.:Followers That Cheer Up My Blog~~

14 Feb 2014

Aku kaya!!


Lagu ni memang selalu bermain2 di kotak minda anak2 muda hari ini.
Yang tak cukup muda pon layan jugak, hihihihi...
Sedap sangat, entahlah, but for me, its catchy.. The lyrics awesome!!
Lagu ni, buat kita puas berangan!
Tapi jangan tengok yang seronok je,masih walhal banyak value2 yang baik yang kita boleh ambil, contoh; lagu ni dia ingat nak senangkan mak dia, dengan bagi driver dan hadiah; kalau ada anak jiran yang pandai, dia nak sponsor scholarship and so on... 
Kalau tulis banyak lagi, kang post ni cuma post tentang lagu saja...

Perlu ke kaya?
Bukan kah, kita perlu bersyukur... 
Apa yang ada cukuplah, tak perlu nak terkejar2...
Yerp, bersyukur itu memang wajib...

Tapi ingat tak satu pepatah...
Bekerjalah seolah2 kita akan hidup selama-lamanya...
Beribadahlah seolah2 kita akan mati pada hari esok...

Kompius kan... Yang mana nak kejar....
Actually, dua2 boleh kejar, syaratnya dahulukan, apa yang dahulu.. 
Contoh, macm mana sibuk pon, just make sure apa suruhan kita perlu buat, kita turuti...
Macam solat, puasa, zakat, sedekah, mesti dilaksanakan...
Senang kata, kayakan jiwa, insyaAllah, Allah buka dan permudahkan pintu kekayaan.

Apa yang seronok jadi kaya?
Mana lebih seronok,
kalau kita boleh sedekah RM10, berbanding kita sedekahkan RM10 kepada 10 orang?
Mana lebih seronok?
Waqaf RM50 untuk waqaf, atau waqafkan RM50000 untuk bina masjid, sekolah?


Tapi, bukan semudah itu... 
Lebih banyak duit kita kumpul, sedekah yang lebih banyak akan jadi lebih berat...
Alasan yang menari-nari dalam otak, penat aku kumpul, takkan senang2 nak bagi orang...
Makanya, biasakan... Jadikan sedekah itu adalah amalan...
Bukan tunggu kaya baru boleh sedekah...
Mulakan sedekah hatta dalam poket cuma ada sepuluh sen sahaja...
Mulakan dengan memaksa diri, , dari paksaan, akan jadi terbiasa, terbiasa akan menjadi ikhlas...
Tahu tak, sedekah, membuka jalan kepada kekayaan... Jadi jangan tunggu kaya baru nak sedekah, sedekahlah, dan kita akan merasa kaya...

"perumpamaan sebutir biji yang tumbuh menjadi 7 tangkai dan setiap tangkai menghasilkan 100 biji.

Contohilah sahabat Nabi, berapa ramai yang kaya dan memanfaatkan harta sebaiknya...

Hari ini juga, kita boleh mengkagumi seseorang di Malaysia.... Walaupun mungkin ada sebahagian akan mencemik dengan alasan beliau cuma menggunakan kepentingan politik... Bukan itu yang kita fikirkan, fikir, berapa banyak dia keluarkan duit, untuk zakat, untuk kegunaan tuisyen sekolah dan sebagainya... 
Tapi tak apalah, itu pendapat masing-masing.

So, in-sya-Allah, jika diizinkan saya dan suami mahu, kaya, berjaya, berjasa dan bertaqwa..insyaAllah...


0 801 terlepas cakap!!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...