.:Followers That Cheer Up My Blog~~

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

13 Nov 2015

How do I get pregnant: Bagaimana saya seorang PCOS dapat hamil...

Yer, Kirah banyak membebel tentang pregnancy lately ni, maaf pada yang rasa annoying, tapi kat sini, saya nak share satu info penting, especially untuk PCOSer... Kalau yang tak ada masalah, pun boleh adapt sikit2, siapa tahu, dalam banyak2 penyebab, salah satunya adalah pembuka rezeki buat kita...


 Problem detected:
- PCOS, maybe sebab overweight... Hormon tak stabil, period tak tetap, telur tak matang.
- Untuk mengetahui masalah ni, haruslah refer pada pakar, biasanya doktor akan masukkan camera, dan ujian darah. Jangan takut keluarkan duit sikit, kat sinilah point paling penting, kat mana kita perlu fix diri kita!! Kalau di area Kulai, Johor, Kirah sangat2 mengesyorkan Hong Woman Specialist!!


Ada beberapa solution untuk PCOS, satu yang paling popular adalah reduce weight. Biasanya doctor suggest at least 10% dari berat badan semasa... Ini untuk kes2 overweight yer. Kalau yang naik berat biasa2 lepas kahwin, doktor biasa suggest turunkan berat sebelum kahwin..

So, apa yang Kirah buat???

Solutions:

1. Ambil supplement


  • Masalahnya tak konsisten...
  • Effect macam tak berkesan...
  • I am a bad pilltaker!!!

2. Makanan Sunnah

  • Buat, cuma belum rezeki...
  • Tetap teruskan!!


3. Turunkan berat badan

  • Exercise
  • Ala2 atkin (reduce carb dan direct sugar)
  • From 85kgs to 73kgs
  • Masa tu memang tak ambil apa2 supplement, kecuali Chew N Glow, sebab nak cantik la konon... Ambil pun sebab dia kata kalau pregnant pun takde efek ambil...Tak tahulah kalau Chew n Glow pon jadi asbab mengandung, kan... Kalau ada supplement yang kata safe, tapi bila pregnant kena stop, memang tak ambikla!! 


Selain tu, antara yang Kirah buat sebagai nilai tambah hidup untuk menguatkan lagi rezeki anak:


  • BERANGAN: jangan berhenti berangan... berangan adalah satu doa secara tidak langsung. saya visualize, bayangkan, repost gambar2 baby kat fb, supaya Kirah sentiasa positif dengan kehendak saya.
  • BERSEDEKAH: jangan berhenti. Ikhlaskan. Kirah biasakan bawak makanan kucing ke mana2 jadi boleh bg makan pada kucing. Sedekah pada binatang adalah sedekah paling ikhlas, sebab binatang tak pandai berterima kasih. Kita pun tak harapkan apa2 balasan, kan? Tapi, sedekah pada orang pun sama juga, ada peluang. grab saja peluang bersedekah...
  • BUAT BAIK DENGAN PARENTS: termasuk mak ayah mentua... Senangkan hati mereka. Harapkan doa2 mereka, kerana meerkalah keramat hidup kita. Dan kadang2 refleks balik, mungkin Aallah belum beri kita rezeki anak sebab kita tak laksanakan tanggungjawab sebagai anak sebaiknya.
  • POSITIF, REDHA, TENANG & RASA BAHAGIA: hati mestilah seronok tengok orang lain ada anak. Sebab Kirah ada melalui fasa murung, tak suka tengok kawan-kawan upload gambar baby kat fb.. Bagi saya dia menunjuk2. Dia tak faham ke apa yang Kirah rasa... Negatif sangat2. Sampai satu tahap Kirah rasa, tenang, Kirah senyum tengok gambar anak2 diorang. Then, barulah Allah beri rezeki


Ok, maybe tu sahaja yang boleh dikongsi. Kirah bercerita bukan sebab riak atau berlagak. Kirah cuma nak share antara langkah yang Kirah ambil, mana tahu, itulah asbab kita nak mengandung kan...

Bersangka baiklah dengan Allah. Jangan dipertikai kenapa Allah beri rezeki anak lambat, mungkin Allah nak kita lengkapkan satu bahagian lain terlebih dahulu, Allah beri rezeki yang lain dahulu, siapa tahu kan..

Kuatkan hatimu, Allah mendengar doa-doamu...

1 Nov 2015

Tips Membeli Running Shoes, tips kurus!!

La nak tips konon....
Running shoes, ajer pun, beli jerla, kat kedai kan bersepah-sepah banyak....
Sarung jer, cantik, selesa, beli!!






Eh, eh, senang Mak Jemah beli kasut yer...
Tengok sama spec2 lain, sebab kasut ni, menampung seluruh tubuh kita...
Tambah2 kalau macam I yang berat sampai 8 guni beras ni kan, so mestilah cari yang EXACTLY sesuai....
Kalau Kirah, yang lari geli-geli pun kena ikut spec sesuai, apatah lagi kalau profesional kan...

So, ni antara beberapa tips berguna untuk pembelian the best running shoes;

1. Tapak Kasut
Pertama sekali, pilih kasut yang mempunyai bahagian tapak kasut yang benar-benar berkualiti dan mempunyai daya cengkaman yang kuat. Tapak kasut yang tidak berkualiti akan menyebabkan ia cepat haus dan membahayakan keselematan anda. Yerlah, kalau kawasan licin, kasut tak cengkam, tak ker tergolek dog!!!Ampun, macam nangka busuk jadinya....
Tapak kasut, siap ada set up running, walking... Lari mesti macam kangaroo toing3x

2. Material
Kalau material siap letrik bagai, kalau pijak air, agak2 terkujat tak kena renjatan elektrik... Kih3x
Tips kedua pula, ambil tahu jenis material yang bersesuaian dengan jenis latihan kita. Contoh, jangan la cari full pvc kalau kulit jenis peluh tahap air terjun!! Carila yang lebih mesra dengan kaki kita... Dan pastikan kasut tersebut diperbuat daripada material yang berkualiti untuk menjamin jangka hayat kasut yang lebih panjang. Nanti, beli, pakai seminggu, dah kena masuk tong sampah...

3. Lebar
Mengapa lebar kasut adalah amat penting? Walaupun ada orang suka pakai baju sempit, sendat, ketat, melekat, tapi, jangan amalkan pada kaki yer... Pada badan, tak baik, berdosa.... Kalau kaki pulak, untuk mengelakkan daripada kaki  melecet terutama sekali bahagian hadapan kasut yang sempit boleh menyebabkan jari kaki melecet teruk. Lainlah kalau Mak Jemah rasa seksi, biar sakit melecet, janji nampak kaki macam kaki Cinderella...

4. Fleksible
Kalau pasang speaker bagai ni, sapa yang dengar muzik? Semut kot!!
Pastikan kasut tersebut cukup fleksible dan tidak terlalu keras untuk dipakai. Ia boleh menyebabkan  berasa kurang selesa ketika memakainya dan mencederakan kaki anda. yerla, awak tu nak pakai, nak eksesais, bukan nak pergi berkawad, nak pakai kasut keras2, heheheheh...

5. Saiz
Tengok posing kasut pun dah cantik!!! 
Walaupun, rasa-rasa kaki boleh membesar, sebab Mak Jemah menggemuk, ataupun, berangan untuk diet dan berangan kaki akan mengecut bak kaki Cinderella, tak payah la beli kasut terlebih atau terkurang saiz. Kalau terbesar, satgi jalan2 tercampak, kena pakcik yang dok joging depan kita, kalu ketat, faham2la, kaki tak selesa, injured pon bulih!!! 

6. Rekaan
Walaupun anda seorang fashionista, ini adalah yang paling akhir lah nak pikiaq, sebab kita kena utamakan keselamtan, keselesaan dan kesihatan... Gitu... lepas tu, baru tengok design... Sekarang cun plak tengok anak2 Mak Jemah pakai kasut sport shoes dengan jubah... So, jimat la kan,pakai kasut buat jogging, pastu buat untuk acara kasual. 2 in 1, macam iklan syampu pon ada, ahaks!!


:. PS: Kirah boleh dapat baby sebab Kirah dah kurus sikit, Kirah kurus sikit sebab Kirah jogging and diet... Waktu rajin2 jogging tu, memang demand kasut untuk running jer la!! Sebab muatan berat, kaki nak jogging mesti selesa tahap langit... Hahahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...