.:Followers That Cheer Up My Blog~~

23 Feb 2009

Salam Pengenalan & Salam Perkenalan....

Puas sudah aku fikirkan tentang blog yang ingin aku hasilkan. Bukan untuk bermegah dengan apa yang kutulis, cuma sekadar satu perkongsian rasa dan menjadi satu penganalisaan keupayaan aku untuk menulis… Pelik tetapi itulah kebenaran, aku minat menulis… Agak lucu bunyinya, terutama buat teman yang terlalu baru mengenali aku… Terkenang di zaman kanak-kanak, aku selalu sahaja bersaing untuk mendapatkan tempat terbaik dalam pertandingan mengarang… Dan kerap kali hasilnya, tidak mengecewakan... Namun, itu semua cuma tulisan imaginasi seorang kanak-kanak. Tulisan tentang angan-angan dan impian. Sekarang, penulisan yang dikaryakan seharusnya lebih berintelektual dan berdiplomasi.

Mahu saja aku megunakan bahasa yang lebih mudah, bahasa e-mel dan sms yang menjadi bahasa harianku, sama ada melalui pertuturan mahupun bahasa penulisan tidak formal ku. Tetapi itu sedikit sebanyak akan memberi calar dan noda pada bahasaku ini… Aku sendiri belum pasti, sama ada mahu mengekalkan Bahasa Malaysia yang formal, ataupun pendekatan mudah yang dikenali ramai sebagai “Bahasa SMS”. Terpulanglah, kerana apa yang penting, hasil dapatan aku yang ingin aku sampaikan…

Ada juga aku terfikir, mungkin aku perlu menghasilkan blog yang bahasanya lebih universal, yakni Bahasa Inggeris… Tapi percayalah, selama 23 tahun aku hidup, 17 tahun mengabdikan diri dengan bahasa tersebut, termasuklah 5 tahun kebelakangan ini yang sememangnya aku bermati-matian menggunakan bahasa tersebut, ternyata aku masih di tahap merangkak, belum pun bertatih… Betapa kerdilnya aku dalam mengecapi ilmu itu… Namun, aku berharap, keinginanku untuk terus mempelajari ilmu tidak akan luntur…

"Dengan lahirnya blog yang tidak seberapa ini, dapatlah aku lahirkan sesuatu yang lebih baik untuk dikongsi, difikirkan, dan mungkin dilaksanakan… "

0 801 terlepas cakap!!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...