.:Followers That Cheer Up My Blog~~

Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

22 Apr 2010

Adamaya... (Adam dan Maya~)

Warning: this is not a blog that review films but a life review!! (sebuah monolog tanpa cerita)

Adam kahwin Maya = Adamaya... Sebab itu juga Maznah kahwin  Daud = Mazda (merapu sudah!) Okeyh, lately aku sangat feeling dengan cerita Adamaya.. So gula-gula (sweet)!

Actually, benci betu!! (betul ke tak budak ni, kejap suka, kejap benci?) Benci sebab life is not as sweet as cerita Adamaya, mahupon cerita korea neither novel nor cerita cinderella atau beauty and the beast... Berangan cam cinderella, at last "sendirila" (bunyi cam dah nak sama)

Kenapa aku suka cerita Adamaya ni? Senang cerita, since dulu lagi, just like cerita Cinderella Malaysia (ala, yang Haliza Misbun belakon ngan ahmad Idham kt NZ tu..), memang aku dah minat habis. Takyah cakapla how much I was falled in love dengan Ahmad Idham time tu hahahha...  

Senang lagi cerita aku memang suka cerita cinta lepas kahwin... Tak ubah juga maca novel pertama yang aku pernah baca Bicara Hati (pinjam member jer dan after few years, aku beli, sebab nak mengimbau ceritanya). Pon sama, filem I'm not single, drama bersiri Adamaya and Asmaradana... Sebab semuanya fall in love after marriage.. To be honest, aku sendiri wish macam tu. Cinta halal~ cinta lepas kahwin, chantek jer. Dating pon tak berdosa heheheh~ 

Okesla, this song, I dedicated for someone!! Siapa... Baca sampai habis~ (Lagu dye pon sangat sweet, this the link nak download the mp3...)
  
Lirik:
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan

Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


Aku tak kenal dia... Yang aku tahu, dia, seseorang yang aku tunggu, yang realitinya masih belum di sini, yang namanya telah tertulis dengan kalam takdir!! Yang Allah dah reservekan untuk aku... Jiwang seround! Bak kata Adnan Sempit yang jadi ikutan anak-anak murid aku:- 
.•°´'`°¤,¸ Muka ganas beb, dalam hati ada taman!!¸,¤°´'`°•.

NOTAKECIKSANGAT: Flashback -- (Tak penting sangat, tak baca pon tak apa!! Hehehe~) Masa zaman jahiliah dulu, zaman cintan2 ngan satu hamba Allah ni, aku selalu cakap, kenapala kita jumpa awal sangat, tak bestla cinta b4 kahwin... Makbul doa aku, dia bukan jodoh aku... Hahahah memang patut pun jumpa awal!!

8 Nov 2009

Kurang waras dengan CINTA TERAKHIR~


Argh!! Gembiranya dapat kembali memetik keyboard laptop putih ku **walaupon dah kekelabuan macam belacan** ~~ Aku dah siap keje yang aku tak suka... Dan aku rasa, aku wat keje tu macam aku tak penah belajar apa-apa langsung... Hasil agak hampeh!!


Lupakan semua tu... aku mahu hidup kembali normal... **(apakah selama ni aku tidak normal?)**
Sedikit!!


Malas nak coret bebanyak walaupun seribu satu malam cherita aku nak choretkan... Perkara pertama aku nak post office selepas aku kembali waras dan normal adalah nak kasik satu lagu~~ Lagu ni dak Aiman yang masuk akademi nasyid tu nyanyi... Siyesly, tak pernah dengar, sampaila aku bukak satu blog ni ~CPM~... Aku rasa lagu ni bagus tapi kenapa macam tak ada sapa pon yang tahu? Radio Malaysia ni, pilih kasih ker apa?? So, aku rasa aku boleh bagi kat sini link download... Layanla... Memang tak rugi..

Download MP3: Aiman - Cinta Terakhir

16 Aug 2009

Keindahan Marwa El-Sherbini

Aku buka satu page, tak ingat site dia, and aku bukak sebab terpandang gambar kat atas ni... Subhanallah... Cantik sangat!! Tapi, kat bawah tu ada satu cerita... Nak konfirmkan cerita ni, aku bukak beberapa page yang kebanyakannya terdapat dalam blog-blog muslim... Dalam media elektronik yang lebih formal, erm… belum pernah jumpa… Kenapa? Ada muslihat di sini...
Kisah yang aku baca, secara ringkas mengenai seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini. Ada banyak versi aku dah baca, tetapi asas ceritanya tetap sama. Okay, begini ceritanya (copy dari site lain nih...):

Ogos 2008: Marwa telah memfailkan saman kepada jirannya, Alex, yang menggelarnya sebagai ‘Terrorist’, kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar ‘Pengganas’, kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !! Ada juga kisah yang aku baca, lelaki ni cuba tanggalkan tudung Marwa...

Julai 2009: setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah mendapati lelaki tadi bersalah dan dikehendaki membayar denda 750 Euro. Wah, adilnya mahkamah Jerman… Nanti dulu!! Jangan nilai terlalu awal. Ceritanya belum habis… Tau tak apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, memang tak salah baca, 18 KALI dan dia meninggal tatkala itu juga, sambil dilihat anaknya yang baru berumur 3 tahun. Dan Marwa ketika itu mengandung 3 bulan… (Ada juga kata 4 bulan...) Tragis bukan?

Belum cukup tragis, ada lagi... Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi untuk menghalang (ada yang mengatakan dia ke arah Marwa untuk cuba menyelamatkannya..) , dan...

............

... suaminya juga ditikam 3 kali. Dan lagi, tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang ‘melihat’ kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. (Alasannya berdasarkan seorang pemerhati berkata tentang suami Marwa, “Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya.”) (Nampak sangat betapa butanya mata diorang ni!!)
Apa maksud semua ni??

Bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18 kali di DALAM MAHKAMAH, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya kerkesudahan DITEMBAK PIHAK BERKUASA DI SITU.

Tidak mungkin kejadian tersebut berlaku terlalu pantas sampaikan tak ada orang sempat nak selamatkan Marwa. Tikam angin 18 kali takkan secepat tu... 1 saat untuk 1 tikaman pun hampir mustahil!! Maka tidakkah terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong!!

Itu isu pertama, isu kedua kenapa ramai yang tak tahu... Seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Lebih kurang kisah Palestin dan Yahudi yang disorokkan kisah sebenarnya... Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Gila!!

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, menganggap tidak perlu dihebohkan. Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, ‘tanpa disedari’ maka adakah mungkin mereka2 ini, apatah lagi kisah pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku kat Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China.



Sampai bila? Sampai bila baru dunia harus berkata ‘cukup’.

24 Mar 2009

Syukur??

Pernah sahaja saya berdiri di tempat yang paling atas… Tetapi, kerapkali, aku merasakan tempatku hanyalah di bawah... Tidak bersyukurkah aku? Seringkali mata memandang mereka dengan penuh kekaguman... Mereka di hadapan aku kelihatannya cantik, baik dan apa sahaja... Adakah mereka tercipta terlalu sempurna… Dan tatkala itu semua, terasa diri kekurangan... Terhambur keluh-kesah yang tiada penghujung.

"Ya Allah, adakah aku golongan yang tidak bersyukur serta kufur dengan nikmat dan rahmat-Mu? Moga aku tidak tergolong dengan itu semua… Namaku saja membawa maksud syukur..."



Video ini bukanlah hasil carianku. Kredit kepada Mursyida, kerana dialah aku menemukan entri kali ini. Menurut mama Balqis, video ini banyak terdapat di youtube, namun kebanyakan darinya mengetengahkan tentang kriastianiti. Tolak ke tepi soal itu, lihat dengan mata hati seorang manusia biasa dengan iman seorang Islam. Dia menerima dirinya seadanya. Aku ini jauh lebih sempurna fizikalnya... Dan aku ini Muslim… Seharusnya aku lebih redha dengan apa yang berlaku… Selalu ku bacakan rukun iman, percaya pada Qadak dan Qadar, tetapi, aku benar-benar tidak menghayatinya...

"Ya Allah... Ampunilah aku... Aku bersyukur atas kurnian-Mu… Limpah rahmat dan nikmat-Mu, tidak terhinggga buatku... Moga apa yang aku miliki mampu memberikan secebis pengorbanan buat agamaku... Amin..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...