Pernah tak jadi situasi camni...
SITUASI 1
Manusia A: Beb, best sangat... Aku menang saguhati RM100 masa cabutan bertuah hari tu...
Manusia B: Yer ke... Aku dulu, pernah dapat RM1000... Grand prize... Sekali cabut jer, keluar nama aku...
SITUASI 2
Orang A: Sedih gila... Atuk aku meninggal, tak sempat aku jumpa dia..
Orang B: Tu takpe lagi, aku lagi la teruk. Aku dah setahun tak jumpa dia... Tup2 dia eksiden... Dahla masa tu aku kat oversea..
Nampak tak situasinya?
Ia bukan pasal cabutan bertuah, bukan pasal kematian datuk...
It is about, semua nak lebey,
Tak kirala, cerita hebat tentang hidup ker, ataupun
Selalu sangat I've been thru this situation....
Well, ekceli, macam ni...
Kita kan suka bercerita, untuk meluahkan perasaan, tak kirala perasaan sedih atau gembira...
Bukan nak berlagak atau pun menarik perhatian...
Tapi ada orang dia suka untuk being berlagak...
Dengan menceritakan semua yang dilaluinya adalah lebih baik atau lebih disaster dari pengalaman yang kita lalui...
Tapi cuba fikirkan kalau jadi macam ni...
Seorang miskin kehilangan RM8 daripada RM10 yang dimiliki kerana dicuri yang mana itu sahaja duit yang tinggal untuk makanannya dan anak-anak..
Seorang kaya kehilangan RM1000 daripada RM2000 kerana diragut... Itu cuma duit keuntungan perniagaan...
Adilkah kita kata pada si miskin...
"Eleh, ko lesap RM8 jer, si Kaya tu hilang RM1000..."
Think!!
Situasi kedua, seorang anak yang rajin dan biasa menolong ibunya boleh memasak, membasuh baju, serta mengemas rumah...
Seorang budak yang mempunyai maid bagi setiap adik beradiknya tinggal di asrama dan berjaya membasuh dan melipat bajunya sendiri. selapas 2 bulan tinggal di asrama...
Adilkah kita menilai, anak yang rajin itu sahaja yang bagus?
Tanpa sedar atau tidak....
Allah berikan rasa nikmat, dan rasa susah itu sama sahaja...
Kenapa sama?
Jangan nilai dengan orang...
Ibaratnya, kalau kita berat 70 kg, kita mungkin mampu mengangkat benda seberat 30kg...
However, ada orang yang berat sama dengan kita, tapi boleh angkat sehingga 120kg...
Atau, mungkin ada seorang lagi yang hanya boleh mengangkat barang seberat 10kg sahaja...
Faktor latar belakang kita mungkin berbeza....
Bagi Kirah, Kirah selalu percaya apa yang abah kata benar..
Setiap orang, penerimaan terhadap nikmat dan ujian diberi...
Perasaan seorang yang susah dapat makanan, dapat sepinggan nasi lauk ikan masin, kepuasannya, sama dengan seorang yang kaya makan lobster yang berharga ratusan ringgit...
Kita cuma mampu naik proton..
Kita kata, kalau kaya kita akan pakai honda Accord...
Tapi andaikan kita kaya dan memiliki honda accord,
tidakkah kita berangan untuk ferrari pulak....
Apa yang penting... Rasa syukur dan redha...
Kepada yang hebat... tak perlu berbangga diri...
Kepada yang biasa macam Kirah... Tak perlu rasa rendah diri....
Sebab, Allah tahu, apa yang terbaik dan selayaknya untuk kita...
NOTAKAKI: Kirah selalu kata, untung jadi orang cantik... Abah kata, cantik itu satu kelebihan... Dalam masa yang sama juga, ia adalah ujian... Kesusahan itu ujian... Tapi kekayaan itu lebih besar ujiannya... Sebab, kita akan ingat Allah masa kita susah... Tapi macam mana bila masa kita senang? Refleks/Muuhasabah diri~
1 801 terlepas cakap!!:
rindu quote2 abah
Post a Comment