.:Followers That Cheer Up My Blog~~

Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

26 Jun 2015

Bahagia Ramadhan...

Bulan ramadhan...
Apa yang best?
Bazar ramadhan?
Moreh?
Atau sebab bulan yang menjadi syurga makanan?

Takyah kata kat orang, once upon a time, kami pon pernah terdetik benda yang sama...
Ramadhan, waktu di mana semua makanan yang rare tiba2 muncul, entah dari mana....


But bila dah tua sikit, I'm starting to enjoy ramadhan on the right way...
Yang kami rasa, bahagia ramadhan bila kita bangun sahur, nikmat rasa makanan semasa berbuka dan bertarawikh secara berjemaah...
Itupun dari segi kasarnya....
Banyak lagi fadhilatnya.... 1001 bahagia dan rahmat Ramadhan...

Untuk tahun ni, kami dan husband, buat sedikit perubahan dalam gaya hidup dalam bulan ramadhan...
Kami berbuka, dengan masak sendiri biar pun simple.
Yes, it surely very simple, no makanan ruji which is nasi....
Saja je, sebab makan nasi is sedap sangat...
Nanti terawikh ke mana la pulak kan...
So kami makan, some fritters, mcm tu, ala2 lempeng, roti jala, or jemput2, and sometime bihun2...

Untuk terawikh, kami dua orang buat tournament dr masjid ke masjid termasuk surau....
Seronok, tgok budaya masyarakat dan komuniti bg satu2 kawasan...
Jangan kata kami dok ligan moreh plak, sebab kami tak pernah ambik lagi moreh tu....

Sahur, barula heaven, makan berat yakni nasik..,
Lauk pon, bgun tu baru masak....
Sebab nak rasa puas makan....
Paling penting, suami sedap makan, cukup sampai berbuka nanti...
Tak tahu kenapa, masa sahur masa makan yang paling kami suka!!!

Dan yang paling best, puasa ni, kami sama2 joging, beberapa minit sebelum berbuka....
So harap2 bolehlah sihat dan kurus...

Orang kata kami bini pemalas, sebab tak masak sedap2 untuk berbuka....
Kami kata, tak apalah, kami kenal perut husband kami...
So, harap2 tahun ni Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya....




30 Nov 2014

Rahsia Kaya dan Bahagia!!!

Alhamdulillah....
Hoyeaay!! Hari kedua mengepost di belog!!
Objektif, visi dan misi: berkongsi ilmu!!
InsyaAllah~

So hari ni, kita kongsi rahsia terbesar kekayaan dan kebahagiaan!!
Wah, dah macam motivator tersohor pulak lagaknya tuan tanah!!
Ok, rahsia paling besar untuk rasa kaya dan bahagia...
adalah SYUKUR!!!
Trust me, bukan dah dapat dulu rasa kaya dan bahagia baru nak bersyukur...
Mula bersyukur dengan apa yang sedia ada...
InsyaAllah, Allah akan tambah lagi...
Tapi jangan lupa, usaha juga!!

Eh, kena usaha jugak?
Haruslah, usaha fizikal dan rohani...
Kalau satu je usaha.. memang tak bolehlah...
Contohnya nak makan KFC...
(Erk.. kenapa KFC????)
Tangan dan mulut kena kerjasama...
Jangan tangan nak suap mulut tanak nganga...
Atau mulut nganga, tangan taknak suap...
Betul?


Tengok sekeliling kita, mula bersyukur dengan apa yang ada...
Dan kita akan lebih bersyukur hari demi hari...
Saya bersyukur dan bahagia dengan hari-hari yang saya lalui...
Saya doakan anda juga begitu!!!



14 Feb 2014

Aku kaya!!


Lagu ni memang selalu bermain2 di kotak minda anak2 muda hari ini.
Yang tak cukup muda pon layan jugak, hihihihi...
Sedap sangat, entahlah, but for me, its catchy.. The lyrics awesome!!
Lagu ni, buat kita puas berangan!
Tapi jangan tengok yang seronok je,masih walhal banyak value2 yang baik yang kita boleh ambil, contoh; lagu ni dia ingat nak senangkan mak dia, dengan bagi driver dan hadiah; kalau ada anak jiran yang pandai, dia nak sponsor scholarship and so on... 
Kalau tulis banyak lagi, kang post ni cuma post tentang lagu saja...

Perlu ke kaya?
Bukan kah, kita perlu bersyukur... 
Apa yang ada cukuplah, tak perlu nak terkejar2...
Yerp, bersyukur itu memang wajib...

Tapi ingat tak satu pepatah...
Bekerjalah seolah2 kita akan hidup selama-lamanya...
Beribadahlah seolah2 kita akan mati pada hari esok...

Kompius kan... Yang mana nak kejar....
Actually, dua2 boleh kejar, syaratnya dahulukan, apa yang dahulu.. 
Contoh, macm mana sibuk pon, just make sure apa suruhan kita perlu buat, kita turuti...
Macam solat, puasa, zakat, sedekah, mesti dilaksanakan...
Senang kata, kayakan jiwa, insyaAllah, Allah buka dan permudahkan pintu kekayaan.

Apa yang seronok jadi kaya?
Mana lebih seronok,
kalau kita boleh sedekah RM10, berbanding kita sedekahkan RM10 kepada 10 orang?
Mana lebih seronok?
Waqaf RM50 untuk waqaf, atau waqafkan RM50000 untuk bina masjid, sekolah?


Tapi, bukan semudah itu... 
Lebih banyak duit kita kumpul, sedekah yang lebih banyak akan jadi lebih berat...
Alasan yang menari-nari dalam otak, penat aku kumpul, takkan senang2 nak bagi orang...
Makanya, biasakan... Jadikan sedekah itu adalah amalan...
Bukan tunggu kaya baru boleh sedekah...
Mulakan sedekah hatta dalam poket cuma ada sepuluh sen sahaja...
Mulakan dengan memaksa diri, , dari paksaan, akan jadi terbiasa, terbiasa akan menjadi ikhlas...
Tahu tak, sedekah, membuka jalan kepada kekayaan... Jadi jangan tunggu kaya baru nak sedekah, sedekahlah, dan kita akan merasa kaya...

"perumpamaan sebutir biji yang tumbuh menjadi 7 tangkai dan setiap tangkai menghasilkan 100 biji.

Contohilah sahabat Nabi, berapa ramai yang kaya dan memanfaatkan harta sebaiknya...

Hari ini juga, kita boleh mengkagumi seseorang di Malaysia.... Walaupun mungkin ada sebahagian akan mencemik dengan alasan beliau cuma menggunakan kepentingan politik... Bukan itu yang kita fikirkan, fikir, berapa banyak dia keluarkan duit, untuk zakat, untuk kegunaan tuisyen sekolah dan sebagainya... 
Tapi tak apalah, itu pendapat masing-masing.

So, in-sya-Allah, jika diizinkan saya dan suami mahu, kaya, berjaya, berjasa dan bertaqwa..insyaAllah...


10 Feb 2014

Al-mulk sebelum tidur~

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Hi readers...

Hahahha readers la sangat, ayat2 berbaur poyo ala-ala blog femes...
Dont worry, I know bout my blog very the well done...
Kalau ada pon, member2 yang jumpak link kat FB, then bukak, sekodeng2 and tolong gelak...
Bukannya ada follower atau kipas-susah-mati pon..
No worries, I just love the way I am blogging...

Curi masa sikit even dah pukul 12.++ a.m..
Nak tidur, tapi apalah salahnya kongsi sedikit sebanyak ilmu...
Padahal esok pagi sampai tengah hari, kena iring budak sukan, petang pulak ada kuliah...
Percaya tak, a woman teacher, yang overweight, boleh jadi jurulatih@juruletih pasukan olahraga merangkap guru pengiring... Wow, tercabar sangat, so kena make sure next year, ada rupa jurulatih..yang nampak fit!!
Berangan...

Sebenarnya nak share pasal Al-Mulk..

Al-Mulk tu surah dalam quran, yang bermaksud kerajaan...
Mula kenal al-Mulk masa kat SMKAB dulu...
Baca before tidoq..
Masa zaman kat SMKAB, buaih sungguh...
Bila balik prep, supper, terus buat2 lena...
Orang gerak suruh baca al-Mulk, buat2 tak sedaq la konon...
Mujurlah, dalam 1001 kenakalan, masih ada ruang2 kebaikan... Alhamdulillah..
Sekarang, try untuk baca, susah nak dapat hari2 tapi sekurang-kurangnya, kita try the best...

Based n my readings sikit2...
"Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Satu surah membela pengamalnya sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga iaitu: "Maha Berkat Tuhan yang menguasai pemerintahan".(surah al-Mulk)"(Majma' al-Zawaid - perawinya dinilai Sahih)
Ibn 'Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai surah al-Mulk : "ia adalah surah pelindung. ia menyelamatkan (pengamalnya) daripada azab kubur." (Riwayat al-Tarmizi dan dinilai Hasan Gharib). "

So, cuba-cubalah amalkan... Ayat quran ni, sepotong perkataan, insyaAllah, sangat bermanfaat untuk kita..
Apatah lagi satu surah~

8 Feb 2014

Antara yang kita suka, dan yang sepatutnya~

Post sebelum nak tidur...
Post yang tak penting...
Tapi bagi saya, saya cuba untuk suarakan selagi mampu...
Suarakan dengan sebaik mungkin...

Tapi kita lebih suka bertelagah...
Semua isu kita pertikaikan, bab politik, bab negeri, bab artis...
Semua topik, kita jadikan isu...
Kita simbah minyak tanah kat bara api...
Sanggup kita laga-lagakan antara satu sama lain...

Kita patut saling sayang-menyayangi...
Kita saudara...

Saya ada terbaca satu quotes, yang agak menyedihkan...

Tiga kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya . 

- Pertama, umat Islam tak pernah belajar dari sejarah lampau . 
- Kedua, umat Islam tak merancang  dengan teliti .
- Ketiga, umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca 

Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka berfikir orang Islam akan mengubah kelemah-kelemahan ini selepas mereka tahu .
Namun apa yang dijawab ? 
"Tak payah risau, orang-orang Islam takkan tau . Diorang bukannya baca pun . "

Fikir-fikirkanlah~

22 Nov 2013

Gaji guru naik jika ada Master?

Kenapa kita sambung belajar?

Kalau kita sambung belajar...
Adakah..
- sebab nanti nak jadi pensyarah?
- sebab nak gaji besar?
- sebab nampak hebat ada master/phd?
Cantikkan, niat?
Kirah tak kata sesiapa, even Kirah pon pernah terdetik one of the reason kat atas...
Kita memang cintakan dunia...
Kita buat, semata-mata untuk kepentingan dunia...
Bukan menunding sesiapa, Kirah akui, Kirah juga sama...

Mulai sekarang, Kirah kena kuatkan hati...
Betulkan niat...

Mulai sekarang, aku belajar kerana Allah, aku mahu ilmu ini untuk manfaat pada diri dan orang lain... InSyaAllah~



P/S: gaji guru tak berubah, kalau ada PhD sekalipun.. Moga ICT yang aku pelajari ni, dapat aku manfaatkan ke atas murid-murid semua... InSyaAllah~

20 Mar 2013

Husnuzon itu bersangka baik.. Bersangka baik, walaupun sudah lama cuti berblogging...

Mode: Emosi bercampur-baur
Genre penulisan: Sengal dan sedikit serius

Wahahaha...

Lama gila tak pegang keyboard...
Nampak sangat fitnah ke atas diri sendiri...
Ekceli ada jugak online, tapi takat berfacebooking...
Blog? Tak mampu nak hadap...

Bukan tak mampu apa... Sebab kalau blog, kena hasap dengan kasih sayang...
Sekarang dah berkongsi kasih dengan suami, jadi, blog jatuh nombor 2...
Hahahaha... Tah apa sahaja aku merepek.. Yang membaca, buat-buatla paham...


Sebenarnya, agak busy...
Esok kena hantar buku murid untuk semakan penandaan...
Kena kemaskini la sikit penandaan tu...

Tapi curi seminit dua untuk membloggingkan diri...

Tahun ni, saya ke sekolah baru, minggu depan, saya akan berpindah ke rumah baru...
Moga tahun ni jugak, akan datangnya orang baru....
Tak sabar nak jadi mummy, walaupun perangai masih tak matang sangat...

Tak sabar nak namakan mak sendiri sebagai "Nanny" untuk cucunya...

Tak guna memblogging, kalau saya tak curi ruang yang ada untuk manfaatkan sesuatu...

Pernah dengar perkataan husnuzon...

Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain. Ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat.

Secara ringkasnya, janganlah bersangka buruk terhadap orang, sebab, seolah-olah kita memfitnah orang itu secara tidak langsung... Bagi saya cukup ada waspada di sebalik husnuzon, bukannya terus meletakkan syak dan wasangka, melainkan memang punya bukti yang nyata... Jangan pulak, dah sah2 berbukti ketidak-baikan dia, kita masih berhusnuzon... Salah tu...

Kalau tak jelas, pandai-pandaila cari sumber ye... Ilmu kalau dari satu sumber sahaja, tidak cukup kukuh... Macam bina rumah pakai satu tiang, boleh berdiri tapi rapuh sangat....

Ok, sebenarnya saya nak kisahkan sikap pihak polis atau tentera yang negatif. Memang saya sendiri pernah jumpa. Tapi, jangan begitu kawan... Daripada setandan pisang, bukan semuanya busuk. Macam cikgu, tak semua cikgu baik terhadap anak murudnya.  
Tak semua bapa mampu melindungi maruah anaknya. Dan macam-macam lagi. Senang cerita, di mana pun ada yang tidak baik. Cuma terpulang untuk kita buka mata kita untuk pandang yang baik atau sebaliknya...
Taken from http://ibanmuslim.blogspot.com

Saya bukan berceramah politik, langsung tak layak lagi berceramah agama. Cuma kongsikan sepalit ilmu yang saya dapat... Ewah, bermadah plaks...

Seriusly, doakanlah mereka selamat dalam mengawal sempadan dan mengekalkan kedaulatan negara... Kita yang keyboard warrior, belum tentu boleh berdiri di area zon merah... Hahahaha... 

Ok, chow.. Sila lawat page https://www.facebook.com/sandslova.. Kami sedang bangunkan baju2 untuk plus-sizer-ladies yang kiyut-miyut..

6 Nov 2012

Membangga diri atas ujian Allah... hurm?

Mari membebel....

Pernah tak jadi situasi camni...

SITUASI 1
Manusia A: Beb, best sangat... Aku menang saguhati RM100 masa cabutan bertuah hari tu...
Manusia B: Yer ke... Aku dulu, pernah dapat RM1000... Grand prize... Sekali cabut jer, keluar nama aku...

SITUASI 2
Orang A: Sedih gila... Atuk aku meninggal, tak sempat aku jumpa dia..
Orang B: Tu takpe lagi, aku lagi la teruk. Aku dah setahun tak jumpa dia... Tup2 dia eksiden... Dahla masa tu aku kat oversea..

Nampak tak situasinya?
Ia bukan pasal cabutan bertuah, bukan pasal kematian datuk...
It is about, semua nak lebey,
Tak kirala, cerita hebat tentang hidup ker, ataupun

Selalu sangat I've been thru this situation....
Well, ekceli, macam ni...
Kita kan suka bercerita, untuk meluahkan perasaan, tak kirala perasaan sedih atau gembira...
Bukan nak berlagak atau pun menarik perhatian...
Tapi ada orang dia suka untuk being berlagak...
Dengan menceritakan semua yang dilaluinya adalah lebih baik  atau lebih disaster dari pengalaman yang kita lalui...

Tapi cuba fikirkan kalau jadi macam ni...

Seorang miskin kehilangan RM8 daripada RM10 yang dimiliki kerana dicuri yang mana itu sahaja duit yang tinggal untuk makanannya dan anak-anak..
Seorang kaya kehilangan RM1000 daripada RM2000 kerana diragut... Itu cuma duit keuntungan perniagaan...

Adilkah kita kata pada si miskin...
"Eleh, ko lesap RM8 jer, si Kaya tu hilang RM1000..."

Think!!

Situasi kedua, seorang anak yang rajin dan biasa menolong ibunya boleh memasak, membasuh baju, serta mengemas rumah...
Seorang budak yang mempunyai maid bagi setiap adik beradiknya tinggal di asrama dan berjaya membasuh dan melipat bajunya sendiri. selapas 2 bulan tinggal di asrama...

Adilkah kita menilai, anak yang rajin itu sahaja yang bagus?

Tanpa sedar atau tidak....
Allah berikan rasa nikmat, dan rasa susah itu sama sahaja...
Kenapa sama?
Jangan nilai dengan orang...
Ibaratnya, kalau kita berat 70 kg, kita mungkin mampu mengangkat benda seberat 30kg...
However, ada orang yang berat sama dengan kita, tapi boleh angkat sehingga 120kg...
Atau, mungkin ada seorang lagi yang hanya boleh mengangkat barang seberat 10kg sahaja...
Faktor latar belakang kita mungkin berbeza....

Bagi Kirah, Kirah selalu percaya apa yang abah kata benar..
Setiap orang, penerimaan terhadap nikmat dan ujian diberi...

Perasaan seorang yang susah dapat makanan, dapat sepinggan nasi lauk ikan masin, kepuasannya, sama dengan seorang yang kaya makan lobster yang berharga ratusan ringgit...

Kita cuma mampu naik proton..
Kita kata, kalau kaya kita akan pakai honda Accord...
Tapi andaikan kita kaya dan memiliki honda accord,
tidakkah kita berangan untuk ferrari pulak....

Apa yang penting... Rasa syukur dan redha...
Kepada yang hebat... tak perlu berbangga diri...
Kepada yang biasa macam Kirah... Tak perlu rasa rendah diri....
Sebab, Allah tahu, apa yang terbaik dan selayaknya untuk kita...



NOTAKAKI: Kirah selalu kata, untung jadi orang cantik... Abah kata, cantik itu satu kelebihan... Dalam masa yang sama juga, ia adalah ujian... Kesusahan itu ujian... Tapi kekayaan itu lebih besar ujiannya... Sebab, kita akan ingat Allah masa kita susah... Tapi macam mana bila masa kita senang? Refleks/Muuhasabah diri~

9 Feb 2012

Ikat hati hasben pakai kunci SOLEX~

Saja, nak wat post ala2 orang yang sangat matang~
Even sebenarnya perangai macam budak2 sangat...
Semua nak menang, kata mereka yang mengenali, lalalala~

Lupakan pasal the 'Kirah'
Let me sahre wif the ladies yang bergelar isteri...
Oh, adik2 boleh baca, tapi don;t u ever try to manfaatkan the knowledge to ur boyfriend...
He is not ur halal...
Belum tentu dia jadi suami kamu...
Trust me, saya sudah makan garam dahulu, hehehhehe~~
Perasan tua kejap...

Stop membebel-ing...
Ini dia, rahsia pengikat...
Mengikat hati suami...


Cara 1: Lakukan aktiviti kegemarannya bersama
-Oh, masa bercinta, kau kata memancing itu menenangkan... Bila dah kawin, kau kata membazir masa... Tolong jangan wat cenggitu yer puan2... Hargai minat dye, tak boleh tiap masa pon, jangan kritik, dan bila ada masa join sekaki, dua kaki pon ok... Dengan syarat, minat itu hendaklah minat yang tidak lagha..


Cara 2: “Ikat dan tambat” perut dia
Ambil tali, ikat mati  dan jangan bagi lepas ke mana-mana ye... Hehehhe.... Gurau jer, I mean, masak untuk dye... Tak payahla sampai tahap top chef mahupun Chef Wan, tapi belajar2la masak walau pada asalnya korang ni buta senduk dan kuali... Paling best, kalau kita pandai masak makana peberet dye, kompem, bukan takat ikat, tapi kira tahap dah 'solex' korang punya husband~:-)


Cara 3: Luahkan kata-kata cinta
Kalau dulu bercinta, 'love you', 'miss you', 'muah-muah' semua cukup... Why not sekarang... Halal tau, dapat pahala lagi... Kalau husband tengah keje, msg pon, ok! Nak lagi romantik, pos, terbaik!! Rare but worth!!


Cara 4: Pujuk dengan sepenuh hati anda
Asik kau merajuk, try la pujuk2 jugak~ Pujuk dengan ikhlas... Kalau 'tergaduh' itu, biasala, tapi jangan la kedekut nak pujuk ok... Tak kena bayar pun... Dulu, dye nak kan kau, dye mahulah pujuk, sekarang, kau merajuk lebih2 takut tak cium bau syurga tau~~


Cara 5: Gunakan panggilan manja
Hey, dulu kau panggil, baby, sayang, honey, papa atau bucuk. Sekarang segan2 malu2 plak... Eleh, tak dosa pun kalau panggil camtu.. Kecuali kalau dulu belum kawin, mmg dosa... Tapi jangan gedik panggil dalam mall kuat2 plak, mahu laki kau lari menyorok... Lalalala~~


Cara 6: Ringan-ringankan tangan untuk mengurut dia
Oh, tak perlu explain... Semua pon tahu... Boleh gilir2... Kalau suami penat, isteri urutkan, kalau isteri penat, suami pun boleh urut.. aite? ;-)



Islamic style? Ada jugak~
1. Amalkan surah Yusuff, ayat 4 sebanyak 3 kali selepas setiap kali solat. Boleh juga dibaca semasa suami tidur dan hembuskan pada ubun-ubun kepalanya dengan niat kasih sayang akan kekal dalam hatinya untuk kita.

2. Dengan mengamalkan membaca surah Yusoff, ayat 4, dan disambung dengan surah Thaha, ayat 39, bila di hadapan suami atau pasangan. Memadai dengan membaca di dalam hati. Kedua-dua ayat ini juga elok diamalkan 3 kali selepas setiap solat agar dikasihi oleh orang ramai. 



Verangan mau photoshoot sama incik hasben cenggini, tapi mimik muka mmg hancurla kalau dah nama tak cun ngeh3x... 

P/S: Haha, Jangan salah paham ok? Just nak share info!! Sesapa yang belum kawin, sibuk2 nak apply kat boypren, sile tanggung dosa sendiri, okies?

20 Dec 2011

Mari mencuri, mengebas, dan menjerut ~~~ Hati mertua..

Buhsan, takdak kawan nak sembang, sebab incik suami kije....
Bukak tv, tapi mata ngan tangan kat laptop...
Nak apdet, tapi tatau nak taip apa, so Kirah gugel, 'cara tawan hati mertua'...
I'm not sure enuff, mertua or mentua... yang mana ejaan yang betul...
paling mudah, parents-in-law... Kompem betul, heheheh~~

Selalu pikir mak mentua ni horror, aite...
Ala2 Kassim Selamat punya mak mertua, a.k.a Nyonya Mansor...
Tapi, sebenarnya, takderla sampai macam tu pon...
Ada yang mak mentua dye tatang lebih dari mak sendiri pon ada tau...
However, jom kita selidik pasal mertua...


Dalam sesetengah situasi, ada mertua yang suka membanding2kan menantu-menantunya... Atau dibandingkan kita dengan anak-anak perempuannya. So, camana nak berhadapan dengan mertua yang sebegini?
Okay, try macam ni: 

1. Setuju kan sahaja dulu.
2. Sokong jer la... Mungkin ada betulnya kenapa anak/menantu itu lebih menonjol dan lebih disayangi daripada kita.
3. Selami masalah tersebut dan fikir-fikirkan apa yang kurangnya pada diri kita ni. Mekanik diri.
4. Jangan sesekali cuba berkomplot dengan anak/menantu lain untuk menjatuhkan mertua atau anak/menantu yang disayangi mertua. Taktik kotor nih, dilarang sama sekali...


Dalam masa yang sama, agak2 patutkah menantu duduk serumah dengan mertua atau ipar duai?
Kalau boleh jangan. Kata orang "Dekat bau taik, jauh bau bunga". Bila dekat, mulalah akan nampak keburukan menantu. Itu tak kena, ini tak kena. Rumah tak kemas, tak pandai masak, tak pandai itu ini. Seeloknya berjauhanlah. Lagipun ini kerana menantu dan mertua ada cita rasa masing-masing. Tambah kalau ada ipar duai, sedikit sahaja konflik mungkin akan melibatkan mereka. Banyak campur tangan nanti. Kalau boleh, pisahkan. Tetapi kalau duduk dekat dengan rumah mertua, lawatlah mereka sekerapnya.


Petua Jadi Menantu Yang Terbaik / Memenangi Hati Mertua / Tackle Hati Mertua :-

1. Anggap ibu mertua seperti mak sendiri. Jadinya kita takkan kecik hati bila dimarah, ditegur. Kita kena fikir bahawa semua itu hanya sebab mereka sayangkan kita. Bukan nak marah pun tapi demi kebaikan kita juga...
2. Menantu kena mengalah. Memang mertua bukan sentiasa betul tapi kita ambillah masa untuk menjelaskan. Jangan terus-terus membangkang bila masa-masa tak setuju dengan mertua. Mengalah lah dahulu. Bertolak ansur itu penting.
3. Elakkan konflik dgn mertua kerana akhirnya ia akan melibatkan suami. Teruklah bila mana suami terpaksa memilih untuk berpihak samada mak mertua atau isteri. Kerana disebelahnya adalah ibu. Dan sebelahnya lagi adalah isteri. Dua-dua sama penting. "Ibu hanya satu tapi isteri boleh ada 4". hehehe... bahaya ya kalau suami pikir sampai tahap itu...
4. Peluk, cium, urut mertua kita. Sayangi dan hargai mereka. Sejukkkk sikit hati mertua bila melihat kita.
5. Hiburkan hati mereka dengan sering beri hadiah. Tak banyak, sedikit pun takpe tanda mengingati dan menghargai. Walaupun hanya lauk pauk yang kita dah masak. Bila berkunjung ke rumah mertua, bawalah buah tangan.
6. Jangan melapor pada mertua apa yang tidak baik tentang suami. Selalunya dan normally, tiada mak yang tidak kenal akan anaknya sendiri. Kadang-kadang mertua sendiri akan datang pada kita dan sebut tentang perangai anaknya sendiri yang mungkin kita sebagai isteri tidak akan tahan. Jadi, hal-hal rumahtangga seeloknya sembunyikan. Melainkan dah tahap teruk sangat, bolehla minta nasihat daripada mertua.
7. Hantar gelombang positif. Sebagai menantu kita perlulah bersangka baik, sayang pada mertua. Mereka ibu bapa kita juga... Jangan berburuk sangka pada mertua.
8. Berbaik-baik dengan semua ipar duai. Jangan menikam belakang atau memburuk-burukkan ipar duai. Dan kalau kita sebagai ipar duai juga jangan sekali-kali campur tangan masalah rumahtangga adik beradik kita dengan menjadi batu api dsbgnya.
9. Walau kita tak suka pun pada mertua, jangan sampai berkomplot dgn biras-biras untuk menjatuhkan mertua.
10. Jangan cakap benda-benda tidak baik di belakang mertua.
11. Jadilah menantu yang solehah. Beriman, boleh diharapkan, pandai menjaga rumahtangga, pandai mengambil hati, penuh kasih sayang dll.
12. Setiap hari, jangan lupa untuk mendoakan mertua. Dengan bersungguh-sungguh. Doakan kesejahteraan, kesihatan, kesenangannya, ringankan bebanannya dll.
13. Beri khidmat seperti masak makanan, tolong mertua dengan apa yang dia tidak mampu dan sebagainya. Dengan seikhlas hati. Bila ikhlas, baiklah hasilnya nanti.
14. Seringkalilah bertanya khabar mertua. Lebih-lebih lagi bila mereka jauh dari kita. At least mereka tak tertanya-tanya apalah ceritanya kita di sini dan kita juga tahulah apa khabarnya mertua kita di sana. Entahkan sihat, entahkan sakit.

Read More at : http://www.lovelyshafa.com/2010/12/menantu-vs-mertua-selami-jiwa-l-petua.html#ixzz1gv9d4Exx 



Boleh jugak tengok info tambahan dengan merefer kat sini: http://www.areliff.com/2011/01/10-cara-memenangi-hati-ibu-mertua.html

Ok? Selamat memenantukan diri anda dengan baik...


Asyik marah mak mertua jer, cuba belajar berterima kasih pada dia yang telah melahirkan seorang anak lelaki, dan membesarkannya untuk menjadi seorang suami yang baik pada kita~~
Terima kasih Mak Minah~
P/S: Mak mentua saya kata, tangan saya kasar macam tangan orang menoreh...

23 Sept 2011

La tahzan - Jangan bersedih, Allah bersama kita...


Last time I kept story-ing bout my late tokwan...
Korang baca pon bosan aite but honestly, bukan nak tarik simpati, Kirah feel sad, sebab ini kali pertama Kirah kehilangan...
Even Kirah bukanlah close gegiler dengan tokwan..
Ok, semua cerita tu redundant, it's not the point...

By the way, apa yang Kirah nak taip is inspired by two real stories yang Kirah dengar sendiri...

Tadi, masa berkursus, I found a friend, yang dah kehilangan her mom masa dye nak ambil SPM... 
I adore her, how strong she is... 
Kalau budak kecil, mungkin tak rasa sangat.. 
Ini dah kenal, tahu dan dapat meluakan perasaan...
Dekat-dekat nak ambil SPM pulak....
Tabahnya, dia kini seorang guru...


And I've read about the famous blogger,Yuyu.
Helost his dad at 10 years old... 
She said that she never know how a father treats her daughter.
So touching...
She said that, semua tanggungjawab ayah dah ditanggung oleh emak, datuk and etc.
I just can't imagine~

Kirah realize yang Kirah bukan anak yang baik sangat, tapi sangat degil.
Kirah tak dapat bayangkan, life without a mom...
Sebab peranan mak dalam hidup Kirah, sangat besar...
Sampai sekarang, mak yang masak, mak yang jahitkan baju Kirah, dan mak juga banyak bantu keluarga dalam kewangan.

Dan abah....
Abah selalau jadi kawan Kirah....
Tempat kirah mengadu, dan bergaduh...
Tak dapat Kirah bayangkan bila hari nikah, bukan abah yang mewalikan Kirah...

Abah dan mak, tak macam orang lain, manjakan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Sampaikan masa sekolah dulu, Kirah lebih takutkan mak dan abah, lebih dari hormat...
Diorang tak pernah tunjuk kasih sayang secara terus...
Tapi, kami tahu, mak abah sayangkan kami...

Kalau Kirah rasa selesa dengan mak dan abah yang masih ada sisi...
Sekarang, Kirah rasa betul-betul bersyukur...
Mak, abah, saat ini, walaupun hampir kepada perkahwinan....
Kirah masih perlukan abah dan mak 500%
Because there is no one could be just like both of you!!

Tapi, Kirah perlu belajar... semuanya milik Allah...


Last time I kept story-ing bout my late tokwan...
Korang baca pon bosan aite but honestly, bukan nak tarik simpati, Kirah feel sad, sebab ini kali pertama Kirah kehilangan...
Even Kirah bukanlah close gegiler dengan tokwan..
Ok, semua cerita tu redundant, it's not the point...

By the way, apa yang Kirah nak taip is inspired by two real stories yang Kirah dengar sendiri...

Tadi, masa berkursus, I found a friend, yang dah kehilangan her mom masa dye nak ambil SPM... 
I adore her, how strong she is... 
Kalau budak kecil, mungkin tak rasa sangat.. 
Ini dah kenal, tahu dan dapat meluakan perasaan...
Dekat-dekat nak ambil SPM pulak....
Tabahnya, dia kini seorang guru...


And I've read about the famous blogger,Yuyu.
Helost his dad at 10 years old... 
She said that she never know how a father treats her daughter.
So touching...
She said that, semua tanggungjawab ayah dah ditanggung oleh emak, datuk and etc.
I just can't imagine~

Kirah realize yang Kirah bukan anak yang baik sangat, tapi sangat degil.
Kirah tak dapat bayangkan, life without a mom...
Sebab peranan mak dalam hidup Kirah, sangat besar...
Sampai sekarang, mak yang masak, mak yang jahitkan baju Kirah, dan mak juga banyak bantu keluarga dalam kewangan.

Dan abah....
Abah selalau jadi kawan Kirah....
Tempat kirah mengadu, dan bergaduh...
Tak dapat Kirah bayangkan bila hari nikah, bukan abah yang mewalikan Kirah...

Abah dan mak, tak macam orang lain, manjakan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Sampaikan masa sekolah dulu, Kirah lebih takutkan mak dan abah, lebih dari hormat...
Diorang tak pernah tunjuk kasih sayang secara terus...
Tapi, kami tahu, mak abah sayangkan kami...

Kalau Kirah rasa selesa dengan mak dan abah yang masih ada sisi...
Sekarang, Kirah rasa betul-betul bersyukur...
Mak, abah, saat ini, walaupun hampir kepada perkahwinan....
Kirah masih perlukan abah dan mak 500%
Because there is no one could be just like both of you!!

Tapi, Kirah perlu belajar... semuanya milik Allah...


13 Aug 2011

Perangai cam KOALA tapi bajet baik!!

Hari ni Sabtu... For sure, ramai yang lepas Subuh, tido balik... Silap2 ada yang versi, bangun sahur, tido balik, pastu bangun Subuh, and tido balik... Hahaha, comel betul, macam koala, asik nak tido....
Kiut betui makhluk ni titon...
Ruginya pergi Aussie dulu tak tangkap gambar versi peluk2 awak... Sigh...
Kirah, bangun and terus berjaga.... Bajet bagus betul Kirah ni kan? Takla, for ur information, inila first day Kirah masih berjaga selepas Subuh... Biasanya, fikir sendirila... Wahahaha.. Gile teruk anak dara nih... Apa nak buat, kan? Kirah sekolah petang, nak tergolek dog petang2 memang tak dapat la~ So pagi-pagi tu, konfem masih di alam mimpi... hahaha si Incik Tunang, harap maklum~ (Patutla, tak kaya2.. tido lepas Subuh, rezeki pon tak dekat... Ok, kena berubah mulai Isnin, sebab esok nak buat lagi, heheheh~)

Okay, ekceli, sementara tunggu subuh, Kirah jalan2 kat blog orang... Bukan jalan la, lebih kepada skodeng, sebab tidak meninggalkan apa-apa jejak... And tetiba rasa, lama betul tak post something bout my soul... My soul is Incik Tunang ker... About my incik tunang kan dah selalu citer? No lah, my soul is my Islam... I mean, lama sangat tak buat Islamic post... Ekceli bukan nak bajet baik ker apa, tapi sekadar ingatan buat kita... Kita means u and me~~

Kenapa dah lama tak buat Islamic post? Bila check balik, Islamic post kirah, semuanya berkisar mengadu... Means, ditaip dalam keadaan sedih, marah and so on, semua yang negatif... So, kesimpulannya, Kirah ni bila susah, baru ingat nak kembali mencari Tuhan... Sekarang, dah ada incik Tunang, hati terlalu suka dan gembira, terasa diri sedikit alpa... (Ya Allah... ampunkan segala keaalpanku terhadap-Mu~)

Tetiba, teringat, kata-kata abah... Untuk makluman, kata-kata abah yang bernas hanya mampu diperoleh tatkala bergaduh-gaduh manja dalam kereta~ So, keep on fighting wif abah... heheheh~~ (rindu plak kat abah~)

Kalau Kirah dan abah have a journey berdua... Banyak perkara yang selalu kami bualkan... And at the same time. Ada satu masa Kirah citerkan, betapa jeles kat orang lain. I said that they are so lucky, since "dye cantik", "dye hidup senang",  and so on... Semua tentang kelebihan orang lain, instead of my own self. Usually, I always feel empty as I thought that I have nothing to be proud of.

By the way, abah bukan jenis memujuk... He just said the trutth. Abah kata, susah itu ujian, tapi, kesenangan itu lebih besar ujiannya... I keep wondering and asked that what does it mean? Abah kata masa susah, apa kita buat? Mengadu pada Allah, kan? So, that orang susah, selalu mendekati Allah... Tapi, kalau orang senang pulak, camana? Kita rasa happy, rasa macam kita sangat bertuah and so on... kan? Tapi jangan salah faham, bukan semua orang macam tu... Maksudnya, kalau orang yang senang, ujiannya lebih berat... Mungkin kalau kita di tempat diorang, kita tak mampu pon nak menanggung ujian itu....

Ok, I've learn something on that day... Sebab tu orang kata, ujian itu bermaksud Allah kisah dan kasih kepada kita... Allah mahu kita kembali kepada-Nya... Betapa Allah itu maha Penyayang.... Ya Allah, selama ni, aku terlalu banyak berkeluh-kesah...

So kesimpulannya, siapa pon kita, itulah yang terbaik untuk kita...Yang penting, kita tahu, ke mana arah tuju kita dan sentiasa berada di landasan Allah... 

"ADA MASA KITA MERANCANG DENGAN BAIK, TAPI MENGHASILKAN KEGAGALAN... KITA RASA ALLAH ITU TIDAK ADIL.. TAPI DI SEBALIK ITU SEMUA, KETAHUILAH, ALLAH MAHA MENGETAHUI, ANDAI APA YANG KITA RANCANG GAGAL, PERCAYALAH, ALLAH MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUK KITA... ALLAH MUNGKIN TIDAK MEMBERIKAN APA YANG KITA MAHUKAN, TETAPI ALLAH MENYEDIAKAN APA YANG KITA PERLUKAN..."

And once again, janganlah salah anggap, kata Kirah berlagak baik ker apa... I'm sharing on something that I've learn, itu jer... Kalau ada silent reader kat sini, kalau ada la, heheheh.. Thanx sebab sudi jengah blog senget-benget Kirah ni, ok? U always cheer up my day~~

Salji, ciptaan Allah yang Kirah naaak, sangat nikmati...
ada sesapa nak sponsor Kirah belajar kat obersea? heheheeheh
P/S: Kirah lagi koala dari korang!! So, nak tanya... kalau koala comel, Kirah comel tak hahahahah~~

14 Feb 2011

Bila aku diuji... Rasa nak bunuh diri...

Tipulah...
Kyrah itu kuat, okeyh!!


Ini yang terdetik, bila hati is jiwa kaco...


"Terkilan dan sedih kerana diuji dengan perkara-perkra yang kamu takuti... 

Namun di sebalik ujian itu... Tercurah kasih sayang dari Allah... 

Kerana, saat diuji, hamba akan menadah doa, mohon dikuatkan hatinya~ Dan saat itu, cinta kepada Allah yang dulunya kusam, kembali bersinar... 

Alhamdulillah dengan ujian itu... Aku kembali memandang kepada Pencipta~ Moga cinta itu akan terus bersinar tanpa pernah kusam lagi~"

5 Sept 2010

♥ kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥

Memang sakit bila bercinta bagai nak rak... tup2 langsung tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, tambah pulak dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.. Tentu Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik buatmu~~

@

Perempuan itu adalah sebijik EPAL~~


Wanita ibarat Epal.
Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah. 
Tapi epal yang tak mampu di beli berada di punca. 
Susah di petik, susah di gapai.
Terkadang epal itu risau, kenapa la diriku belum di petik?
Lantas ia merendahkan martabatnya dan mengugurkan diri menyembah tanah.

Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya, sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat? Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..... :)

20 Aug 2010

.:Doaku~

Ya Allah, kuatkan hatiku...
Jauhi aku dari keegoan dan keangkuhan, kerana aku cuma menumpang di bumiMu ya Allah..
Tetapkanlah hatiku, untuk hidup dan mati untukMu..
Berikan aku kekuatan, berikan aku kesabaran~~ 

Kerana aku cuma insan lemah yang tidak sempurna...

25 Jul 2010

perempuan KUAT dan TERHEBAT masa kini~~

nampak kuat tak? ke nampak seksi?

Asal sedih, nangis... Asal happy sangat pun nangis... So, sangat buhsan, asyik nangis jer... but Ive got a story kenapa menangis itu sebenarnya adalah satu kehebatan pada seorang perempuan~~~

Kisahnya:
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"

Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.


"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia mencari jawapan sambil membaca kitab suci Al-Quran untuk mencari jawapan mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Akhirnya dia terjumpa ayat dari Al-Quran yg berbunyi:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." 

"KECANTIKAN SEORANG WANITA HARUS DILIHAT DARI MATANYA KERANA ITULAH PINTU HATINYA, TEMPAT DIMANA CINTA ITU ADA."

1 Jun 2010

CINTA TERLARANG DAN BLOG TERLARANG! JOM TERJAH!!


Urm, sepanjang berblogging I found lots of blog become as a diaries..
And banyak jugak peminatnya...
Me, tak terkecuali, parts of the stories in the blog...

Tak lupa jugak those their love diaries..
Well, it is ur account, so, whatever thing that bloggers wanna write, just write la, aite?
Tapi in case, of story such as "Oh, I am happy having a date wif my boy"... Macamana?

Okay, belum nampak,
Then, when ada makhluk Allah yang baca, dia terasa pulak nak dating2,
Dating, just like the story in the blog...

Aku fikir aku telah buat dua kesalahan as a blogger...
First, aku dating, ok, itu dengan Tuhan...
But at the same time, aku telah secara tidak langsung membuka jalan atau menggalakkan untuk maksiat...
Mungkin kita tak sedar, but this is true.
It is something behind the scene of blog reading...
So, just think..

Aku pon tak ada la baik sangat... But since aku rasa aku rasa salah, aku just nak say it.. Kalau aku pendam and memang salah, aku jugak yang tanggung dosa kan..

Itu cuma bebelan, ok? The point of having this writing is bersempena cuti sekolah yang hampir tiba, I've got so many invitations for wedding ceremony... Tahniah... Semalam pon aku dah pergi dua kenduri kahwin... Happy for that... Me, single dulu lagi baguslah kot!! (padahal, orang tamau kat aku, heheheh~~)

And I found a quotations from a blog that would be useful for those yang siglet minglet nak cari teman hidup. Iyela, selalu saja kita jumpa kisah cinta yang kita betapa seorang lelaki mengkagumi seorang wanita dari sudut lahiriah. Ala, mudah faham kalu, secara fizikal la. Macam cantik umpama bulanlah... Kulit bagai kulit telurlah.. Macam2 dok ada... Tapi, cuba korang selami dalam satu dongeng purba India yang melukiskan sifat wanita seperti berikut.. 

Al kisah…maka tersebutlah sebuah cerita...
Wanita adalah gambaran jelingan mata kijang
Keindahan cahaya matahari
Kejernihan air mata embun
Kecepatan perubahan angin
Kemanjaan arnab,
Kesombongan merak
Kelembutan leher burung layang-layang
Kepejalan berlian
Kemanisan madu
Keganasan singa
Kepanasan api
Kedinginan salji
Kicauan murai dan
Kokok burung ketitir.


Tak dapat dinyatakan, ini satu pujian atau satu kata-kata sinis... Ada ker, macam murai, macam burung ketitir... Wahahaha, gelak guling2....

Dan dari blog yang sama, saya menemui, apa sebenarnya yang perlu lelaki cari selain seorang perempuan yang layak bergelar sebagai isteri. Kenala faham, perkahwinan itu bukanlah sekadar hubungan menjalinkan ikatan cinta secara sah tapi perkahwinan jugak ialah keadaan di mana si suami:

mencari permaisuri bagi rumah tangga,
mencari teman
mencari kekasih
mencari menantu kepada ibubapa
mencari cucu kepada datuk nenek
mencari abang / kakak kepada adik-adik yang muda
mencari adik kepada saudara-saudara yang tua
mencari keluarga bagi kaum keluarga, dan
untuk mencari ibu kepada anak-anak.















So, fikir-fikirkan, dan selamat beramal, ececece~~

NOTAKECIKSANGAT: WHATEVER~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...