.:Followers That Cheer Up My Blog~~

25 Apr 2009

Sekolah Kebangsaan itu...

Saban hari aku terpaksa membangunkan diri aku sebelum jam sempat menunjukkan 6.00 pagi, atau aku akan pastinya akan menjadi sangat kelam kabut. Walhal, hari-hari biasa sebelum ini, selagi jam tidak menunjukkan pukul 6.45, aku pastinya masih berbaring di katil. Kenapa agaknya? Mudah sahaja, sebabnya kini, aku adalah seorang guru ,dan seharusnya seorang guru tidak lambat tiba di sekolah atas sebab-sebab yang sangat tidak munasabah. Apatah lagi, perjalananku ke sekolah, cuma menumpang… Apa mungkin aku biarkan orang yang menumpangkan aku perlu menunggu aku? Seharusnya tidak… Alhamdulillah, tika hendak bertolak ke sekolah,tidak pula aku lambat, tapi aku selalu sahaja perlu ditunggu sewaktu pulang… Maaf sahaja yang dapat kupohon… Sungguh, langsung aku tidak terlintas untuk menyusahkan mereka….

Berbalik kepada cerita tentang guru. Guru sebenarnya bukanlah setakat mengajar malah guru juga mendidik terutama guru sekolah rendah. Ada beza yang ketara antara mengajar dan mendidik. Guru turut menjadi ikon dan garis panduan murid biarpun hakikatnya guru hanya insan biasa yang bukanlah sempurna. Walaubagaimanapun, saya sangat menyetujui kata-kata abah bahawa menjadi seorang guru juga, kita perlu banyak berlakon, dan menjadi yang terbaik pada mata anak murid kita. Namun sebaik-baiknya, cubalah ikhlaskan dengan apa yang kita lakonkankan… Itu adalah yang terbaik. Ternyata pengalaman abah mengajar selama lebih 20 tahun kini menjadi panduan aku. Setiap kali ditimpa masalah, pastinya kata-kata abah akan menyenangkan aku… Kerana itu juga, aku sangat mencintai apa yang aku lakukan kini.



Sekolah tempat aku praktikum, tidaklah begitu jauh, tetapi tidak juga terlalu cepat untuk sampai di situ. Pastinya perjalanan ke sana perlu meredah kesesakan lalu lintas. Untungnya, saat perjalanan kami itu, masih awal, dan tatkala itu kesesakan masih lagi tidak kritikal. Sekolah tempat aku praktikum, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat, berdasarkan nama, sudah pasti letaknya di kawasan pengkalan tentera darat iaitu di sekitar Kem Sungai Besi. Tetapi jangan tersalah tafsir! Sekolah ini bukanlah satu sekolah yang berada di bawah Kementerian Pertahanan seperti Maktab Tentera (MTD) atau Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM/lebih dikenali dulunya sebagai ATMA), melainkan namanya yang menggambarkan tempat letaknya sekolah itu. Ia sama juga seperti sekolah kebangsaan yang lain, yang berada di bawah Kementeran Pendidikan. Namun, apa yang menarik mengenai sekolah ini ialah sekolah ini benar-benar termanfaat dengan namanya di mana mereka banyak disokong oleh badan tentera. Lihat sahaja, pada Hari Sukan, perarakan mereka diiring dengan “band” tentera… Tambahan lagi, mereka akan disediakan trak bila pihak sekolah memerlukan kenderaan untuk menghantar murid untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar sekolah. Bila adanya kem bestari solat, tank yang disediakan turut dipinjamkan oleh pihak tentera… Betapa beruntungnya murid di situ… Tika melangkah masuk ke sekolah ini, dapatlah dilihat terdapat dua buah kereta perisai (jika aku tidak salah namanya) diletakkan sebagai hiasan di sekolah ini. (Gambarnya akan aku paparkan pada “posting” yang akan datang). Tentu sahaja itu pemberian dari pihak tentera.

Guru-gurunya, Alhamdulillah… Kebanyakan dari mereka memudahkan aku tatkala berurusan dengan mereka. Masalah memang ada tatkala kita menjadi seorang guru pelatih… Apa yang penting, cara kita menanganinya… Insya-Allah, jalan yang sukar akan dipermudahkan… Guru besarnyamembuatkan aku berasa sangat bersyukur. Manakan tidak, terus terang aku katakan, guru besarnya sangat “sempoi” dan sporting. Namun dalam masa yang sama juga beliau adalah seorang yang sangat berdiplomasi dan membuatkan beliau sangat disenangi. Melihatkan beliau, membuatkan aku benar-benar rindu pada abah. Abah seorang Guru Besar yang selalunya tidak pernah mengeluh dengan tugasan-tugasan seharian. Sering saja keluhan itu datang dari aku bila melihatkan sehari-hari abah balik sekitar jam 4.00 petang dan kepenatan. Abah dengan tenang mengatakan, “tugas itu juga ibadah… Kita harus redha dan ikhlas melakukan ibadah…” Kata-kata abah selalunya bisa mematahkan kata-kataku yang selau sahaja bercampur dengan emosi. Teima kasih abah… Banyak ilmu yang abah sudah ajarkan…

Buat masa ini, mungkin, itu sahaja kisah tentang sekolah yang dapat aku paparkan sebagai pengenalan dan perkongsian… Andai diizin Allah, insya Allah, akan kuceritakan keletah murid-muridku yang pelbagai ragam… Doakanlah, aku menjadi guru, biarpun lembut atau garang, disenangi oleh murid. Kerana niatku, sampaikan ilmu buatmu.. insyaAllah…

6 801 terlepas cakap!!:

mmk said...

hohoho,garang ek? takpelah,marah kan tandanya kita peduli dan sayangkan mereka..

hmm,akhirnya dia post jugak satu walau dlm sibuk2nye menjadi guru ye..

take care ya =)

cegu yang annoying said...

eheheheh..curik masa wat lesson plan la ni~~

Abu said...

Halo, saya bekas pelajar SKPTD 86-91 (Kelas Kuning dari Darjah 1 - 6). Ada gambar2 skolah lagi? Ada cikgu2 senior lagi?

cegu yang annoying said...

hahaha... tahun 86 tu saya bru jer lahir mslahnya... tatau sapa cegu senior sapa cegu baru...

nak gambar, insyaAllah akan cuba diusahakan...

MiZss said...

i ex-skptd 1999 ~ 6biru guru clas cikgu mas..

Anonymous said...

Saya ex skptd jg tahun 83-85 (tahun 1-3)..kelas hijau...cikgu kelas saya Mazlan..plng best n baik..sekolah plng saya suka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...