Genre penulisan: Sengal dan sedikit serius
Wahahaha...
Lama gila tak pegang keyboard...
Nampak sangat fitnah ke atas diri sendiri...
Ekceli ada jugak online, tapi takat berfacebooking...
Blog? Tak mampu nak hadap...
Bukan tak mampu apa... Sebab kalau blog, kena hasap dengan kasih sayang...
Sekarang dah berkongsi kasih dengan suami, jadi, blog jatuh nombor 2...
Hahahaha... Tah apa sahaja aku merepek.. Yang membaca, buat-buatla paham...
Sebenarnya, agak busy...
Esok kena hantar buku murid untuk semakan penandaan...
Kena kemaskini la sikit penandaan tu...
Tapi curi seminit dua untuk membloggingkan diri...
Tahun ni, saya ke sekolah baru, minggu depan, saya akan berpindah ke rumah baru...
Moga tahun ni jugak, akan datangnya orang baru....
Tak sabar nak jadi mummy, walaupun perangai masih tak matang sangat...
Tak sabar nak namakan mak sendiri sebagai "Nanny" untuk cucunya...
Tak guna memblogging, kalau saya tak curi ruang yang ada untuk manfaatkan sesuatu...
Pernah dengar perkataan husnuzon...
Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain. Ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat.
Secara ringkasnya, janganlah bersangka buruk terhadap orang, sebab, seolah-olah kita memfitnah orang itu secara tidak langsung... Bagi saya cukup ada waspada di sebalik husnuzon, bukannya terus meletakkan syak dan wasangka, melainkan memang punya bukti yang nyata... Jangan pulak, dah sah2 berbukti ketidak-baikan dia, kita masih berhusnuzon... Salah tu...
Kalau tak jelas, pandai-pandaila cari sumber ye... Ilmu kalau dari satu sumber sahaja, tidak cukup kukuh... Macam bina rumah pakai satu tiang, boleh berdiri tapi rapuh sangat....
Ok, sebenarnya saya nak kisahkan sikap pihak polis atau tentera yang negatif. Memang saya sendiri pernah jumpa. Tapi, jangan begitu kawan... Daripada setandan pisang, bukan semuanya busuk. Macam cikgu, tak semua cikgu baik terhadap anak murudnya. Tak semua bapa mampu melindungi maruah anaknya. Dan macam-macam lagi. Senang cerita, di mana pun ada yang tidak baik. Cuma terpulang untuk kita buka mata kita untuk pandang yang baik atau sebaliknya...
Taken from http://ibanmuslim.blogspot.com |
Saya bukan berceramah politik, langsung tak layak lagi berceramah agama. Cuma kongsikan sepalit ilmu yang saya dapat... Ewah, bermadah plaks...
Seriusly, doakanlah mereka selamat dalam mengawal sempadan dan mengekalkan kedaulatan negara... Kita yang keyboard warrior, belum tentu boleh berdiri di area zon merah... Hahahaha...
Ok, chow.. Sila lawat page https://www.facebook.com/sandslova.. Kami sedang bangunkan baju2 untuk plus-sizer-ladies yang kiyut-miyut..
0 801 terlepas cakap!!:
Post a Comment