.:Followers That Cheer Up My Blog~~

26 Nov 2010

KAWAII GADGET'S CONTEST *edited*

My feveret song, yang slalu sangat cek bukak sampai pening kepala habih semua budak umah cek is saat lafaz sakinah… dinasyidkan oleh kumpulan Jauh-Timur heheheh Far-East la..


Mula2 jom check it out the lyric…
Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda


Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya



Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya



Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu





Hahaha cek ni jenis rock, tapi suka plak lagu nasyid yang mendayu2 ni kan… Sangat kontras. Ok, cerita dulu pasal lagu ni… Ni kiranya melagukan bacaan taklik, macam lafaz seorang waris menyerahkan tanggungjawabnya kepada si lelaki yang menjadi suami kepada puterinya… Senang cerita, lagu seorang ayah kepada menantu lelaki…

Serius-serius-seriusnya, tiada yang lebeyh serius dari ini, rasa sangat-sangat-sangatlah syahdu bila dgr lagu ni… Tau kenapa? Selalu dengar lagu kasih anak kepada seorang ibu kan, sampai terkadang macam tercicir pula kisah seorang abah (sebab aku panggil abah, hehehehe) dalam hidup kita. Jadi cuba hayati lagu ni betul2… Kita jarang rasa macamana kasih seorang ayah... Yerla, abah tak belai kita mcam mak…

Tapi melalui lagu ni, aku dapat rasa kasih abah yang sangat dalam.. Rasa abah yang bimbang, adakah orang lain mampu mencukupi puterinya sepertimana yang telah abah lakukan… Abah bersungguh melafazkan harapannya kepada menantu agar puterinya dipelihara dunia dan akhirat… Sungguh2 hati dia berpesan… 


Part paling tacing skali, masa dia kata ‘bukan bermakna, dia bukan milikku, fitrahnya, perlukanmu’. Kiranya, kalau bukan itu fitrah manusia, dia nak terus bertanggungjawab memelihara puterinya.. Abah macam rasakan, bukan dia tak percayakan orang, cuma dia lebih percaya yang dia mampu jaga anaknya... See dalam kan kasih sayang abah?? Tak caye, tunggu turn korang kahwin nanti~~

Huhuhu sgt rindukan abah… (iklan jap!)
 
(tengok my abah hihihi.. sesi winter sonata ngan mak kat seoul.. cam tak caye je sbb abah sngat pemalu sebenarnya..)

Saya belum kawen lagi walaupon ada gak rasa gedik2 nak kawen bila tgok kawan2 pakat kawen habes… Maksud yang saya nak nyatakan, saya belum lagi melalui fasa dinikahkan… Dan ditaklikkan… Tapi through lagu ni… Saya mula merasai kasih abah yang tinggi yang selalu tersembunyi di sebalik diamnya itu… dan saya pasti saat taklik itu dilafazkan, saya tentu rasa hiba… kerana terungkai sudah kasih abah yang selama ini kemas tersemat di dalam dirinya…

Sapa lepas baca ni, rasa rindu kat abah dia angkat tangan.. Kalau rasa ketiak masyam cket, angkat kening dah heheheh~~ Nak download, download sini: SAAT LAFAZ SAKINAH..

5 801 terlepas cakap!!:

Mommy Pinky said...

tenkiu join contest. gudluck :)

Mommy Pinky said...

tenkiu join contest. gudluck :)

SCHAKEYRA said...

dabel gudluck from mommy pink..ada harapan ni.. InsyaAllah~~

khairolghani said...

terima kasih sebab join contest..good luck..:)

SCHAKEYRA said...

thanx jugak sbb organize pertandingan cenggini.. ada gak idea nak updet.. plus slalu org wat contest mau muke cun2... den tak cun.. hahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...