.:Followers That Cheer Up My Blog~~

Showing posts with label dunia luar sana. Show all posts
Showing posts with label dunia luar sana. Show all posts

8 Feb 2014

Antara yang kita suka, dan yang sepatutnya~

Post sebelum nak tidur...
Post yang tak penting...
Tapi bagi saya, saya cuba untuk suarakan selagi mampu...
Suarakan dengan sebaik mungkin...

Tapi kita lebih suka bertelagah...
Semua isu kita pertikaikan, bab politik, bab negeri, bab artis...
Semua topik, kita jadikan isu...
Kita simbah minyak tanah kat bara api...
Sanggup kita laga-lagakan antara satu sama lain...

Kita patut saling sayang-menyayangi...
Kita saudara...

Saya ada terbaca satu quotes, yang agak menyedihkan...

Tiga kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya . 

- Pertama, umat Islam tak pernah belajar dari sejarah lampau . 
- Kedua, umat Islam tak merancang  dengan teliti .
- Ketiga, umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca 

Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka berfikir orang Islam akan mengubah kelemah-kelemahan ini selepas mereka tahu .
Namun apa yang dijawab ? 
"Tak payah risau, orang-orang Islam takkan tau . Diorang bukannya baca pun . "

Fikir-fikirkanlah~

30 Apr 2010

Kekasihku Suami Orang~

Dalam melalui hari-hari, aku mula rasa terusik... (Baca dengan mode feeling lebih2...) Saban hari, ada saja panggilan pulau, eh panggilan kenduri kahwin kenalan2 rapat aku... Dan tak lupa juga, panggilan2 dari mama-mama yang mengatakan I wud be an aunty... Haish, jeles!!!

Huhuhu, aku ni single, tak kisah sangat... Tapi macam best jer kalau I could have someone to look at bila balik sekolah macam jiran sebelah... Rasa macam nak adopt a baby... Tapi income belum stabil, dah tu takkan nak bawak baby naik motor jer kan, kurang2 biarla kenderaan berbumbung... Hahahaha... Gelak, gelak jugak, tapi aku serius... 
Kalaulah dis baby is my son~~

Itu bukan main topic, but the one yang menggerakkan aku untuk mengetuk keyboard buruk ni, is the topic of slot Semanis Kurma tadi... Dan ada jugak sedikit kaitan dengan Kisah Adamaya (yang aku akan tonton sebaik sahaja melabuhkan punggung sedetik pulang dari sekolah)... Topik: Kekasihku Suami Orang...

Masa aku duduk di Baling (zaman kanak2la!), aku konfem tak percaya, ingat dalam drama jer ada macam ni, tapi aku salah besar... Memang ada kewujudannya... Yang aku belajar laki orang ni gula-gula (ala2 sweet)... Manis jer memanjang... Dia macam dah menguasai jiwa seorang perempuan... Haish!! Tapi aku tak fikir, dia tu baik... Yerla... Dah ada yang jaga pakai makan, dan lahirkan baby untuk dia, tup2 selamba aja cari orang lain... Ombak jahat!! Eh, silap... Lelaki tu jahat!!! 

Adamaya pulak, sebaliknya, Adam dah elok2 baik, Maya boleh pulak ikut ex-boy dia walhal, husband dia dah baik tahap langit dah.Kalau aku dapat lelaki macam itu, aku mesti akan menyayanginya sepenuh hati... Ecececeh (mode gediks betul.. Aku pun geli wahahaha)...

Yer aku mula membebebebel... Aku doa, aku tak tergolong dari golongan2 macam tu... Biarlah aku terus single, daripada aku double macam tu... Mintak jugak, jodoh aku dari golongan yang baik-baik... Amin... 

NOTAKECIKSANGAT: Mode geli-geli bercinta... Bluwek!!!

9 Apr 2010

Train the dragon jom!! Lagi mudah dari train human thinking~~ Hooyeaay~~

Apasal erk, dalam dunia ni... Ada spesis macam ni...
The dragon...


Ayark... sudah salah... Bukan... bukan...
Maksud aku spesis manusia macam ni:
Buat salah, pastu, muka langsung tak bersalah, and hardly to say sorry..
Beb, sorry tu tak perlu bayarla...


Ada kesalahan yang dia buat, then dia blame on others...
Hardly to say sorry, so put the fault on the others... Senang citer, menyalahkan orang lainla~


Kalau aku ni jahat, aku dah cakap satu jer.. Dasar Yahudi.. Why? tengok ajala, Yahudi... Dah salah ngan Palestine, ada dia minta maaf... Dah tu tuduh pulak org palestine yg bunuh depa.. depa dok bunuh orang Palestine, depa tak cerita pulak...


Bukan sekali aku jumpa orang macam ni, banyak kali sangat2...
Belajarla...
Ok, aku banyak kekurangan.. 
tapi aku tak berat to say sorry...
Walaupun berat badan aku mmg berat...


NOTAKECIKSANGAT: Melihat orang ego dan riak dengan apa yang dimiliki... Untung mereka, Allah berikan pinjaman dunia yang banyak.. Kuharapkan, andai pinjaman dunia ku ini sahaja, moga bonusnya kuterima di sana kelak.. Ahaks... bermadah seround~

18 Mar 2010

Manusia JAHAT dan KEJAM!! Tahap SETAN!!

Sorryla, EMO terlebih... Tajuk pon dah takdak adab supan huhuhu~~ Bukan apa... Semenjak dua menjak ni, kat Mesia asyik bunyik kes buang bayi jer... Dah biol agaknya manusia hari ni... ( Maksud aku yang terlibat tu la~~) Ni plak kes penganiayaan terhadap haiwan.


Mulanya aku jumpa post ni kat blog lain... Aku copy pon sebab aku rasa berkaitan dengan ternakan... So aku harap tuan dia tak marahla... Aku tahu, blog Kelian farm ni pengunjung dia kebanyakannya penternak dan pencinta binatang.. So aku cuma nak tolong dedahkan...

Kisah dia begini, di negara mana tah, hati angsa yang berlemak ni dikira makanan mewah la.. So untuk dapatkan semua tu, diorang paksa angsa2 tu makan dengan menggunakan tiub... Korang baca sekali lagi okay... Dipaksa makan.. Ruang angsa tu plak kecik, tak boleh dye nak bergerak pon... Angsa tu kena paksa makan sampai dapat penyakit... Sigh.. Kesian gila...

So, nak baca lebih lanjut, dan nak tengok gambar, klik sini : Kelian Farm Territory


NOTAKECIKSANGAT: Kalau aku dapat pelopor yang wat sume mende ni, kompem aku sumbat durian dalam mulut dia banyak2... Wahaha... Kenapa durian, sebab dorang ngeri dengan bau durian tu... So this is the real cruel... ececece~

16 Aug 2009

Keindahan Marwa El-Sherbini

Aku buka satu page, tak ingat site dia, and aku bukak sebab terpandang gambar kat atas ni... Subhanallah... Cantik sangat!! Tapi, kat bawah tu ada satu cerita... Nak konfirmkan cerita ni, aku bukak beberapa page yang kebanyakannya terdapat dalam blog-blog muslim... Dalam media elektronik yang lebih formal, erm… belum pernah jumpa… Kenapa? Ada muslihat di sini...
Kisah yang aku baca, secara ringkas mengenai seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini. Ada banyak versi aku dah baca, tetapi asas ceritanya tetap sama. Okay, begini ceritanya (copy dari site lain nih...):

Ogos 2008: Marwa telah memfailkan saman kepada jirannya, Alex, yang menggelarnya sebagai ‘Terrorist’, kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar ‘Pengganas’, kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !! Ada juga kisah yang aku baca, lelaki ni cuba tanggalkan tudung Marwa...

Julai 2009: setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah mendapati lelaki tadi bersalah dan dikehendaki membayar denda 750 Euro. Wah, adilnya mahkamah Jerman… Nanti dulu!! Jangan nilai terlalu awal. Ceritanya belum habis… Tau tak apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, memang tak salah baca, 18 KALI dan dia meninggal tatkala itu juga, sambil dilihat anaknya yang baru berumur 3 tahun. Dan Marwa ketika itu mengandung 3 bulan… (Ada juga kata 4 bulan...) Tragis bukan?

Belum cukup tragis, ada lagi... Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi untuk menghalang (ada yang mengatakan dia ke arah Marwa untuk cuba menyelamatkannya..) , dan...

............

... suaminya juga ditikam 3 kali. Dan lagi, tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang ‘melihat’ kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. (Alasannya berdasarkan seorang pemerhati berkata tentang suami Marwa, “Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya.”) (Nampak sangat betapa butanya mata diorang ni!!)
Apa maksud semua ni??

Bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18 kali di DALAM MAHKAMAH, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya kerkesudahan DITEMBAK PIHAK BERKUASA DI SITU.

Tidak mungkin kejadian tersebut berlaku terlalu pantas sampaikan tak ada orang sempat nak selamatkan Marwa. Tikam angin 18 kali takkan secepat tu... 1 saat untuk 1 tikaman pun hampir mustahil!! Maka tidakkah terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong!!

Itu isu pertama, isu kedua kenapa ramai yang tak tahu... Seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Lebih kurang kisah Palestin dan Yahudi yang disorokkan kisah sebenarnya... Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Gila!!

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, menganggap tidak perlu dihebohkan. Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, ‘tanpa disedari’ maka adakah mungkin mereka2 ini, apatah lagi kisah pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku kat Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China.



Sampai bila? Sampai bila baru dunia harus berkata ‘cukup’.

3 Aug 2009

All about WEEKEND ~edisi suka ke macam ni?~


Gambar di atas, hahahaha... aku suka kereta ni... Cun beb... Masyhuk ar plak walaupun cuma kereta polizia (polis la!!).. Tak ada kena mengena pun dengan posting kali ni... hehehhe..


Hari weekend aku dengan my sis, adalah hari ada perhimpunan kat KL... Tapi hari ni belum Isnin, sekolah kalau perhimpunan pun hari Khamis... Ooops, paham-pahamla... Ini isu sensitif... Jangan salah faham... Aku tak join mana-mana pihak pon... Aku ikut perkembangan jer...


Dalam hati, teringin jugak nak tengok that situation secara live, tapi itu namanya cari nahas... Tak pasal-pasal kena cekup... Kurang-kurang pon, dapatla tempias gas pemedih mata... Adoyai, tak kuasa... PUTRA yang aku naik pun tak berhenti kat Jamek on that time... So, kelihatan ceritanya agak menggerunkan, kan?


Hahahaha... Tahla, bagi aku secara peribadi, benda ni menyedihkan... Kenapa? Sebab dah tak macam Malaysia dah situasi ni jadinya... Wohohoho... Aku sekali lagi aku tekankan, aku tak beratkan mana-mana pihak, aku cuma cintakan negara aku yang aman...


Biarla orang kata Jalur Gemilang macam bendera Amerika (memang pun!), lagu Negaraku macam lagu Hawaii (aku pernah dengar lagu ni, sebijik!!), atau pada mereka yang memanggil Malaysia sebagai Malingsial (ada satu negara nusantara yang begitu bencikan Malaysia) atau apa saja...

Aku tetap sayangkan Malaysia...
There is no place like Malaysia...

Terpulanglah pada kita untuk mengekalkannya atau melupakannya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...