.:Followers That Cheer Up My Blog~~

6 May 2009

Kenapa guru saya marah-marah?

Ini adalah sebuah kejadian yang benar-benar berlaku~~


**Arahan (versi formal kertas peperiksaan… walhal Cuma diarah secara lisan…*wink2*): Jawab soalan 1 dan 2. Bagi soalan 2, pilih satu sahaja tajuk yang berkenaan.

Soalan 1 :
- Kenapa guru saya garang dan marah-marah. Apa yang perlu saya lakukan supaya guru saya tidak marah-marah lagi.

Soalan 2:
a) Kenapa saya tidak suka kepada Cikgu Syakirah? (Soalan ini benar, sebab saya mahu lihat, apa yang murid tidak suka pada saya…)
b) Saya paling suka Cikgu _______ kerana …..
***********************************************************************************************************
Murid 1
Kenapa guru saya garang dan marah-marah. Apa yang perlu saya lakukan supaya guru saya tidak marah.
Guru saya marah saya sebab saya lambat datang sekolah macam Hagemaru (watak kartun di chanel astro Ceria - 611). Lepas itu, guru marah saya sebab saya tak buat kerja sekolah dan saya tengok guru itu macam orang gila semasa guru itu marah-marah saya. Saya tidak suka bila cikgu itu marah saya.Kalau saya dah besar nanti, saya akan tumbuk cikgu sampai jadi abu. Lepas itu, cikgu-cikgu lain pun tak suka dengan cikgu ahem…ahem…ahem… itu. Kalaulah saya dapat tumbuk cikgu ahem itu, saya akan jadi Ultraman dan belasah cikgu.

Murid 2
Cikgu saya marah kerana saya tidak ikut arahan yang telah cikgu bagi. Kalau saya tidak ikut, cikgu saya akan marah-marah. Kalau saya ikut arahan yang telah cikgu bagi pun, cikgu saya akan marah-marah juga.
Kalau macam itu, saya kena bagi hadiah sempena Hari Guru. Kalau cikgu saya marah-marahlagi, kita kena tunggu sehingga dia tidak marah-marah. Kita perlu menziarahi rumahnya semasa hari raya Aidil Fitri. Barulah cikgu itu idak marah-marah kita lagi.

Kenapa saya suka Cikgu Khaiririy? Sebab Cikgu Khairiry suka buat lawak. Kalau cikgu Khairiry buat lawak, semua akan terhibur dengan lawaknya itu. Kalau Cikgu Khairiry masuk Raja Lawak, tentu dia akan terpilih Raja Lawak 1 (tempat pertama).

Murid 3
Kenapa guru saya garang dan marah-marah. Apa yang perlu saya lakukan supaya guru saya tidak marah.
Saya tidak suka kepada Sir Izzudin kerana suka merotan saya. Disebab itu saya suka melawan guru. Dan tidak mendengar apa yang dicakap. Bila saya cakap dia buat tidak tahu. Dan saya tidak suka guru merotan lagi. Bila saya kena rotan saya akan melepaskan geram saya di tandas atau di jamban sekolah. Bila saya besar nanti, saya pula akan ajarnya. Bila saya mendapat Kuasa Ben 10 (kartun di TV), saya bertukar sebagai Hit Blast dan saya akan membakar ayam panggang sampai guru terkeluar air liur. Bye, Bye, Bye.
~Lucu, tapi ini semua benar-benar lahir dari hati... Murid-murid ini datang dari kelas tahun 5, kelas ke-7 daripada 10 kelas...

4 801 terlepas cakap!!:

mmk said...

hahahaha..lawak tapi telus!! inilah yg dikatakan 'innocent' seorang kanak2,kan?

disebalik ketelusan mereka yg selamba itu,im sure u know wut shud u do,wut shud be highlighted etc..

kita sebagai yang dewasa(dewasa lah sikit dr depa kan) amat patut see beyond the writings,right?

apapun,mmg hilanglah ngantuk study tgh2 mlm ni bila baca entry hg kali ni..=)

cegu yang annoying said...

hahahaha... selalu posting agak membusankan..but im trying to keep it up... ini adalah waktu-waktu kelas ganti saja..kalau yang kelas..lagi macam-macam..tapi thru mulut diorang la...

Anonymous said...

memang lawak! (ketawa sorang2)
igt zaman kanak-kanak sekolah tadikan n sekolah rendah


~~salam ziarah dari sekolah kehidupan~~ ^^

cegu yang annoying said...

hehehehe...yerp..budak2 zaman sekarang dah tak macam kita dulu..imaginasi dorang dah mcm tak ada limit..kelaka pon ada...sakit jiwa pon ada hahahaha...tp, kuatkanla hati~~hehehe (^_^) ... salam kenalan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...