Bagaimana hati mahu menyanyi-nyanyi… Kerja-kerja Rancangan Pengajaran Harian ku memerlukan jari-jari menari di papan kekunci…
Hati masih mahu menyanyi… Esok, lusa, dan tulat, kerjaku sehari-hari akan dipantau… Mengukur kelebihan dan kekurangan diri…
Aduh… Rasa mahu saja pecah urat-urat di kepala… Hati tetap mahu menyanyi…
Tiba pula khabar dari mereka, tempat ku bukan lagi di sini, di Blok E asrama Institut Pendidikan Guru ini… Setelah 5 tahun lamanya aku mendewasakan diri…
Hati masih menyanyi… Itu semua dugaan, yang perlu aku hadapi…
**P/S: Ya Allah... hambamu ini terlalu lemah… Tidak aku minta dipermudahkan jalan… Tapi berilah aku sekeping hati yang tabah, biarpun susah tetap ku redah….
**P/S: Ya Allah... hambamu ini terlalu lemah… Tidak aku minta dipermudahkan jalan… Tapi berilah aku sekeping hati yang tabah, biarpun susah tetap ku redah….
0 801 terlepas cakap!!:
Post a Comment