.:Followers That Cheer Up My Blog~~

Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

3 Dec 2014

Positive menyebabkan Kaya!!

Hidup secara positive!!

Eh ada beza ke hidup secara positive, or negative, or neutral....
positive boleh bagi kau duit ke...

So saya tanya, saya jawab...
Ye, positive boleh bagi kita kaya...

Dah tu kalau orang tipu kau, kau tak marah...
kau nak rasa positive jer...
Boleh senyum jer?

Sepatutnya, jawapanya: Ya!!

Why?
Positive means kita sentiasa redha dan menerima dengan terbuka...
It means kita bersangka baik dengan Allah...
Bila kita bersangka baik dengan Allah...
Pastinya kebaikan memeluk kita...

Ya, mungkin ada situasi di mana kita marah...
Orang sakitkan kita...
Orang ambil bahagian kita...

Dan jangan lupa, Allah juga menggerakkan hati tangan dan semua organ manusia lain untuk memudahkan kita....
pernah tak kita dapat rezeki bergolek...
Pernah tak keadaan menjadi sangat smooth dan mudah...
Kau rasa, siapa yang gerakkan semua tu..

Allah menguji, Allah juga memberi..
Allah Maha penyayang...
Jadi, hiduplah dengan positive...

Saya pun sepatutnya positive...
Ada masa, ada gangguan shockwave yang menjadikan diri tetibe negative...
istighfar dan switch dengan cepat!!
Saya yakin, saya positive!!

30 Nov 2014

Rahsia Kaya dan Bahagia!!!

Alhamdulillah....
Hoyeaay!! Hari kedua mengepost di belog!!
Objektif, visi dan misi: berkongsi ilmu!!
InsyaAllah~

So hari ni, kita kongsi rahsia terbesar kekayaan dan kebahagiaan!!
Wah, dah macam motivator tersohor pulak lagaknya tuan tanah!!
Ok, rahsia paling besar untuk rasa kaya dan bahagia...
adalah SYUKUR!!!
Trust me, bukan dah dapat dulu rasa kaya dan bahagia baru nak bersyukur...
Mula bersyukur dengan apa yang sedia ada...
InsyaAllah, Allah akan tambah lagi...
Tapi jangan lupa, usaha juga!!

Eh, kena usaha jugak?
Haruslah, usaha fizikal dan rohani...
Kalau satu je usaha.. memang tak bolehlah...
Contohnya nak makan KFC...
(Erk.. kenapa KFC????)
Tangan dan mulut kena kerjasama...
Jangan tangan nak suap mulut tanak nganga...
Atau mulut nganga, tangan taknak suap...
Betul?


Tengok sekeliling kita, mula bersyukur dengan apa yang ada...
Dan kita akan lebih bersyukur hari demi hari...
Saya bersyukur dan bahagia dengan hari-hari yang saya lalui...
Saya doakan anda juga begitu!!!



14 Feb 2014

Aku kaya!!


Lagu ni memang selalu bermain2 di kotak minda anak2 muda hari ini.
Yang tak cukup muda pon layan jugak, hihihihi...
Sedap sangat, entahlah, but for me, its catchy.. The lyrics awesome!!
Lagu ni, buat kita puas berangan!
Tapi jangan tengok yang seronok je,masih walhal banyak value2 yang baik yang kita boleh ambil, contoh; lagu ni dia ingat nak senangkan mak dia, dengan bagi driver dan hadiah; kalau ada anak jiran yang pandai, dia nak sponsor scholarship and so on... 
Kalau tulis banyak lagi, kang post ni cuma post tentang lagu saja...

Perlu ke kaya?
Bukan kah, kita perlu bersyukur... 
Apa yang ada cukuplah, tak perlu nak terkejar2...
Yerp, bersyukur itu memang wajib...

Tapi ingat tak satu pepatah...
Bekerjalah seolah2 kita akan hidup selama-lamanya...
Beribadahlah seolah2 kita akan mati pada hari esok...

Kompius kan... Yang mana nak kejar....
Actually, dua2 boleh kejar, syaratnya dahulukan, apa yang dahulu.. 
Contoh, macm mana sibuk pon, just make sure apa suruhan kita perlu buat, kita turuti...
Macam solat, puasa, zakat, sedekah, mesti dilaksanakan...
Senang kata, kayakan jiwa, insyaAllah, Allah buka dan permudahkan pintu kekayaan.

Apa yang seronok jadi kaya?
Mana lebih seronok,
kalau kita boleh sedekah RM10, berbanding kita sedekahkan RM10 kepada 10 orang?
Mana lebih seronok?
Waqaf RM50 untuk waqaf, atau waqafkan RM50000 untuk bina masjid, sekolah?


Tapi, bukan semudah itu... 
Lebih banyak duit kita kumpul, sedekah yang lebih banyak akan jadi lebih berat...
Alasan yang menari-nari dalam otak, penat aku kumpul, takkan senang2 nak bagi orang...
Makanya, biasakan... Jadikan sedekah itu adalah amalan...
Bukan tunggu kaya baru boleh sedekah...
Mulakan sedekah hatta dalam poket cuma ada sepuluh sen sahaja...
Mulakan dengan memaksa diri, , dari paksaan, akan jadi terbiasa, terbiasa akan menjadi ikhlas...
Tahu tak, sedekah, membuka jalan kepada kekayaan... Jadi jangan tunggu kaya baru nak sedekah, sedekahlah, dan kita akan merasa kaya...

"perumpamaan sebutir biji yang tumbuh menjadi 7 tangkai dan setiap tangkai menghasilkan 100 biji.

Contohilah sahabat Nabi, berapa ramai yang kaya dan memanfaatkan harta sebaiknya...

Hari ini juga, kita boleh mengkagumi seseorang di Malaysia.... Walaupun mungkin ada sebahagian akan mencemik dengan alasan beliau cuma menggunakan kepentingan politik... Bukan itu yang kita fikirkan, fikir, berapa banyak dia keluarkan duit, untuk zakat, untuk kegunaan tuisyen sekolah dan sebagainya... 
Tapi tak apalah, itu pendapat masing-masing.

So, in-sya-Allah, jika diizinkan saya dan suami mahu, kaya, berjaya, berjasa dan bertaqwa..insyaAllah...


8 Feb 2014

Post after years~

Lama sangat tak apdet...
Alasan, sebok...
Ahahhaha, sebok la sangat...

Ekceli, walaupun this page takde likers sekalipon, it is a diary that i keep to remind people and my own self...
I want to create lots of motivations...
lots of advises...
Mana tahu, tulisan2 yang tak berapa ilmiah ni akan jadi satu arus pahala...
InsyaAllah, alhamdulillah...

Tahun lepas sbuk, sebab baru daftar belajaq, as i mentioned before... ambik master...
Konon2 nak abis cepat, ambik sampai 4 subjek satu sem...
Last2, 2 subjek jer ok, 2 subjek lagi KO...
Hahaha..

Ambik master bukan nak apa pun...
Niat, nak improve diri...
Polish diri dengan sedikit ilmu...
So sepatutnya, Kirah tak perlu nak push diri untuk habihkan dengan cepat...
Buat ikut kemampuan, right?

Tak apalah, sem lepas dah berakhir...
Mulakan sem baru dengan perancangan yang lebih baik...
Ikhtiar, doa, dan selebihnya biar Allah uruskan...

Ada orang kata, rugila, belajaq lama-lama, yuran kena tambah jugak...
Memang itu yang saya fikir pada awalnya...
Sebab itulah, huru-hara jadinya hidup...
So, fix the niat...

"Sahaja aku belajar kerana Allah Taala... Ilmu yang aku peroleh, moga dapat dimanfaatkan kepada diriku, orang lain, dan agamaku... Permudahkanlah jalanku..Amin..."

Tentang duit yuran..InsyaAllah, akan ada rezeki buat kita...
Buat diri sendiri!! Kuatkan semangat~~

Thanx buat suami, dan keluarga, juga pihak sekolah yang sentiasa memberikan laluan buat saya...
Syukur, saya dikelilingi dengan mereka yang memahami...

Hehehhehe...overnya ucapan, macam dah grad...
Semua inilah yang akan menjadi penguat semangat, insya-Allah~

The same reason, kenapa I rather choose an alien course:

22 Nov 2013

Gaji guru naik jika ada Master?

Kenapa kita sambung belajar?

Kalau kita sambung belajar...
Adakah..
- sebab nanti nak jadi pensyarah?
- sebab nak gaji besar?
- sebab nampak hebat ada master/phd?
Cantikkan, niat?
Kirah tak kata sesiapa, even Kirah pon pernah terdetik one of the reason kat atas...
Kita memang cintakan dunia...
Kita buat, semata-mata untuk kepentingan dunia...
Bukan menunding sesiapa, Kirah akui, Kirah juga sama...

Mulai sekarang, Kirah kena kuatkan hati...
Betulkan niat...

Mulai sekarang, aku belajar kerana Allah, aku mahu ilmu ini untuk manfaat pada diri dan orang lain... InSyaAllah~



P/S: gaji guru tak berubah, kalau ada PhD sekalipun.. Moga ICT yang aku pelajari ni, dapat aku manfaatkan ke atas murid-murid semua... InSyaAllah~

2 Jun 2013

Kembali berbelog~

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum....

Wah, rasa berhemah gitu...
Walhal hakikatnya, tuan empunya blog... Eh, salah, puan empunya blog ini, bukanlah sopan sangat~
Rock2 the world jugak...

By the way...
Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanya.....
Boleh baca?
Not so hardworking to read that word kan?
Ekceli, perkataannya, lamanya...
Ayat penuhnya: lamanya tak hapdet blog...
Ngeh2x... Dasar pemalas, ayat sopan sikit... Busy~

Tak tahu nak letak cerita apa...
Tapi lepas ni berazam, nak share perkara yang lebih berfaedah untuk semua orang...
Like rainbowing my own self, and draw smiling lines on others faces....
Wow, speaking London!! Bersepah!!
Takpe, ada Kirah kisah?
Kisah jugak, heheheheh...

I love u readers, kalau ada la...
Nanti Kirah akan jadi lebih disiplin, ok?

Saya mencintai keindahan pelangi, kerana warnanya membuatkan saya tersenyum...
Dan kerana saya mengkagumi Penciptanya..
Subhanallah~

20 Mar 2013

Husnuzon itu bersangka baik.. Bersangka baik, walaupun sudah lama cuti berblogging...

Mode: Emosi bercampur-baur
Genre penulisan: Sengal dan sedikit serius

Wahahaha...

Lama gila tak pegang keyboard...
Nampak sangat fitnah ke atas diri sendiri...
Ekceli ada jugak online, tapi takat berfacebooking...
Blog? Tak mampu nak hadap...

Bukan tak mampu apa... Sebab kalau blog, kena hasap dengan kasih sayang...
Sekarang dah berkongsi kasih dengan suami, jadi, blog jatuh nombor 2...
Hahahaha... Tah apa sahaja aku merepek.. Yang membaca, buat-buatla paham...


Sebenarnya, agak busy...
Esok kena hantar buku murid untuk semakan penandaan...
Kena kemaskini la sikit penandaan tu...

Tapi curi seminit dua untuk membloggingkan diri...

Tahun ni, saya ke sekolah baru, minggu depan, saya akan berpindah ke rumah baru...
Moga tahun ni jugak, akan datangnya orang baru....
Tak sabar nak jadi mummy, walaupun perangai masih tak matang sangat...

Tak sabar nak namakan mak sendiri sebagai "Nanny" untuk cucunya...

Tak guna memblogging, kalau saya tak curi ruang yang ada untuk manfaatkan sesuatu...

Pernah dengar perkataan husnuzon...

Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain. Ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat.

Secara ringkasnya, janganlah bersangka buruk terhadap orang, sebab, seolah-olah kita memfitnah orang itu secara tidak langsung... Bagi saya cukup ada waspada di sebalik husnuzon, bukannya terus meletakkan syak dan wasangka, melainkan memang punya bukti yang nyata... Jangan pulak, dah sah2 berbukti ketidak-baikan dia, kita masih berhusnuzon... Salah tu...

Kalau tak jelas, pandai-pandaila cari sumber ye... Ilmu kalau dari satu sumber sahaja, tidak cukup kukuh... Macam bina rumah pakai satu tiang, boleh berdiri tapi rapuh sangat....

Ok, sebenarnya saya nak kisahkan sikap pihak polis atau tentera yang negatif. Memang saya sendiri pernah jumpa. Tapi, jangan begitu kawan... Daripada setandan pisang, bukan semuanya busuk. Macam cikgu, tak semua cikgu baik terhadap anak murudnya.  
Tak semua bapa mampu melindungi maruah anaknya. Dan macam-macam lagi. Senang cerita, di mana pun ada yang tidak baik. Cuma terpulang untuk kita buka mata kita untuk pandang yang baik atau sebaliknya...
Taken from http://ibanmuslim.blogspot.com

Saya bukan berceramah politik, langsung tak layak lagi berceramah agama. Cuma kongsikan sepalit ilmu yang saya dapat... Ewah, bermadah plaks...

Seriusly, doakanlah mereka selamat dalam mengawal sempadan dan mengekalkan kedaulatan negara... Kita yang keyboard warrior, belum tentu boleh berdiri di area zon merah... Hahahaha... 

Ok, chow.. Sila lawat page https://www.facebook.com/sandslova.. Kami sedang bangunkan baju2 untuk plus-sizer-ladies yang kiyut-miyut..

9 Feb 2012

Ikat hati hasben pakai kunci SOLEX~

Saja, nak wat post ala2 orang yang sangat matang~
Even sebenarnya perangai macam budak2 sangat...
Semua nak menang, kata mereka yang mengenali, lalalala~

Lupakan pasal the 'Kirah'
Let me sahre wif the ladies yang bergelar isteri...
Oh, adik2 boleh baca, tapi don;t u ever try to manfaatkan the knowledge to ur boyfriend...
He is not ur halal...
Belum tentu dia jadi suami kamu...
Trust me, saya sudah makan garam dahulu, hehehhehe~~
Perasan tua kejap...

Stop membebel-ing...
Ini dia, rahsia pengikat...
Mengikat hati suami...


Cara 1: Lakukan aktiviti kegemarannya bersama
-Oh, masa bercinta, kau kata memancing itu menenangkan... Bila dah kawin, kau kata membazir masa... Tolong jangan wat cenggitu yer puan2... Hargai minat dye, tak boleh tiap masa pon, jangan kritik, dan bila ada masa join sekaki, dua kaki pon ok... Dengan syarat, minat itu hendaklah minat yang tidak lagha..


Cara 2: “Ikat dan tambat” perut dia
Ambil tali, ikat mati  dan jangan bagi lepas ke mana-mana ye... Hehehhe.... Gurau jer, I mean, masak untuk dye... Tak payahla sampai tahap top chef mahupun Chef Wan, tapi belajar2la masak walau pada asalnya korang ni buta senduk dan kuali... Paling best, kalau kita pandai masak makana peberet dye, kompem, bukan takat ikat, tapi kira tahap dah 'solex' korang punya husband~:-)


Cara 3: Luahkan kata-kata cinta
Kalau dulu bercinta, 'love you', 'miss you', 'muah-muah' semua cukup... Why not sekarang... Halal tau, dapat pahala lagi... Kalau husband tengah keje, msg pon, ok! Nak lagi romantik, pos, terbaik!! Rare but worth!!


Cara 4: Pujuk dengan sepenuh hati anda
Asik kau merajuk, try la pujuk2 jugak~ Pujuk dengan ikhlas... Kalau 'tergaduh' itu, biasala, tapi jangan la kedekut nak pujuk ok... Tak kena bayar pun... Dulu, dye nak kan kau, dye mahulah pujuk, sekarang, kau merajuk lebih2 takut tak cium bau syurga tau~~


Cara 5: Gunakan panggilan manja
Hey, dulu kau panggil, baby, sayang, honey, papa atau bucuk. Sekarang segan2 malu2 plak... Eleh, tak dosa pun kalau panggil camtu.. Kecuali kalau dulu belum kawin, mmg dosa... Tapi jangan gedik panggil dalam mall kuat2 plak, mahu laki kau lari menyorok... Lalalala~~


Cara 6: Ringan-ringankan tangan untuk mengurut dia
Oh, tak perlu explain... Semua pon tahu... Boleh gilir2... Kalau suami penat, isteri urutkan, kalau isteri penat, suami pun boleh urut.. aite? ;-)



Islamic style? Ada jugak~
1. Amalkan surah Yusuff, ayat 4 sebanyak 3 kali selepas setiap kali solat. Boleh juga dibaca semasa suami tidur dan hembuskan pada ubun-ubun kepalanya dengan niat kasih sayang akan kekal dalam hatinya untuk kita.

2. Dengan mengamalkan membaca surah Yusoff, ayat 4, dan disambung dengan surah Thaha, ayat 39, bila di hadapan suami atau pasangan. Memadai dengan membaca di dalam hati. Kedua-dua ayat ini juga elok diamalkan 3 kali selepas setiap solat agar dikasihi oleh orang ramai. 



Verangan mau photoshoot sama incik hasben cenggini, tapi mimik muka mmg hancurla kalau dah nama tak cun ngeh3x... 

P/S: Haha, Jangan salah paham ok? Just nak share info!! Sesapa yang belum kawin, sibuk2 nak apply kat boypren, sile tanggung dosa sendiri, okies?

20 Dec 2011

Mari mencuri, mengebas, dan menjerut ~~~ Hati mertua..

Buhsan, takdak kawan nak sembang, sebab incik suami kije....
Bukak tv, tapi mata ngan tangan kat laptop...
Nak apdet, tapi tatau nak taip apa, so Kirah gugel, 'cara tawan hati mertua'...
I'm not sure enuff, mertua or mentua... yang mana ejaan yang betul...
paling mudah, parents-in-law... Kompem betul, heheheh~~

Selalu pikir mak mentua ni horror, aite...
Ala2 Kassim Selamat punya mak mertua, a.k.a Nyonya Mansor...
Tapi, sebenarnya, takderla sampai macam tu pon...
Ada yang mak mentua dye tatang lebih dari mak sendiri pon ada tau...
However, jom kita selidik pasal mertua...


Dalam sesetengah situasi, ada mertua yang suka membanding2kan menantu-menantunya... Atau dibandingkan kita dengan anak-anak perempuannya. So, camana nak berhadapan dengan mertua yang sebegini?
Okay, try macam ni: 

1. Setuju kan sahaja dulu.
2. Sokong jer la... Mungkin ada betulnya kenapa anak/menantu itu lebih menonjol dan lebih disayangi daripada kita.
3. Selami masalah tersebut dan fikir-fikirkan apa yang kurangnya pada diri kita ni. Mekanik diri.
4. Jangan sesekali cuba berkomplot dengan anak/menantu lain untuk menjatuhkan mertua atau anak/menantu yang disayangi mertua. Taktik kotor nih, dilarang sama sekali...


Dalam masa yang sama, agak2 patutkah menantu duduk serumah dengan mertua atau ipar duai?
Kalau boleh jangan. Kata orang "Dekat bau taik, jauh bau bunga". Bila dekat, mulalah akan nampak keburukan menantu. Itu tak kena, ini tak kena. Rumah tak kemas, tak pandai masak, tak pandai itu ini. Seeloknya berjauhanlah. Lagipun ini kerana menantu dan mertua ada cita rasa masing-masing. Tambah kalau ada ipar duai, sedikit sahaja konflik mungkin akan melibatkan mereka. Banyak campur tangan nanti. Kalau boleh, pisahkan. Tetapi kalau duduk dekat dengan rumah mertua, lawatlah mereka sekerapnya.


Petua Jadi Menantu Yang Terbaik / Memenangi Hati Mertua / Tackle Hati Mertua :-

1. Anggap ibu mertua seperti mak sendiri. Jadinya kita takkan kecik hati bila dimarah, ditegur. Kita kena fikir bahawa semua itu hanya sebab mereka sayangkan kita. Bukan nak marah pun tapi demi kebaikan kita juga...
2. Menantu kena mengalah. Memang mertua bukan sentiasa betul tapi kita ambillah masa untuk menjelaskan. Jangan terus-terus membangkang bila masa-masa tak setuju dengan mertua. Mengalah lah dahulu. Bertolak ansur itu penting.
3. Elakkan konflik dgn mertua kerana akhirnya ia akan melibatkan suami. Teruklah bila mana suami terpaksa memilih untuk berpihak samada mak mertua atau isteri. Kerana disebelahnya adalah ibu. Dan sebelahnya lagi adalah isteri. Dua-dua sama penting. "Ibu hanya satu tapi isteri boleh ada 4". hehehe... bahaya ya kalau suami pikir sampai tahap itu...
4. Peluk, cium, urut mertua kita. Sayangi dan hargai mereka. Sejukkkk sikit hati mertua bila melihat kita.
5. Hiburkan hati mereka dengan sering beri hadiah. Tak banyak, sedikit pun takpe tanda mengingati dan menghargai. Walaupun hanya lauk pauk yang kita dah masak. Bila berkunjung ke rumah mertua, bawalah buah tangan.
6. Jangan melapor pada mertua apa yang tidak baik tentang suami. Selalunya dan normally, tiada mak yang tidak kenal akan anaknya sendiri. Kadang-kadang mertua sendiri akan datang pada kita dan sebut tentang perangai anaknya sendiri yang mungkin kita sebagai isteri tidak akan tahan. Jadi, hal-hal rumahtangga seeloknya sembunyikan. Melainkan dah tahap teruk sangat, bolehla minta nasihat daripada mertua.
7. Hantar gelombang positif. Sebagai menantu kita perlulah bersangka baik, sayang pada mertua. Mereka ibu bapa kita juga... Jangan berburuk sangka pada mertua.
8. Berbaik-baik dengan semua ipar duai. Jangan menikam belakang atau memburuk-burukkan ipar duai. Dan kalau kita sebagai ipar duai juga jangan sekali-kali campur tangan masalah rumahtangga adik beradik kita dengan menjadi batu api dsbgnya.
9. Walau kita tak suka pun pada mertua, jangan sampai berkomplot dgn biras-biras untuk menjatuhkan mertua.
10. Jangan cakap benda-benda tidak baik di belakang mertua.
11. Jadilah menantu yang solehah. Beriman, boleh diharapkan, pandai menjaga rumahtangga, pandai mengambil hati, penuh kasih sayang dll.
12. Setiap hari, jangan lupa untuk mendoakan mertua. Dengan bersungguh-sungguh. Doakan kesejahteraan, kesihatan, kesenangannya, ringankan bebanannya dll.
13. Beri khidmat seperti masak makanan, tolong mertua dengan apa yang dia tidak mampu dan sebagainya. Dengan seikhlas hati. Bila ikhlas, baiklah hasilnya nanti.
14. Seringkalilah bertanya khabar mertua. Lebih-lebih lagi bila mereka jauh dari kita. At least mereka tak tertanya-tanya apalah ceritanya kita di sini dan kita juga tahulah apa khabarnya mertua kita di sana. Entahkan sihat, entahkan sakit.

Read More at : http://www.lovelyshafa.com/2010/12/menantu-vs-mertua-selami-jiwa-l-petua.html#ixzz1gv9d4Exx 



Boleh jugak tengok info tambahan dengan merefer kat sini: http://www.areliff.com/2011/01/10-cara-memenangi-hati-ibu-mertua.html

Ok? Selamat memenantukan diri anda dengan baik...


Asyik marah mak mertua jer, cuba belajar berterima kasih pada dia yang telah melahirkan seorang anak lelaki, dan membesarkannya untuk menjadi seorang suami yang baik pada kita~~
Terima kasih Mak Minah~
P/S: Mak mentua saya kata, tangan saya kasar macam tangan orang menoreh...

23 Sept 2011

La tahzan - Jangan bersedih, Allah bersama kita...


Last time I kept story-ing bout my late tokwan...
Korang baca pon bosan aite but honestly, bukan nak tarik simpati, Kirah feel sad, sebab ini kali pertama Kirah kehilangan...
Even Kirah bukanlah close gegiler dengan tokwan..
Ok, semua cerita tu redundant, it's not the point...

By the way, apa yang Kirah nak taip is inspired by two real stories yang Kirah dengar sendiri...

Tadi, masa berkursus, I found a friend, yang dah kehilangan her mom masa dye nak ambil SPM... 
I adore her, how strong she is... 
Kalau budak kecil, mungkin tak rasa sangat.. 
Ini dah kenal, tahu dan dapat meluakan perasaan...
Dekat-dekat nak ambil SPM pulak....
Tabahnya, dia kini seorang guru...


And I've read about the famous blogger,Yuyu.
Helost his dad at 10 years old... 
She said that she never know how a father treats her daughter.
So touching...
She said that, semua tanggungjawab ayah dah ditanggung oleh emak, datuk and etc.
I just can't imagine~

Kirah realize yang Kirah bukan anak yang baik sangat, tapi sangat degil.
Kirah tak dapat bayangkan, life without a mom...
Sebab peranan mak dalam hidup Kirah, sangat besar...
Sampai sekarang, mak yang masak, mak yang jahitkan baju Kirah, dan mak juga banyak bantu keluarga dalam kewangan.

Dan abah....
Abah selalau jadi kawan Kirah....
Tempat kirah mengadu, dan bergaduh...
Tak dapat Kirah bayangkan bila hari nikah, bukan abah yang mewalikan Kirah...

Abah dan mak, tak macam orang lain, manjakan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Sampaikan masa sekolah dulu, Kirah lebih takutkan mak dan abah, lebih dari hormat...
Diorang tak pernah tunjuk kasih sayang secara terus...
Tapi, kami tahu, mak abah sayangkan kami...

Kalau Kirah rasa selesa dengan mak dan abah yang masih ada sisi...
Sekarang, Kirah rasa betul-betul bersyukur...
Mak, abah, saat ini, walaupun hampir kepada perkahwinan....
Kirah masih perlukan abah dan mak 500%
Because there is no one could be just like both of you!!

Tapi, Kirah perlu belajar... semuanya milik Allah...


Last time I kept story-ing bout my late tokwan...
Korang baca pon bosan aite but honestly, bukan nak tarik simpati, Kirah feel sad, sebab ini kali pertama Kirah kehilangan...
Even Kirah bukanlah close gegiler dengan tokwan..
Ok, semua cerita tu redundant, it's not the point...

By the way, apa yang Kirah nak taip is inspired by two real stories yang Kirah dengar sendiri...

Tadi, masa berkursus, I found a friend, yang dah kehilangan her mom masa dye nak ambil SPM... 
I adore her, how strong she is... 
Kalau budak kecil, mungkin tak rasa sangat.. 
Ini dah kenal, tahu dan dapat meluakan perasaan...
Dekat-dekat nak ambil SPM pulak....
Tabahnya, dia kini seorang guru...


And I've read about the famous blogger,Yuyu.
Helost his dad at 10 years old... 
She said that she never know how a father treats her daughter.
So touching...
She said that, semua tanggungjawab ayah dah ditanggung oleh emak, datuk and etc.
I just can't imagine~

Kirah realize yang Kirah bukan anak yang baik sangat, tapi sangat degil.
Kirah tak dapat bayangkan, life without a mom...
Sebab peranan mak dalam hidup Kirah, sangat besar...
Sampai sekarang, mak yang masak, mak yang jahitkan baju Kirah, dan mak juga banyak bantu keluarga dalam kewangan.

Dan abah....
Abah selalau jadi kawan Kirah....
Tempat kirah mengadu, dan bergaduh...
Tak dapat Kirah bayangkan bila hari nikah, bukan abah yang mewalikan Kirah...

Abah dan mak, tak macam orang lain, manjakan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Sampaikan masa sekolah dulu, Kirah lebih takutkan mak dan abah, lebih dari hormat...
Diorang tak pernah tunjuk kasih sayang secara terus...
Tapi, kami tahu, mak abah sayangkan kami...

Kalau Kirah rasa selesa dengan mak dan abah yang masih ada sisi...
Sekarang, Kirah rasa betul-betul bersyukur...
Mak, abah, saat ini, walaupun hampir kepada perkahwinan....
Kirah masih perlukan abah dan mak 500%
Because there is no one could be just like both of you!!

Tapi, Kirah perlu belajar... semuanya milik Allah...


2 Aug 2011

Break Off!!

Erm... Kirah dah bertunang...
After few months Kirah bertunang, "dia" pun bertunang...
Kami sama-sama ada tunang...

So sangat jeles, sebab both of our tunang main bola...
Tak caya? Tengok pic ni...
Ini tunang dia
Ini tunang Kirah... 
Tunang dia tu, betul, tapi tunang Kirah tu bukan, heheheh...
Itu boyfriend tak jadi, heheheheh~
Lagipun tunang die keeper bola, Kirah punya tunang, player biasa ja...
Dan beza yang lagi besar, tunang dye player Malaysia yang top!!
Tunang Kirah TOP PLAYER gak...
Player kampung versi senior team, hahahaha~~
Bolat, hahahaha!!
Masuk balik bab "dia" yang Kirah ceritakan...
Orang yang Kirah tengah cakap ni is Aimie Harmelia, or lebih dikenali sebagai Elia...
Kalau uols blogger, uols mesti kenal dye...
Blog dye: http://jejariruncing.blogspot.com
Tipula korang tak kenal~
At first, pernah tengok dia diperkenal as one of the top blogger dalam paper...
Tapi tak pernah ambil kisah...
One day, my bro share about top bloggers in Malaysia
He do tell me bout her...
Then, barulah I know her...

Masa tu, memang Khairul Fahmi a.k.a Apex adalah keeper yang hot sebab chumel macam jepang!!
Lagipun, Kirah memang selalu fall in love (wink3) dengan keeper bola...
Contoh: Iker Casillas, Helmi Eliza, and sekarang, Khairul Fahmi...
He is in relationship with Elia...
So memang selalu jugakla follow citer dorang...
And memang ada jugak hati sikit2 sama Incik Apex...
Hahahah~~  (Si Incik Tunang, sila jeles~)
Plus, Elia pun ada follow my blog yang tak seberapa ni...
Memang kembang habis...

However, lately dengar cerita yang kurang baik...
Even Kirah takder kena mengena dengan dorang...
Tak tau kenapa, Kirah selalu doakan yang semua perkara tersebut tak betul...
Yerla, mungkin sebab Kirah pon ada tunang, and I could feel the same kalau apa2 terjadi dalam pertunangan ni~

Tapi, kita merancang.. Allah lebih mengetahui...
Mereka putus di tengah jalan...
Saya tidak menyebelahi mana2 pihak...
Yang saya doakan, kedua-dua korang kuat hadapi semua yang berlaku...
Andai jodoh, insyaAllah tak ke mana...
Gambar sewaktu majlis pertunangan. Taken from jejariruncing.blogspot.com
Dan andai ini bukan jodoh, pastinya Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu berdua~~

Mode: emo sikit2 heheheh~~ Lokasi Hentian Plus Sungai Buluh Arah selatan~~

8 Apr 2011

Kawan? kawan baik saya is my No.1 enemy!!

Keel, keel, keel... Eh keel tu bukan part dada ayam ker??
Topik camtu?
Serius?
Kyra ni spesis makan kawan ker...
Urm.. takla...
Hiperbola jer tu...
Kyra tak suka bermusuh ngan orang,
tak dapat aper pon... Dosa jer...

Benda yang paling sensitif dalam hidup Kyra is berkawan...
It doesn't mean that Kyra sensitif kalau orang usik kawan Kyra or else...
Ekceli...
Becoz of fren Kyra will cry a lot...
Becoz of fren, Kyra would suffer a lot.

Why?
Ok, masa single, pergi mana pon kuar sesama...
siap marah2 bila keluar sensorang...
Bila dah couple, langsung dah tak kesah, even u cud leave me alone masa kita tengah rancak berborak...
Ada jugak, dulu, masa susah, cari!! Tapi bila dah senang, I am nobody.. hohoho...
Mudahnya kasih sayang yang diberi dilupakan...
I wish I cud be hati batu like that...
Forgetting you is just like that..
But, i just can't~

However, selagi mana persahabatan adalah benda yang paling kerap menguji Kyra,
then itulah perkara yang keep happpen in my life...
Mungkin Allah nak jadikan Kyra tabah, insyaAllah...

Ok, Kyra bukan nak mengungkit...
Cuma just nak share the situations...

Usually, those, kalau orang frust, kecewa, susah, itula kawan Kyra...
Kenapa? sebab siyesly Kyra tak boleh tengok orang suffer...
Bukan bajet baik, ok, cuma, this is Kyra..
That makes my sis marah a lot...
She said that Kyra is never serik!!
Dia kata lagi, once your fren getting better, she will leave you...
Urm... She is right...
But how...
I just can't ignore them when they really need a friend..

Then?
I still befriend with whoever wanna be my friend
If they leave me,
I'll smile, and cry silently
And... I'll keep doa...
If they leave me, so that Allah will make me stronger, and stronger...
And hope they cud realize what they have done..

Baik kan?

For those, yang selalu bersama Kyra, thanx a lot... Mungkin Kyra bukan kawan yang sporting, sebab, I dont wanna be your kawan party, but I want to berkawan sampai ke syurga...

Saya berkawan kerana Rasulullah juga bersahabat, dan membuka jalan ke syurga...
P/S: I sajer tumpang glemer, wat point sama ngan Yuyu... Oops, no lah!! Ekceli, kebetulan.. memang nak wat topik ni dah, since my facebook pon berstatus about kawan before this!! Yuyu, your point, betui2 kena atas batang hidung Kyra

14 Feb 2011

Bila aku diuji... Rasa nak bunuh diri...

Tipulah...
Kyrah itu kuat, okeyh!!


Ini yang terdetik, bila hati is jiwa kaco...


"Terkilan dan sedih kerana diuji dengan perkara-perkra yang kamu takuti... 

Namun di sebalik ujian itu... Tercurah kasih sayang dari Allah... 

Kerana, saat diuji, hamba akan menadah doa, mohon dikuatkan hatinya~ Dan saat itu, cinta kepada Allah yang dulunya kusam, kembali bersinar... 

Alhamdulillah dengan ujian itu... Aku kembali memandang kepada Pencipta~ Moga cinta itu akan terus bersinar tanpa pernah kusam lagi~"

5 Sept 2010

♥ kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥

Memang sakit bila bercinta bagai nak rak... tup2 langsung tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, tambah pulak dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.. Tentu Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik buatmu~~

@

Perempuan itu adalah sebijik EPAL~~


Wanita ibarat Epal.
Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah. 
Tapi epal yang tak mampu di beli berada di punca. 
Susah di petik, susah di gapai.
Terkadang epal itu risau, kenapa la diriku belum di petik?
Lantas ia merendahkan martabatnya dan mengugurkan diri menyembah tanah.

Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya, sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat? Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..... :)

20 Aug 2010

.:Doaku~

Ya Allah, kuatkan hatiku...
Jauhi aku dari keegoan dan keangkuhan, kerana aku cuma menumpang di bumiMu ya Allah..
Tetapkanlah hatiku, untuk hidup dan mati untukMu..
Berikan aku kekuatan, berikan aku kesabaran~~ 

Kerana aku cuma insan lemah yang tidak sempurna...

25 Jul 2010

perempuan KUAT dan TERHEBAT masa kini~~

nampak kuat tak? ke nampak seksi?

Asal sedih, nangis... Asal happy sangat pun nangis... So, sangat buhsan, asyik nangis jer... but Ive got a story kenapa menangis itu sebenarnya adalah satu kehebatan pada seorang perempuan~~~

Kisahnya:
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"

Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.


"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia mencari jawapan sambil membaca kitab suci Al-Quran untuk mencari jawapan mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Akhirnya dia terjumpa ayat dari Al-Quran yg berbunyi:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." 

"KECANTIKAN SEORANG WANITA HARUS DILIHAT DARI MATANYA KERANA ITULAH PINTU HATINYA, TEMPAT DIMANA CINTA ITU ADA."

Atas Nama ❤❤CINTA❤❤

 Well, what is cinta?  Konsep cinta selalu dikecilkan kepada cinta si kromosom x dan si kromosom y.. Hahahaha... Apa aku carutkan ni? Ala senang cerita, sebut sahaja cinta, yang keluar dalam kepala, cinta seorang lelaki dan seorang perempuan, yang berkasih-kasihan... Aite? 

Padahal skop cinta itu sangat luas... Dan cinta teragung itu adalah cinta pada yang Satu... Ok, tak cukup ustazah nak cerita banyak tentang cinta pada Ilahi... Yang penting, letakkan Allah sebagai matlamat, insyaAllah, semuanya di dalam landasan yang benar... 

Cinta yang aku nak ceritakan adalah cinta yang sangat common yakni cinta perempuan terhadap lelaki, dan lelaki terhadap perempuan... Itulah fitrah manusia, saling memerlukan... 

Kenapa ada cinta, padahal cinta juga bawak muadarat? Yang sebenarnya ada hikmah, yang selalu dibolak balikkan... Manusia menyalahgunakan nafsu, akal dan iman... Dan akhirnya ada hubungan berlebihan di luar pernikahan, yang hukumnya, sememangnya haram... Itula yang jadi pembuangan bayi secara berleluasa...

Sebagai perempuan, cinta juga dipengeruhi rupa fizikal... Terus terang, aku minat seseorang yang tinggi 180cm, berkulit cerah, mata biru dan rambut blonde... Lekeh-lekeh pun macam keeper Spain, Iker Casillas hehehhee.... Actually sukakan Caucasian... Kalau bab perangai, number 1, beriman, pastu baik, rendah diri.. Kaya itu satu bonus.. Wahahaa, giler gedik kirah... 

Macam lelaki, dorang nak perempuan yang lemah lembut, baik, beragama n so on... Kan? Tipu berdosa....

Yup semua tu betui, tapi kita selalu lupa satu perkara... Kita sepatutnya fikir, sebelum kita menerima kelebihan dia, dan mampu menambat hatinya dengan kelebihan kita, sedar tak sebenarnya ada lagi faktor yang penting?? 

Senang cerita, adakah kita sebenarnya menerima kekurangan dia sepenuh hati kita?? Dan adakah dia menerima keburukan kita seadanya sepertimana dia mengkagumi kelebihan kita... Thats the only point after membebel panjang2... 

Day by day, I had learnt that menerima seseorang, bukan atas kerana kelebihan dia, tapi sejauh mana dia menerima keburukan kita...  Dan sejauh mana kita menerima kelemahan dia... Dan dalam menerima, kita akan berusaha untuk memperbaiki kekurangan tu... Sebab kelebihan itu takkan selamanya boleh menutup kelemahan yang sedia ada... Faham ker... Hehehehe??

NOTAKECIKSANGAT: However, Caucasian outhere yang boleyh menerima keburukan aku.. sila PM me hahahahah... Mode: GETIK (gedik campur gatal hehehehe)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...