.:Followers That Cheer Up My Blog~~

8 Mar 2009

Rentetan sebuah cerita PERSAHABATAN

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari" -(Saidina Ali)-

Persahabatan bukanlah satu hubungan yang memiliki ikatan atau hubungan darah. Persahabatan hanyalah satu hubungan tanpa ikatan yang kita suburkan atas dasar kecintaan terhadap seseorang yang mana dia menjadi teman dalam perjuangan di muka bumi Allah ini.

Persahabatan banyak mempengaruhi hidup kita seharian. Ia menjadi satu perkara yang penting yang adakalanya boleh diibaratkan sebagai tulang belakang terutamanya buat kita yang masih dalam tempoh menuntut ilmu, apatah lagi jika kita menetap di asrama, sememangnya persahabatan menjadi satu keperluan dan satu kepentingan. Melalui persahabatan juga, kita boleh “bercermin” mengenali diri kita dan mampu merubah sama ada kita terdorong untuk menjadi individu yang baik atau sebaliknya. Tidak hairan sahaja ada pepatah mengatakan, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, akan terpalit juga harumnya pada diri Akibatnya, walaupun tidak ketara, sedikit sebanyak ia tetap akan terkesan.

Bagi sesetengah orang, kawan itu cuma satu persinggahan, atau lebih teruk lagi, tempat untuk memindahkan beban. Jadi tidak hairanlah ada sahabat yang berkawan baik untuk sekian lama, dan putus sebegitu sahaja. Faktornya, berbaik-baik atas sebab tertentu. Bukan sekali dua diri ini terasa dipermainkan sebegitu dalam bersahabat, adakala terfikir, lebih baik bersendirian tanpa sahabat tetapi keinginan untuk berkawan tetap menebal. Satu demi satu kawan meninggalkan aku, namun aku tetap terus berkawan, menerima sesiapa pun sebagai kawan selagi mana dia menerima aku sebagai kawan, lalu aku turut redha jika ditinggalkan walaupun itu bukan kehendak aku. Apa yang penting, nawaitu dalam persahabatan. Bagi aku, persahabatan bukan sahaja teman tapi juga sebagai "tongkat" dalam perjalanan menuju ke destinasi yang aku ingini. Bukannya aku tidak mampu untuk bergerak tanpa “tongkat” tersebut, tetapi hidup menjadi sedikit sukar. Ada di sesetangah jalan, ia menjadi sangat sukar dan “tongkat” itulah yang mampu menjadi penyelamat. Namun, itu tidak bermakna kita perlu membebaninya.

Pernah seorang teman menyatakan, mengapa perlu aku menyayangi kawan sepenuh hati tatkala aku seringkali ditinggalkan sahabat di masa-masa menangis… Dengan nama Allah, percayalah, jika kita kehilangan sesuatu, pastinya Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Pokoknya kesabaran. Dan Alhamdulillah… Aku punya teman yang sanggup mengesat air mata lalu menghiburkan hati yang tengah bersedih… Sebab itulah aku masih menyayangi kawan-kawan aku. Mereka anugerah yang tidak ternilai di sisi selepas keluarga. Kawan-kawan yang telah berlalu, aku ucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjadikan aku yang sering menangis kepada seorang yang lebih kuat dan tabah bila masa melalui semua ini. Kawan-kawan yang masih menemani, Syukur Alhamdulillah, kalian masih sudi berdiri di sisi.


"kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan"

0 801 terlepas cakap!!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...