.:Followers That Cheer Up My Blog~~

3 Jul 2009

Entry yang panjang: Aku, dia dan Mr. Koala

Berada di Queensland, suhunya tidaklah membunuh kulit Malaysia aku ni, lebih kurang sahaja kawasan-kawasan tanah tinggi di Malaysia… Iklimnya sejuk tapi persekitarannya lebih kepada suasana tropika, banyak pokok-pokok menghijau lagi walaupun winter.
Berada di bumi luar, membuatkan aku mula menghargai betapa mewah hidup di bumi sendiri… Benar, aku mungkin kurang selesa kerana perbezaan budaya. Di bilik air di sana, belum pernah aku jumpa beserta dengan kepala paip. Jadi, kami memang biasa memiliki sebiji botol sebagai teman tatkala kecemasan… Kelakar but truth!!
15 Jun 2009: Hari pertama, tawaf 1 universiti. Wah, bagai tidak percaya, ada bangunan dengan logo tersebut.. Pantang nampak logo QUT, confirm snap kamera… Bukti besar tu!!
16 Jun 2009: Hari kedua lawatan ke sekolah di sana. Aku ngan dak Farah Ila dok bersaing mengorat anak mat Saleh umur 11 tahun..heheheheh~~
17 Jun 2009: Movie World!! This is most exciting killing moment lah!! Rasa nak tercabut jantung je. Boleh pulak tu keluar perkataan “Oh, my God” bila takut sangat nak Roller Coaster… Hahahaha takut punya pasal, siap tertransfer jadi omputeh lak…
18 Jun 2009: Hari kedua lawatan bukan belajar.. Harbour Town dan Country Farm.. Harbour Town means shopping!! Yeay!!! Country Farm?? I've those Incik Koala n Incik Kangoo... Chumeynya...isk3.. Rasa mau culik aja!! (kat sini first time tengok boomerang terbang and balik kat tukang lempaq dia secara live..Kagum...kagum...)
19 Jun 2009: Another 1 hour kat Harbour Town, so tambah lagi stock shopping!! Last but not least: Sea World… Sangat taksub bermain dekat Theme Park nya… Binatang-binatang tu, kami sekadar lihat dari jauh saja.. Miss almost all the shows. Wahahaha... rugi jer tapi nak wat camana, masih terbawak-bawak Movie World punya keriangan… Whatever pon, comel sangat beruang kutub tu… Geram nak peluk...
That memori memang mahal.. So, agak-agak mana pulak boley pergi after this.. Ayark!! Passport nak mati bulan Feb 2010!! Tidak!!!

Memory: Aussie 2009
**P/S: Lum rajin upload gambar since masih banyak gambar ada pada kawan-kawan..akan menyusul...

4 801 terlepas cakap!!:

imheppie said...

nak ikottttt...huhu x aci pi sorg ja..

SCHAKEYRA said...

wahahahha~~~ dah pergi, so da takleh ikut.. nnti la i azam nk pi uk lak..

mmk said...

wahh besnya pi aussie!! mahal tak kalau pegi dr msia? sbb aussie bwh malaysia kan dalam peta..huu,ingat2 lupa..

citer la lagi klu ada masa pengalaman kat sana..seronok baca kisah journey2 orang ni,hehe..

kitorg sendiri,tunggu balqis boleh berjalan la kot baru bleh pk nak pegi mana,huhu..

SCHAKEYRA said...

boleyla shida..best jugak r.. kos dalam 3ribu jgkla... nnti kalau rjin i tmbh entry2 baru..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...