La nak tips konon....
Running shoes, ajer pun, beli jerla, kat kedai kan bersepah-sepah banyak....
Sarung jer, cantik, selesa, beli!!
Eh, eh, senang Mak Jemah beli kasut yer...
Tengok sama spec2 lain, sebab kasut ni, menampung seluruh tubuh kita...
Tambah2 kalau macam I yang berat sampai 8 guni beras ni kan, so mestilah cari yang EXACTLY sesuai....
Kalau Kirah, yang lari geli-geli pun kena ikut spec sesuai, apatah lagi kalau profesional kan...
So, ni antara beberapa tips
berguna untuk pembelian the best running shoes;
1. Tapak
Kasut
Pertama
sekali, pilih kasut yang mempunyai bahagian tapak kasut yang
benar-benar berkualiti dan mempunyai daya cengkaman yang kuat. Tapak kasut yang
tidak berkualiti akan menyebabkan ia cepat haus dan membahayakan keselematan
anda. Yerlah, kalau kawasan licin, kasut tak cengkam, tak ker tergolek dog!!!Ampun, macam nangka busuk jadinya....
Tapak kasut, siap ada set up running, walking... Lari mesti macam kangaroo toing3x |
2.
Material
Kalau material siap letrik bagai, kalau pijak air, agak2 terkujat tak kena renjatan elektrik... Kih3x |
Tips
kedua pula, ambil tahu jenis material yang bersesuaian dengan jenis latihan
kita. Contoh, jangan la cari full pvc kalau kulit jenis peluh tahap air terjun!! Carila yang lebih mesra dengan kaki kita... Dan pastikan kasut tersebut diperbuat daripada material yang berkualiti
untuk menjamin jangka hayat kasut yang lebih panjang. Nanti, beli, pakai seminggu, dah kena masuk tong sampah...
3.
Lebar
Mengapa
lebar kasut adalah amat penting? Walaupun ada orang suka pakai baju sempit, sendat, ketat, melekat, tapi, jangan amalkan pada kaki yer... Pada badan, tak baik, berdosa.... Kalau kaki pulak, untuk mengelakkan daripada kaki melecet terutama sekali bahagian hadapan kasut yang sempit boleh
menyebabkan jari kaki melecet teruk. Lainlah kalau Mak Jemah rasa seksi, biar sakit melecet, janji nampak kaki macam kaki Cinderella...
4. Fleksible
Kalau pasang speaker bagai ni, sapa yang dengar muzik? Semut kot!! |
Pastikan
kasut tersebut cukup fleksible dan tidak terlalu keras untuk dipakai. Ia boleh
menyebabkan berasa kurang selesa ketika memakainya dan mencederakan kaki
anda. yerla, awak tu nak pakai, nak eksesais, bukan nak pergi berkawad, nak pakai kasut keras2, heheheheh...
5.
Saiz
Tengok posing kasut pun dah cantik!!! |
Walaupun, rasa-rasa kaki boleh membesar, sebab Mak Jemah menggemuk, ataupun, berangan untuk diet dan berangan kaki akan mengecut bak kaki Cinderella, tak payah la beli kasut terlebih atau terkurang saiz. Kalau terbesar, satgi jalan2 tercampak, kena pakcik yang dok joging depan kita, kalu ketat, faham2la, kaki tak selesa, injured pon bulih!!!
6.
Rekaan
Walaupun anda seorang fashionista, ini adalah yang paling akhir lah nak pikiaq, sebab kita kena utamakan keselamtan, keselesaan dan kesihatan... Gitu... lepas tu, baru tengok design... Sekarang cun plak tengok anak2 Mak Jemah pakai kasut sport shoes dengan jubah... So, jimat la kan,pakai kasut buat jogging, pastu buat untuk acara kasual. 2 in 1, macam iklan syampu pon ada, ahaks!!
:. PS: Kirah boleh dapat baby sebab Kirah dah kurus sikit, Kirah kurus sikit sebab Kirah jogging and diet... Waktu rajin2 jogging tu, memang demand kasut untuk running jer la!! Sebab muatan berat, kaki nak jogging mesti selesa tahap langit... Hahahaha
0 801 terlepas cakap!!:
Post a Comment