.:Followers That Cheer Up My Blog~~

6 Apr 2009

Selamat tinggal penulisan~~

Dapat aku rasakan, blog ini sedikit bersawang... Namun, ada sedikit injakan dari segi bilangan orang yang menjengahnya... Alhamdulillah... Di kesempatan ini, aku harapkan ada yang memahami, disebabkan aku kini sedikit sibuk sejak aku mula bergelar guru (praktikal...). Namun, akan aku cuba luangkan sedikit masa untuk menjengah dan mengisi kekosongan blog yang tidaklah punya nama mahupun gah... Ia sekadar menjadi medan aku melepaskan keinginan untuk menulis... Ada senyuman puas di sebalik penulisan ini tatkala seringkali aku sendiri menyoal diri, "apa benar ini hasil tulisanku?" Ya... kelihatannya pelik, namun itulah kenyataannya...

Adapun aku mendapat sokongan dari beberapa teman, termasuk teman-teman blog, terpalit sedikit rasa kecewa dengan hasil penulisanku yang tidak punya ramai pembaca. Kadar peningkatan pengunjungnya yang selalunya bergerak lesu... Aku tahu benar, mungkin penggayaan bahasa yang dramatik membuatkan orang merasa mual atau blog ini hanya sekadar cerita biasa. Namun bagi mereka yang tidak jemu memberi galakan, ribuan lafaz terima kasih buat kamu... Sungguh aku sangat menghargaimu...

Entahlah... Aku tidak mengejar populariti, cuma sekadar mengharapkan penulisanku mampu menjadi sumber bacaan dan hiburan buat kamu yang membaca... Namun bukanlah inginku jika semua ini hanyalah sekadar separuh jalan... Selagi adanya keinginan, dituruti kecekalan yang masih menebal, akan aku terus perjuangkan apa yang ada... Selagi mana ada yang sudi membaca... Moga di sini ada ruang buat aku dan kamu berkongsi ilmu... Insya-Allah~~

2 801 terlepas cakap!!:

mmk said...

loh,kok kecewa kamu sih? sebenarnya setiap org ada cara dan gayanya yang tersendiri..and,for me,i just love to read the dramatic one,hehe..

but,there's also somebody out there who likes the simple and casual one..

after all,good luck in wutever u do..selamat mengajar..mesti seronok kan ada ur own students..selalunya students sgt interested dgn new teacher,hehe..semoga dipermudahkan segala urusan..

p/s: kieyrah ngajar skolah mana la ni?

SCHAKEYRA said...

hehehehe..thanks a lot murshida for keep supporting me!! such a good mama~~ hahaha!! kecewa? sikitla... but i am not thinking to quit yet!! i just love to write especially, bila ada readers yg sgt supportive juz like u..

hahaha..ada ker murid nk igt... just a kemahiran hidup teacher lor..sekolah rendah lak tu.. tak ksah la..i just hope that they will gt something from me...

sekolah? skarang praktikum kat sek. keb. pengkalan tentera darat, sg besi... jgn salah anggap...sekolah biasa jer..cuma located dekat pengkalan tentera darat.. tu jer..insyaAllah...moga2 mudahla sumer.. so far, ok la heheheheh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...