedding wish: Kad Kahwin

It had been more than 6months from Hari Nikah dan Hari Perkahwinan Kirah...
Well, its running fast to leave the moment....
But the memories is still fresh keep playing in my mind...

Alhamdulillah... Semuanya berjalan dengan lancar...
Walaubagaimanapun, sebenarnya ada banyak sangat yang Kirah impikan untuk betulkan semula...

So rasa macam nak naik mesin masa... nak betulkan semula...
Kalau betul2 boleh buat, mula2 kita betulkan bab kad kahwin...

My kad kahwin ditempah agak lambat...
I love my kad kawin, but I love more kalau it is something that I am wishing for...
My kad kawin cuma a piece of card dengan gambar kartun...
So simple tapi quality kertas tak ok sangat...
for your information, even kad kahwin dah tempah 1000pcs... Kirah maybe guna around 100 pieces jer...
Why? Sebab design tu terlalu childish bg mak and abah Kirah...
Nasiblah 1 pieces cuma 38sen, percuma pulak, 1 bunting + 2 penunjuk arah + 2 keping gambar untuk dicuci bersaiz 12r kalau tak silap.
Mak dan abah tempah baru, another 500 pieces for ...
Rugi jer...

Actually, sebenarnya, I wish for something like this...
Calendar type!!

Kalendar Kuda!! Most feveret and masih agak rare masa tu~~


Ini edisi bajet, konon2 nak print sendiri... Hahahhah~~
So myself!! Cikgu, and buku nota, tapi langsung takde bajet!!
 And this is the cartoon that I wish for the wedding card...
Yup, memang copy paste Zack Zuhairy, pastu alter2 edit sdiri, pakai paint...

Hahaha, cerita isu kad pun agak panjang, ok, ok... sampai di sini saja... Maybe seems agak gila...  Wedding Day dah lama berlalu.. Hehehe kalau ada readers yang rasa mual, muak, muahahaha dan sebagainya, sorryla... I just want to redraw the dream wedding, even tak tercapai, heheheh at least I want to keep the excitement of hunter-ing the best day of my wedding.. Hahaha apa Kirah mencarut dalam bahasa omputih ni... Just forget it~

Soon, nak cerita pasal baju plaks.. Hehehe~~

22 Nov 2011

Suka hati kau, atau suka hati makbapak kau?

Rasa nak menggila menaip blog macam dulu...
Tapi betul kata orang, dah jadi isteri ni, banyak tanggungjawab nak kena pikul, kelek, heret, galas dan sebagainya yang berkenaan... 205% agree!!
Dan dalam masa yang sama, banyak hati yang kita kena concern dan kena jaga.

So far, sejak bergelar isteri atas tiket nikah, belum kenduri, banyak DIY yang dah dilupakan...
Bajet banyak yang tak approve...
Plus, memang kekangan masa dan kereta.... (I mean kenderaan la!!)
Susah nak gerak sana-sini, so... buat sekadar yang boleh...

Ok, kat sini, saja nak share2 pengalaman lepas...
Seriusly, persiapan for our big day, memang the best moment of DEBARAN...
Kita rasa teruja to do everything, terutama DIY...
Bila dah nikah, hehehehe, cam tak pulun sangat dah...
So, betterlah jangan jarak sangat waktu nikah ngan kenduri, kalau takde sebab musabab yang paling logik...
Macam Kirah, selang sebulan!
Lepas nikah, sekolah sibuk ngan upacara kerja2 hujung tahun...
Dahla tu, mak mentua selalu masak sodap2, kompem makin montel...
Sendat rasanya baju nanti... Adeh...
Mak mentua tak salah hokeyh~
Salah diri sendiri sebab makan tak hengat dunia...

Ekceli, yang Kirah betul2 nak share kat sini adalah tentang kad jemputan...
For your information, Kirah tempah kad last minute...
Idea asal nak cartoonize sendiri, ilham dari Zack Zukhari, pastu print dalam bentuk kalendar... 
Sebab kalau boleh Kirah taknak orang buat kad tu...
At least, pakai selama setahun...

Malangnya, kalau dah tempah lambat, susahla....
Tak dapat cartoonize the kad as I wish...
Print as kalendar pon tak dapat...
Sigh~

As the solution left, I grab la yang paling murah...
38sen per piece, kad jenis sekeping depan belakang...
Design, custom design dari kedai Ideareka Warisan (JOHOR)
I choose design kartun sedia ada, tapi background theme-ing dengan my wedding attire - pepel...
I found the last artworks was awesome, sebab kartun itu comel macam kami yang bolat-bolat ni..

Dengan kudrat seorang perempuan yang gagah, bersusah payah membawa 1000pcs kad beserta 1000pcs sampul, dari Johor ke Kedah, by BUS...
It was so unbelievable, it was rejected...
100% freshly rejected by my parents..
Abah said malu, and it is not suitable untuk abah n mak who are teachers...
They said that, "just think, macamana orang akan fikir, jemputan dari mak and abah, the teachers, dengan gambar kartun cenggini?"
Kirah dengan selamba jawab," Do I care apa orang nak fikir... Think forwardla... Dalam erti kasar, tak perlu  jadi kolot" 
Tipu jer... Jawab dalam hati....

Ok, uols, jangan ikut apa yang Kirah buat yer...
Bukan apa, Kirah just terkilan sebab mak and abah Kirahis worry too much about others' thinking.
For me, dunia dah maju, we are in 2011, not in 1911... 
So everything will be OK as it was not over the limit of  Islam...
That is my principle...
For sure, abah and mak sangat tak suka bout my principle.
Hehehe...

Tapi...
Kirah pun satu....
Hari tu before tempah, dah tanya, "kartun, takper ke, bah?"
Abah said, mengarut tapi in my eyes, abah tak nafikan dengan tegas pon, so Kirah tot it is ok, hahahhah...
At last, dah siap nih, kena rejek, hahaha...
Burn RM380, abah pergi tempah another 500pieces for RM 150...
Hahaha... Sorry abah~
Cer tengok! 

Kami, bolat vs bolat~
See.. mcm kami...
Takperla, mula2 kecik hati jugak ngan mak abah, tapi last2, Kirah fikir ada mende nak buat dengan those cards tu, hahahah~~
Project XXX~
So, abah and mak, watch out, for ur daughter's craziness, heheheh~~

So kesimpulannya, nak buat kad, make sure abah and mak uols setuju... 
Sila tunjuk design dahulu kepada mereka...
Jangan sesuka hati cam Kirah...
Haahaha...
BTW, ni semua design kad yang Kirah pernah dreaming for before~

Kad ni sangat simbolik, comot but sangat meaningful... How adorable~~

Ini pon suka, tapi, mat saleh sangat~~

Inspiration, kartun lidi, phone-cup, suka gak...
Ok, dari inspiration, phone-cup kat atas, Kirah curik design Zack Zuhairy dan lukis ngan tangan, pastu scan and colour kat Paint.. Maklumlah, buta photoshop, heheheh~~ This is the design i really want to, tapi tak de rezeki~~
So, heheheh....
Lepak2 la...
Mak marah pon, takperla...
Sib baik kos buat semula, mak abah bayar...
Kirah sengih jer, heheheheh~~

P.S: Mak, abah, memang tak baca sini, but I wanna said that, walaupun abah and mak tak seselamber, dan se-rock Kirah, serta merejek kad Kirah, I tetap sayang both of you, sampai bila2... Thanx for veing such a super great parents for a super-duper crazy+sengal daughter~~

24 Oct 2011

13 days to go : a colourful preparation~

First of all...
Thanx to all B2Bs a.ka BBF yang sudi jenguk blog yang full of nothing ni...
So, I think, sangat berbaloi when a number of reader feels that my blog sekarang is annoying..
Tapi ok to BBF...
Tahu tak, since join dengan BBF, my numbers of followers pon meningkat dengan cepat...
Terharu sesangat...
Thanx uols!
Thanx jugak kalau ada readers yang lain... (bajet top blogger jer hang ni, Kirah..)

So, tengok countdown...
Lagi 13 hari...
Sangat sedikit...
Boleh dihitung dengan jari...
10 jari tangan, 3 jari kaki...
So, let see.. the checklist for nikah...hurm...
Grab from : Anes


Colourful! Ihsan Google~

Urusan yang penting - 
  • Tarikh : InsyaAllah, 4 November 2011
  • Masa : InsyaAllah, selepas solat Jumaat
  • Tempat : Masjid Ridzwaniah
  • Catering : Parent's task - done
  • Kursus Kahwin : Done
  • HIV Test :  Done
  • Surat Akuan Bujang : I'm not sure - tak ada buat pun tapi maybe abah dah setel, esok tanya abah~
  • Borang Kebenaran Berkahwin : Abah's task - rasanya dah, esok kena tanya~
  • Jurunikah : Abah's task - tak sure lagi siapa, but I request that it will be abah~
  • Saksi :  Abah's task - rasanya, done!

Urusan separa penting -

  • Photographer / Videographer : Done - Indahkarya
  • Bantal Nikah (2 biji) : Not done - DIY wit mak,  tah sempat ker tak...

Mine - 
  • Baju : On the way
  • Veil : On the way (same vendor dengan baju)
  • Tudung : Dah ada (kain jenis chiffon) - tapi rasanya nak cari tudung bawal (reserve)
  • Kasut : Not done - mana nak cari, hurm~
  • Make up : Not decide yet
  • Bunga Tangan : On the way - DIY

Hims - 
  • Baju : Almost done...
  • Butang : I'm not sure - but I wish to find it for him..
  • Sampin : He said that, "done!"
  • Stokin : His task - should be done!
  • Kasut : Not done~

Green means sangat done, takyah pening2 dah, oren means separa pening sebab dah ada jalan, cuma belum sampai destinasi, red means totally have to work on it...

Kalerful kan, heheheh~~
its not the preparation yang kalerful, tapi checklist yang kalerful...
Since, banyak lagi yang tak setel...
Actually, the event simple sangat...
No doorgift...
No pelamin...
However, nak tanya...
Deco bilik, perlu ker??

8 Sept 2011

Raya yang paling tidak beraya...

About few weeks gak tak updet...
Sekarang, tak dapat apdet sekerap mungkin, since bil "beruk" lum setel, sebab balik kampung langsung lupa...
Ni, pinjam osmet, si mama Arm punya berukben...
Tambah2 sibuk, sebab sekolah, ada pelawat nak datang
Plus lagi.. Assignment member yang diupah untuk disetelkan...Konon nak cari income padahal cari penyakit ko Kirah~~
Semua orang updet pasal raya, but I'm not interested...
Orang lain semua happy2, we all nak kata happy, tak adala sangat...
Tokwan (lelaki) Kirah, kiranya atuk sebelah mak Kirah, meninggal  3hari sebelum raya...
So, memang raya ni di sambut dengan kadar yang paling minimum...
Moga, Allah tempatkan dia bersama dengan orang-orang yang beriman...

Okay, jangan ditangisi pemergiannya...
Doakan dia terpelihara selalu~~

Back to the B2B mode...
So, kalau ada yang rasa annoying,
Kirah tak paksa uols untuk baca....

Seriusly, I'm counting the days untuk hari itu...
Tapi, persiapan yang Kirah dah buat, cuma, hantaran... itupun encik tunang dapat 5, Kirah baru 3...
yang lain2...
Urm....
Masih verangan~~
tah bila la nak cukup~~

InsyaAllah, 4 November 2011 adalah tarikhnya...
Kenduri, akan diadakan pada 1 Disember 2011...
Kenapa 4 November?
Sebab, kalau tidak nak buat sehari sebelum kenduri, means 30 November, tapi keluarga Encik Tunang tak setuju, sebab bulan Muharam.. I have no idea kenapa...
Tapi kita hormatla kehendak orang yang lebih senior...
1 Disember 2011 pulak, bersamaan hari Khamis, so, kenapa Khamis, kan orang selalu buat weekend...
Ekceli, Abah Kirah tu, jenis, kalau kenduri orang, selagi mana boleh hadir, musti dia nak pergi punya...
Dia adalah orang yang sangat menjaga nilai2 kemasyarakatan... Bukan cam anak dye ni, pergi kenduri, puas kena paksa...
Yerla... tambah lagi, nanti, orang pon takderla terkejar2 nak pergi 2-3kenduri...
Hari kenduri Kirah tu, maybe tak ada orang pun nak buat kenduri, hehehe~~
Jadi, berusaha siapkan semua!!
That's all lah, for a moment...
Panjang sangat merepek pon, annoying...aite...

First time ever, nak teaser-ing~~

23 Aug 2011

Meroyan nak kawin!!

Saat ni tengah buat SAPS
atau dikenali oleh bukan guru sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
Serius sibuk...
Buat di hadapan kelas sambil mengushar anak2 murid menjawab soalan...
Bulatkan mata sambil wat muka super serius!!
Habit ini serius tak cool!
Jadi dont u ever to try this at home... I mean, at school!!

Dah, kalau tengah buat SAPS, apa kes berbelog bagai?
Just imagine, bukak 10blog itu lebih laju dari melogin kan diri kedalam sistem SAPS...
Mana tahan der, rasa mau geget jer ini laptop!!
Alamak, puasa, kang terbatal pulak kalau men geget2~~

Siyes!
Ok, back to the topic, after dah jauh melalut...

Itulah Kirah!
For those yang tak kenal!!
Galak, gedik, gatal sangat nak kawin...
Umor baru 25tahun...
Erk, 25 tahun? Gulp!! Means, dah 10 tahun aku tinggalkan tingkatan 3, sungguh lama!!
Dah dewasa rupanya aku!!
(Kenapa sebut tingkatan 3, bukan tingkatan 5? Sebab bile sebut 10 tahun, lebih cool dari sebut 8 tahun yang lalu~~ Awesome bunyinya, hehehe~~)

Siyesly, Kirah dikatakan, or maybe I love to declare as dituduh oleh seseorang sebagai meroyan nak kawen..
Fine, kat FB, urm tak kot... Just maybe seems so gedik in my own blog...
Ok, ulang taip: gedik in my own blog...
GEDIK!!
Siyesly, Kirah takde pon expose, on my FB wall, either rindu ker, mau dating ker, or else yang berjiwang2 on my FB...
Why? coz it is sooo public...
Segan... Either you want it, or not, it usually will updated to others newsfeed...
Semua orang leyh baca my recent status... So, memang tak best!!

So, kalau ada yang kata, ur blog jugak public, why publish?
Tak segan ker? Kenapa tak make it private so takder orang nak kutuk kau...
Hello, my blog is a link okay?
A link on my FB..
You have to click to be there...
If u dont like it, just ignore it.. Dont u ever try to click on it...
Sebab u akan rasa mual, because of this shitty blog...
Aite?
Tak siapa paksa untuk klik, ok?

And for ur information, if my blog seems so gedik..
Yes, it is because I'm gediks..
gediks with my friends who wanna know bout me thru my blog...
I do gediks with them all..
There are my girlfriends~
bukan dengan mana2 lelaki outhere...
or you!!
I'm not that type k..
Lelaki, for me, kalau nak berbual ker apa, jarang sangat respond dengan lemah lembut...
LEMAH LEMBUT
Sebab apa, coz Kirah tak suka seems geli2 depan lelaki...
Kirah, jenis, lemah lembut not for man...

Oklah, its not a post that I wanna 'kutuk' u..
it is an explanation...
The reason after I had been published as so meroyan nak kawen..
You choose to say that publicly, thanx for that...
Yes, I'm sentap with that word..
I admit it!!
Why?
Sebab I'm running, I'm chasing sesuatu yang Allah dah tetapkan...
sesuatu yang aku tak terfikir...
Aku dalam jalan mengejar sesuatu yang halal...
Dengan cara yang baik... InsyaAllah

That's all...
Maybe you could said, bajet sangat...
English pon hampeh...
Ok, takper...
Hidup kamu jauh lebih bagus dari Kirah...

Alhamdulillah~
Kamu memang insan terpilih untuk berbahagia dengan nikmat yang melimpah ruah~

6 Feb 2011

Sigh... Kena rejek~~

Entry pendek..
Sebab Cik Kyra rasa bengang sikit...
Suam2 kuku kaki jer...
Jadi tak teruk sangat...

Why?
Cik Kyra dah follow ada certain2 blog...
Selalunya follow sbb Cik Kyra suka style penulisan dia kot...
Unluckily, not perempuanly....
Diprivatekanlah pulak the blog...
Updetnya, Cik Kyra tau..
Isinya... Takleh bukak...

Hai...
Rasa diri jadi tetamu tak diundang plak...
This is what INCIK GOOGLE describe about REJECTED in pikcaz~

3 May 2010

Aku dan sesuatu~


Mood berubah, makanya mode tulisan juga berubah... Biasa Trebuchet dah jadi Helvetica~


Actually, julung2 kalinya aku gunakan laptop orang lain untuk post entry ni.. Thanx to my so-manja-n-comey housemate Miss Am... Dak yang drive kereta Hyundai Matrix yang sangatla baik, manja and sangat sempoi... 

So far tak ada benda pon nak taip, saja jer, tangan menggatal nak menaip walhal buku anak2 murid aku bertimbun-timbun yang perlu ditanda... haish..

Ok,this topic sebenarnya nama my sissy blog... Aku harap my sissy akan updet blog dia since dia telah merampok berukben dan kamera aku... huahuahua...
Rindu nak balik Baling~
NOTAKECIKSANGAT: Tiada

22 Apr 2010

Adamaya... (Adam dan Maya~)

Warning: this is not a blog that review films but a life review!! (sebuah monolog tanpa cerita)

Adam kahwin Maya = Adamaya... Sebab itu juga Maznah kahwin  Daud = Mazda (merapu sudah!) Okeyh, lately aku sangat feeling dengan cerita Adamaya.. So gula-gula (sweet)!

Actually, benci betu!! (betul ke tak budak ni, kejap suka, kejap benci?) Benci sebab life is not as sweet as cerita Adamaya, mahupon cerita korea neither novel nor cerita cinderella atau beauty and the beast... Berangan cam cinderella, at last "sendirila" (bunyi cam dah nak sama)

Kenapa aku suka cerita Adamaya ni? Senang cerita, since dulu lagi, just like cerita Cinderella Malaysia (ala, yang Haliza Misbun belakon ngan ahmad Idham kt NZ tu..), memang aku dah minat habis. Takyah cakapla how much I was falled in love dengan Ahmad Idham time tu hahahha...  

Senang lagi cerita aku memang suka cerita cinta lepas kahwin... Tak ubah juga maca novel pertama yang aku pernah baca Bicara Hati (pinjam member jer dan after few years, aku beli, sebab nak mengimbau ceritanya). Pon sama, filem I'm not single, drama bersiri Adamaya and Asmaradana... Sebab semuanya fall in love after marriage.. To be honest, aku sendiri wish macam tu. Cinta halal~ cinta lepas kahwin, chantek jer. Dating pon tak berdosa heheheh~ 

Okesla, this song, I dedicated for someone!! Siapa... Baca sampai habis~ (Lagu dye pon sangat sweet, this the link nak download the mp3...)
  
Lirik:
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan

Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


Aku tak kenal dia... Yang aku tahu, dia, seseorang yang aku tunggu, yang realitinya masih belum di sini, yang namanya telah tertulis dengan kalam takdir!! Yang Allah dah reservekan untuk aku... Jiwang seround! Bak kata Adnan Sempit yang jadi ikutan anak-anak murid aku:- 
.•°´'`°¤,¸ Muka ganas beb, dalam hati ada taman!!¸,¤°´'`°•.

NOTAKECIKSANGAT: Flashback -- (Tak penting sangat, tak baca pon tak apa!! Hehehe~) Masa zaman jahiliah dulu, zaman cintan2 ngan satu hamba Allah ni, aku selalu cakap, kenapala kita jumpa awal sangat, tak bestla cinta b4 kahwin... Makbul doa aku, dia bukan jodoh aku... Hahahah memang patut pun jumpa awal!!

14 Apr 2010

Sempurna atau semput semua?? Huhuhu~

Dalam dunia ni, manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada kan?
Kalau tidak, kita mungkin dinamakan sebagai berputus asa atau malas berusaha...
Tapi kita taklehla cakap camtu kan?
Fikir positif, dia mensyukuri apa yang dia miliki... Kan ke lebeyh baik?


Okay, ceritanya, aku mencemburui orang lain...
Kenapa? 
Aku selalu perhatikan, kalau perempuan itu chubby, dye slalunya comel dan berkulit cerah..kulit muka bersih jer... Gebu gitu~
Kalau mukanya berjerawat dan tak berapa cun, bodinya pergh... superb gitu...
However, itu orang!
Aku, jangan kan rupa... Badan pon heheheh, "macam tong," bak kata mak aku...


Tapi dia ni...
Dia cantik, pandai, dan lihatnya seperti orang baik-baik..
Cantiknya, bermaksud cerah, rupa yang elok, kulit yang licin tanpa noda, dan badan yang sizing M..
Untungnya dia...
Dapat pula suami yang ensem, pandai dan nampaknya baik-baik..
Padanla bak kata orang..

Orang kata syukurila apa yang kita ada.. Alhamdulillah.. aku sempurna milik badan, tak ada kurang tangan ker, kaki atau mana-mana panca indera.. Tapi sangat cemburu.. Adakah dia begitu sempurna? Kata orang, tiap orang ada lebihnya sendiri... Jadi kalau aku dibandingkan dengan dia, mungkin ada mata yang menumpu kepada aku?


NOTAKECIKSANGAT: 'dia' yang aku maksudkan, memang wujud...Bukan Aisha ayat-ayat Cinta...Tetapi seseorang yang wujud dalam hidupku~

9 Apr 2010

Train the dragon jom!! Lagi mudah dari train human thinking~~ Hooyeaay~~

Apasal erk, dalam dunia ni... Ada spesis macam ni...
The dragon...


Ayark... sudah salah... Bukan... bukan...
Maksud aku spesis manusia macam ni:
Buat salah, pastu, muka langsung tak bersalah, and hardly to say sorry..
Beb, sorry tu tak perlu bayarla...


Ada kesalahan yang dia buat, then dia blame on others...
Hardly to say sorry, so put the fault on the others... Senang citer, menyalahkan orang lainla~


Kalau aku ni jahat, aku dah cakap satu jer.. Dasar Yahudi.. Why? tengok ajala, Yahudi... Dah salah ngan Palestine, ada dia minta maaf... Dah tu tuduh pulak org palestine yg bunuh depa.. depa dok bunuh orang Palestine, depa tak cerita pulak...


Bukan sekali aku jumpa orang macam ni, banyak kali sangat2...
Belajarla...
Ok, aku banyak kekurangan.. 
tapi aku tak berat to say sorry...
Walaupun berat badan aku mmg berat...


NOTAKECIKSANGAT: Melihat orang ego dan riak dengan apa yang dimiliki... Untung mereka, Allah berikan pinjaman dunia yang banyak.. Kuharapkan, andai pinjaman dunia ku ini sahaja, moga bonusnya kuterima di sana kelak.. Ahaks... bermadah seround~

1 Apr 2010

.:Aku Mula CURANG

Korang nak kata aku jahat ke,
pompuan tak sedar diri ker,
aku tak kesah...
Sejujurnya aku mula curang...
Aku mula menduai dia yang aku sayangi...
Maafkan aku~~

Bukan aku tak cinta...
Sumpah aku cintakan karier aku sebagai cikgu...
Aku sayang giler anak murid aku
Walaupon dorang selalu watkan aku menjerit sampai aku rasa nak terkeluar anak tekak dengan bijik mata aku...
Pergh, gile ganas aku, dan anak murid aku...

Tapi dalam masa yang sama, 
aku mula sedar, aku meminati bidang perniagaan...
aku sukakannya..
aku mengimpikan sebuah blogshop yang berjaya...
bukan aku kejarkan kekayaan...
tapi aku suka wujudnya urusan jual beli,
dan melihat keuntungan, walaupun hanya 10 sen untungnya untuk satu barang...

Sigh, aku di dalam dilema...
Aku sayangkan perguruan..
dan aku sukakan blogshop..
Aku harap, aku ada masa yang cukup untuk uruskan 2-2nya..

NOTAKECIKSANGAT: tu bukan gambar aku.. rembat memana tah kat tenet2.. heheheh~~ Aku setia.. setia pada yang banyak =P

17 Mar 2010

.: CINTA, KECANTIKAN dan SI BURUK (beauty and the beast maybe??)

This is my picture of my rumet masa kat maktab tu~~ Dye dah kahwin ngan husband dye after 4-5 years  berchenta. Worthla kan??? Aku tak expect pon secepat ini. Itulah namanya jodoh diorang. Bagi aku, lebih cepat rumet kawin, lagi bagus... Congrats rumet!!


Ramai jugak dak2 maktab aku dulu dah kawin, tak kurang jugak ramai yang dah bertunang. Dengan itu, recently jugak, orang sibuk sebut tanya pasal kahwin kat aku. Dan aku dengan selamba menjawab soklan subjektif yang diberikan dengan menyatakan, aku tak nak pikir, malas nak pikir dan malas nak cari... (Aku ni bukan cun pon!! So Kire orang pon tak cari aku wahahaha~~)


Plus, mana nak cari manusia bernama lelaki yang baik2 sekarang... Jantan banyakla. Dahla diorang tu semua beautilistik... Wahaha... So aku takde dalam senarai dorang pun!


Lagipon, aku punya target, since aku anak first yang bekerja, at least biarla mak ngan abah rasa plak sedikit bahagian usaha aku, kan? Dan aku dah punya chentaku sekarang:


Ini chenta hatiku!!!


Okay, this had been grab from others web!! Aku macam agree jer~~:


Kalau perempuan cantik pendiam
Lelaki akan kata: Wow! Ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: Tak reti berkomunikasi betul...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat

Lelaki akan kata: Mesti ada masalah ni... Kesiannya...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: Dahla tak lawa, perangai plak macam siot!!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yang kesusahan

Lelaki akan kata: Heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang kesusahan

Lelaki akan kata: Hmmm..taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome

Lelaki akan kata: Bagai pinang dibelah dua...
Kalau perempuan tak cantik dapat lelaki handsome

Lelaki akan kata: Kesian, mesti dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih

Lelaki akan kata: Buta kayu betol mamat tu!!!
Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih

Lelaki akan kata: Patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW

Lelaki akan kata: Anak orang kaya ni..
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW

Lelaki akan kata: Ntah Dato' mana dia guna-guna ni...

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki

Lelaki akan kata: Wah...Caringnya...
Kalau perempuan tak cantik menuang airr ke gelas lelaki

Lelaki akan kata: Eleh..gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati

Lelaki akan kata: Don't worry, I will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati

Lelaki akan kata: Sikit2 nangis!! Mengada-ngada...

Kalau perempuan cantik pandai masak

Lelaki akan kata: Dah la lawa, pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak

Lelaki akan kata: Ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol

Lelaki akan kata: Syoknye!!! rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol

Lelaki akan kata: Ko ni takde keje lain ke??? Sibuk ni tau tak?!!!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2

Lelaki akan kata: Sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar email hari2

Lelaki akan kata: Asyik2 email dia...boring!!


NOTAKECIKSANGAT:lu pikirla sendiri!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...