.:Followers That Cheer Up My Blog~~

11 Mar 2009

Salam...

Jutaan terima kasih buat sahabat-sahabat yang pernah, dan masih mengunjungi blog yang tidaklah begitu mengujakan pembaca dan pengunjung, tambahan bahasa-bahasa formal dan mungkin boleh dikategorikan sebagai skema serta cerita yang kurang memberangsangkan. Walaubagaimanapun, aku merasakan, aku masih boleh bertahan dengan apa yang tlah dilaksanakan, tapi tidak hairan juga aku mungkin mengubah blog ini menjadi lebih santai... Biarlah masa menentukan...

Tentang masa, maaf aku pohonkan, tidak dapat aku memperbaharui blog ini dengan lebih kerap buat seketika. Kekangan masa dengan penglibatan dalam hoki serta kerja-kerja kursus yang menjerit-jerit di dalam minda untuk diselesaikan, menyebabkan aku betul-betul terikat dengan masa. Tunggu sahaja selesai hoki serta kerja-kerja kursus, Insya Allah, akan cuba aku perbaharui apa yang kurang.. Apa lagi, aku akan menjalani hari-hari yang lebih mencabar sebagai seorang guru bermula April ini..

Moga ada ilmu berharga yang dapat kita kongsi bersama di sini... Insya-Allah~~


sekian...

0 801 terlepas cakap!!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...