Fuh... Tiup sket.... Berdebu jadinya... Lama sungguh aku tak buang masa kat sini..
Sedeyh btul hati..
Kenapala anak murid aku selalu jer tak bawak buku...
Kalau tak datang angin, takper la....
Mau aku berangin, berasapla satu kelas...
Tadi aku memang bengang gila..
Pukul2 tak jalan pon... Walaupon aku pukul atau cubit yang macam menyakitkan jugak,
Dorang wat bodo jer.. Gelak2 lagi...
tapi jarang sangat aku wat camtu... Aku tak suka... kesian dorang...
Hari ni, mula-mula pukul tak jalan, aku amik buku tulis, aku pukul kat kiri kanan dorang 3 kali... Tak sakit pon... Tapi aku jer nampak cam org gile.. sian!!
Last, aku pegang both pipi dye ngan tangan.. aku tanya..
Mak ayah awak keje ape...
Nape awak tak nak wat keje...
awak tak kesian ker mak ayah awak...
Baru bergenang air mata...
Insap seminit, esok, nanti I cek semula~~
Sedeh!! Aku kesian kalau aku pukul budak!!!!!!! Huhuhu, teringat plak, Guru Besar kata: kalau pukul kuat, itu dera namanya, kalau perlahan, itu raba!! Haish~~
.:Followers That Cheer Up My Blog~~
Showing posts with label teaching experiences. Show all posts
Showing posts with label teaching experiences. Show all posts
8 Apr 2010
22 Oct 2009
Aku yang KOLOT habis!!
Dalam dunia ni ada spesis manusia...
yang paling aku tak tahan, orang yang berlagak!!
kasar sikit, orang kata: bodoh sombong...
Honestly, ramai orang pandang aku ni dak kampung yang bodoh...
Owh!! Aku iyakan, aku dak kampung,
Nampak kolot dan bodoh...
tapi fikirkan aku bodoh, itu mungkin tak...
Dan ada orang pandang aku orang yang paling bangang dalam pendidikan..
Hakikatnya,
Aku boleh cerita,
Mak abah aku, cegu dah berpuluh tahun,
tak payah cerita bab jawatan
bukan aku nak belagak...
Aku lebih banyak senyap...
tapi geram...
Buat masa ni, nyatanya aku bukan cegu-to-be yang bagus
tapi at least, bagi aku masa,
aku akan belajar...
Ingat satu benda, aku memang budak kampung yang kolot...
tapi tak bodoh!!
TAGS:
college time,
teaching experiences
15 Oct 2009
KeCeWa daN seDih aTaU GembiRA??
semalam aku dah berkecil hati,
98% hati aku menafikan untuk terus jadi seorang guru..
hari ini, sudah 100%...
100% menyatakan, aku gembira untuk tetap memilih bidang keguruan...
biar apa orang kata!! aku tetap pilih yang ini!!
98% hati aku menafikan untuk terus jadi seorang guru..
hari ini, sudah 100%...
100% menyatakan, aku gembira untuk tetap memilih bidang keguruan...
biar apa orang kata!! aku tetap pilih yang ini!!
TAGS:
college time,
teaching experiences
8 Oct 2009
Sibukkah aku??
2 lesson plan tuk esok, mungkin jugak akan kena observe
...
Tpi relax jer, siap men facebook n blogging lagi...
Tengah layan lagu Asma Allah dar Sami Yusuf...
Best, feeling bgus lagu ni...
akan diupoad sikit masa lagi....
Skang dah kul 2petang lebey2 sket....
Btul aku cakap, memang aku kena observe...
seb bek!! Bagus gak aku tak titon smalam!!
Tpi relax jer, siap men facebook n blogging lagi...
Tengah layan lagu Asma Allah dar Sami Yusuf...
Best, feeling bgus lagu ni...
akan diupoad sikit masa lagi....
Skang dah kul 2petang lebey2 sket....
Btul aku cakap, memang aku kena observe...
So, nih lagu dye, yang aku janji...
-Ni kualiti bagus, tapi susah nak download:
1) Sami Yusuf - Asma Allah
-Ni biasa sket kualiti dye...
2) Sami Yusuf - Asma Allah
~~Tenang jiwa... siyes!! Even lum ciap tesis hehehehe~~
-Ni kualiti bagus, tapi susah nak download:
1) Sami Yusuf - Asma Allah
-Ni biasa sket kualiti dye...
2) Sami Yusuf - Asma Allah
~~Tenang jiwa... siyes!! Even lum ciap tesis hehehehe~~

16 Sept 2009
Sedey!!!! Aku akan MERINDUINYA!!!
Urm.. Dah dekat 2 bulan dah aku ke sekolah...
Jadi chegula... katakan!!
Penat dengan kerja dan kerenah sebilangan manusia...
Hari-hari mesti kena menjerit2 marahkan student...
Tapi, selalunya tetap happy dengan those students yang sangat macam2...
As i said, saya suka mengajar tapi bukan wat lesson plan... hehehhee~~
"Nasib awaklah, dapat saya yang garang!!"
itu yang aku kata pada murid2 masa marah2, hehehehe~
Pada masa yang sama, tup-tup, Ramadhan dah nak menutup tirai...
Sedeynya...
Amalan pon cam tak ada jer, since praktikum rasa sangat memenatkan...
Tarawikh sendiri, jauh berbeza dari tarawikh sebelum-sebelum ini....
Berada di rumah sewa dengan persekitaran yang masih asing, dengan kerja yang tak menentu banyaknya...
Tarawikh jadi bersendirian...
Terasa berbeza berbanding di berjemaah di surau.
Terasa sangat Ramadhannya yang menjengah sampai ke lubuk hati...
Plus, ada orang kata 23 ramadhan itu, mungkin malamnya Lailatul Qadar...
Apa aku wat pada saat itu? Susah nak diceritakan...
Tapi cukup buatkan aku sangat terkilan...
Aku akan merindukan saat ni...
Aku akan merindukan saat ni...
Saat sibuk siapkan juadah berbuka...
Saat bertarawikh di surau (dan lari balik selepas 8rakaat)
Saat bangun pagi dan bersahur...
Sungguh, aku akan rindukan saat ni...
TAGS:
teaching experiences
6 May 2009
Kenapa guru saya marah-marah?
Ini adalah sebuah kejadian yang benar-benar berlaku~~
Kenapa guru saya garang dan marah-marah. Apa yang perlu saya lakukan supaya guru saya tidak marah.
Guru saya marah saya sebab saya lambat datang sekolah macam Hagemaru (watak kartun di chanel astro Ceria - 611). Lepas itu, guru marah saya sebab saya tak buat kerja sekolah dan saya tengok guru itu macam orang gila semasa guru itu marah-marah saya. Saya tidak suka bila cikgu itu marah saya.Kalau saya dah besar nanti, saya akan tumbuk cikgu sampai jadi abu. Lepas itu, cikgu-cikgu lain pun tak suka dengan cikgu ahem…ahem…ahem… itu. Kalaulah saya dapat tumbuk cikgu ahem itu, saya akan jadi Ultraman dan belasah cikgu.
Murid 2
Cikgu saya marah kerana saya tidak ikut arahan yang telah cikgu bagi. Kalau saya tidak ikut, cikgu saya akan marah-marah. Kalau saya ikut arahan yang telah cikgu bagi pun, cikgu saya akan marah-marah juga.
Kalau macam itu, saya kena bagi hadiah sempena Hari Guru. Kalau cikgu saya marah-marahlagi, kita kena tunggu sehingga dia tidak marah-marah. Kita perlu menziarahi rumahnya semasa hari raya Aidil Fitri. Barulah cikgu itu idak marah-marah kita lagi.
Kenapa saya suka Cikgu Khaiririy? Sebab Cikgu Khairiry suka buat lawak. Kalau cikgu Khairiry buat lawak, semua akan terhibur dengan lawaknya itu. Kalau Cikgu Khairiry masuk Raja Lawak, tentu dia akan terpilih Raja Lawak 1 (tempat pertama).
Murid 3
Kenapa guru saya garang dan marah-marah. Apa yang perlu saya lakukan supaya guru saya tidak marah.
**Arahan (versi formal kertas peperiksaan… walhal Cuma diarah secara lisan…*wink2*): Jawab soalan 1 dan 2. Bagi soalan 2, pilih satu sahaja tajuk yang berkenaan.
Soalan 1 :
- Kenapa guru saya garang dan marah-marah. Apa yang perlu saya lakukan supaya guru saya tidak marah-marah lagi.
Soalan 2:
a) Kenapa saya tidak suka kepada Cikgu Syakirah? (Soalan ini benar, sebab saya mahu lihat, apa yang murid tidak suka pada saya…)
b) Saya paling suka Cikgu _______ kerana …..

***********************************************************************************************************
Murid 1

Guru saya marah saya sebab saya lambat datang sekolah macam Hagemaru (watak kartun di chanel astro Ceria - 611). Lepas itu, guru marah saya sebab saya tak buat kerja sekolah dan saya tengok guru itu macam orang gila semasa guru itu marah-marah saya. Saya tidak suka bila cikgu itu marah saya.Kalau saya dah besar nanti, saya akan tumbuk cikgu sampai jadi abu. Lepas itu, cikgu-cikgu lain pun tak suka dengan cikgu ahem…ahem…ahem… itu. Kalaulah saya dapat tumbuk cikgu ahem itu, saya akan jadi Ultraman dan belasah cikgu.
Murid 2

Kalau macam itu, saya kena bagi hadiah sempena Hari Guru. Kalau cikgu saya marah-marahlagi, kita kena tunggu sehingga dia tidak marah-marah. Kita perlu menziarahi rumahnya semasa hari raya Aidil Fitri. Barulah cikgu itu idak marah-marah kita lagi.
Kenapa saya suka Cikgu Khaiririy? Sebab Cikgu Khairiry suka buat lawak. Kalau cikgu Khairiry buat lawak, semua akan terhibur dengan lawaknya itu. Kalau Cikgu Khairiry masuk Raja Lawak, tentu dia akan terpilih Raja Lawak 1 (tempat pertama).
Murid 3

Saya tidak suka kepada Sir Izzudin kerana suka merotan saya. Disebab itu saya suka melawan guru. Dan tidak mendengar apa yang dicakap. Bila saya cakap dia buat tidak tahu. Dan saya tidak suka guru merotan lagi. Bila saya kena rotan saya akan melepaskan geram saya di tandas atau di jamban sekolah. Bila saya besar nanti, saya pula akan ajarnya. Bila saya mendapat Kuasa Ben 10 (kartun di TV), saya bertukar sebagai Hit Blast dan saya akan membakar ayam panggang sampai guru terkeluar air liur. Bye, Bye, Bye.
~Lucu, tapi ini semua benar-benar lahir dari hati... Murid-murid ini datang dari kelas tahun 5, kelas ke-7 daripada 10 kelas...
28 Apr 2009
Aku yang menyanyi~~
Bagaimana hati mahu menyanyi-nyanyi… Kerja-kerja Rancangan Pengajaran Harian ku memerlukan jari-jari menari di papan kekunci…
Hati masih mahu menyanyi… Esok, lusa, dan tulat, kerjaku sehari-hari akan dipantau… Mengukur kelebihan dan kekurangan diri…
Aduh… Rasa mahu saja pecah urat-urat di kepala… Hati tetap mahu menyanyi…
Tiba pula khabar dari mereka, tempat ku bukan lagi di sini, di Blok E asrama Institut Pendidikan Guru ini… Setelah 5 tahun lamanya aku mendewasakan diri…
Hati masih menyanyi… Itu semua dugaan, yang perlu aku hadapi…
**P/S: Ya Allah... hambamu ini terlalu lemah… Tidak aku minta dipermudahkan jalan… Tapi berilah aku sekeping hati yang tabah, biarpun susah tetap ku redah….
**P/S: Ya Allah... hambamu ini terlalu lemah… Tidak aku minta dipermudahkan jalan… Tapi berilah aku sekeping hati yang tabah, biarpun susah tetap ku redah….
TAGS:
teaching experiences
25 Apr 2009
Sekolah Kebangsaan itu...
Saban hari aku terpaksa membangunkan diri aku sebelum jam sempat menunjukkan 6.00 pagi, atau aku akan pastinya akan menjadi sangat kelam kabut. Walhal, hari-hari biasa sebelum ini, selagi jam tidak menunjukkan pukul 6.45, aku pastinya masih berbaring di katil. Kenapa agaknya? Mudah sahaja, sebabnya kini, aku adalah seorang guru ,dan seharusnya seorang guru tidak lambat tiba di sekolah atas sebab-sebab yang sangat tidak munasabah. Apatah lagi, perjalananku ke sekolah, cuma menumpang… Apa mungkin aku biarkan orang yang menumpangkan aku perlu menunggu aku? Seharusnya tidak… Alhamdulillah, tika hendak bertolak ke sekolah,tidak pula aku lambat, tapi aku selalu sahaja perlu ditunggu sewaktu pulang… Maaf sahaja yang dapat kupohon… Sungguh, langsung aku tidak terlintas untuk menyusahkan mereka….
Berbalik kepada cerita tentang guru. Guru sebenarnya bukanlah setakat mengajar malah guru juga mendidik terutama guru sekolah rendah. Ada beza yang ketara antara mengajar dan mendidik. Guru turut menjadi ikon dan garis panduan murid biarpun hakikatnya guru hanya insan biasa yang bukanlah sempurna. Walaubagaimanapun, saya sangat menyetujui kata-kata abah bahawa menjadi seorang guru juga, kita perlu banyak berlakon, dan menjadi yang terbaik pada mata anak murid kita. Namun sebaik-baiknya, cubalah ikhlaskan dengan apa yang kita lakonkankan… Itu adalah yang terbaik. Ternyata pengalaman abah mengajar selama lebih 20 tahun kini menjadi panduan aku. Setiap kali ditimpa masalah, pastinya kata-kata abah akan menyenangkan aku… Kerana itu juga, aku sangat mencintai apa yang aku lakukan kini.

Sekolah tempat aku praktikum, tidaklah begitu jauh, tetapi tidak juga terlalu cepat untuk sampai di situ. Pastinya perjalanan ke sana perlu meredah kesesakan lalu lintas. Untungnya, saat perjalanan kami itu, masih awal, dan tatkala itu kesesakan masih lagi tidak kritikal. Sekolah tempat aku praktikum, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat, berdasarkan nama, sudah pasti letaknya di kawasan pengkalan tentera darat iaitu di sekitar Kem Sungai Besi. Tetapi jangan tersalah tafsir! Sekolah ini bukanlah satu sekolah yang berada di bawah Kementerian Pertahanan seperti Maktab Tentera (MTD) atau Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM/lebih dikenali dulunya sebagai ATMA), melainkan namanya yang menggambarkan tempat letaknya sekolah itu. Ia sama juga seperti sekolah kebangsaan yang lain, yang berada di bawah Kementeran Pendidikan. Namun, apa yang menarik mengenai sekolah ini ialah sekolah ini benar-benar termanfaat dengan namanya di mana mereka banyak disokong oleh badan tentera. Lihat sahaja, pada Hari Sukan, perarakan mereka diiring dengan “band” tentera… Tambahan lagi, mereka akan disediakan trak bila pihak sekolah memerlukan kenderaan untuk menghantar murid untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar sekolah. Bila adanya kem bestari solat, tank yang disediakan turut dipinjamkan oleh pihak tentera… Betapa beruntungnya murid di situ… Tika melangkah masuk ke sekolah ini, dapatlah dilihat terdapat dua buah kereta perisai (jika aku tidak salah namanya) diletakkan sebagai hiasan di sekolah ini. (Gambarnya akan aku paparkan pada “posting” yang akan datang). Tentu sahaja itu pemberian dari pihak tentera.
Guru-gurunya, Alhamdulillah… Kebanyakan dari mereka memudahkan aku tatkala berurusan dengan mereka. Masalah memang ada tatkala kita menjadi seorang guru pelatih… Apa yang penting, cara kita menanganinya… Insya-Allah, jalan yang sukar akan dipermudahkan… Guru besarnyamembuatkan aku berasa sangat bersyukur. Manakan tidak, terus terang aku katakan, guru besarnya sangat “sempoi” dan sporting. Namun dalam masa yang sama juga beliau adalah seorang yang sangat berdiplomasi dan membuatkan beliau sangat disenangi. Melihatkan beliau, membuatkan aku benar-benar rindu pada abah. Abah seorang Guru Besar yang selalunya tidak pernah mengeluh dengan tugasan-tugasan seharian. Sering saja keluhan itu datang dari aku bila melihatkan sehari-hari abah balik sekitar jam 4.00 petang dan kepenatan. Abah dengan tenang mengatakan, “tugas itu juga ibadah… Kita harus redha dan ikhlas melakukan ibadah…” Kata-kata abah selalunya bisa mematahkan kata-kataku yang selau sahaja bercampur dengan emosi. Teima kasih abah… Banyak ilmu yang abah sudah ajarkan…
Buat masa ini, mungkin, itu sahaja kisah tentang sekolah yang dapat aku paparkan sebagai pengenalan dan perkongsian… Andai diizin Allah, insya Allah, akan kuceritakan keletah murid-muridku yang pelbagai ragam… Doakanlah, aku menjadi guru, biarpun lembut atau garang, disenangi oleh murid. Kerana niatku, sampaikan ilmu buatmu.. insyaAllah…